All About

Good Food



Assalamualaikum dan selamat malam semua ya..
DiBrunei masa ni sesudah magrib dan sedang menunggu isyak.
Sedikit waktu terluang sesudah rutin harian membaca Al-Quran, biarkan tak banyak tapi Alhamdulillah istiqomah mudahan sampai selama nya selagi ada hayat dibadan.

Oklah resepi hari ni telah pun akak letak sebelum ni jadi boleh rujuk 
SINI  untuk goreng pisang bercheese tu dan di
SINI untuk sambal kicap nya.



Sehari kalau 2x goreng memang terlajak sedap lah tu kan 
Apa lagi makan panas-panass




Ini versi sambal kicap pedass manis memang fav kaknoor, dalam pedas-pedas tiga empat keping langsai jugak 



Kalau ada yang jeles mesti kena buat ni , untuk dessert malam ni sambil tengok tv memang terbaik ni kalau tak cukup pisang kat umah kaknoor masih ada beberapa sisir lagi yg belum di goreng hehee..
Jamu mata ok biar mata je yg kenyang ..



Assalamualaikum dan selamat bersantai lah di hari minggu ni.
Malam ni kaknoor nak kongsikan resepi acar limau dan buahan kering.
Resepi asal memang ada masuk buah limau tapi disini kaknoor letak mana yang ada kat rumah je, buah limau of of stock, tapi dah teringin nak makan acar limau, jadi buat lah, takde cacat pun rasa nya kalau tak de limau asalkan cukup bahan-bahan rempah tu.
Jom tengok resepi kaknoor, boleh jugak derhaka kalau tak suka banyak rempah, tapi bagi kaknoor kalau banyak rempah lagi besttt wangi kita punya acar tu.

 
 

BAHAN
 2 biji limau nipis direbus sehingga lembut campur gula dan garam sikit
Buah2 kering sukahati je nak letak, kat sini akak letak
Sedikit prun, limau kering, kismis
10 ulas bawang putih di belah dua
10 ulas bawang merah atau lebih di belah dua atau tiga
2 inci halia dihiris memanjang 
sedikit biji sawi dan bijan
1 sudu ketumbar yg sudah digoreng dan di mesin 
1 sudu jintan manis digoreng dan di mesin
1 sudu jintan putih di goreng dan dimesin
2 sudu cuka makan
2 sudu serbuk cili
3 sudu gula merah
secukupnya kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang
garam secukup rasa
5 biji cili padi


CARA
  • Buah limau yg sudah di rebus dibelah 4 *kalau tak suka isi nya boleh lah dibuang tinggalkan kulit nya,akak buang sikit lah supaya tak pahit sngt
  • Masukan 3 sudu minyak dalam periuk dan tumislah bahan hiris,bawang merah, putih, halia dan kulit kayu manis,  bunga cengkih dan bunga lawang jugak biji sawi
  • Kacau biarkan layu sekejab masukan bahan mesin jintan manis, putih dan ketumbar dan kacau selalu supaya tak hangus
  • Kalau perlu tambahkan sedikit air bersama - sama  serbuk cili  dan masukan bersama bahan tumis, kacau lah biar sebati
  • Kacau sehingga serbuk cili pecah minyak
  • Masukan buah2 an kering jugak limau yang telah di belah tadi.
  • Tambahkan cuka, air, gula merah dan garam dan bijan
  • Masak lah dengan api yang perlahan dan boleh lah di tambahkan dengan cili padi atau cili besar pada yang tak suka pedas
  • Tambahlah air kalau ia nya terlalu kering, acar ni lebih sedap kalau ada kuah sikit2
  • Dah cukup rasa masam manis pedas dan masin boleh lah ditutup api
  • Acar limau ni elok di biarkan semalaman baru di makan.

Sebenarnya yang kaknoor teringin sangat nak buat acar ni sebab ada lebihan nasi tomato semalam, macam sedapppppppp je di makan dengan acar buah ni, jadi korek-korek buah kering mana yang ada, maka nya makan nasi hari ni tambah 2x tenghari dan malam pun 2x hahaha bahaya sungguh acar ni kan...

 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua nya.
Weekend kan!! jadi apa kata kita tengok kebun pulak.
Masa ni sedang kemerahan kebun kaknoor dengan cili putih ni.
Tak sempat nak petik nasib baik burung belum petik lagi.
Biasa nya kalau lama merah gini mesti burung ramai dah datang petik dulu.
Tapi kali ni alhamdulillah sempat lagi ambik gambar cili yang dah masak.




Memang berbaloi kalau berbudi dengan tanah kan!!!
Sekurang-kurang nya dua minggu ni tak payah beli cili lah jawabnya 
Save budget kan..




Sebenarnya taklah banyak sangat pokok cili ni adalah dalam 5-6 pokok tapi buah nya tak pernah putus kali ni sentiasa ada je, kadang sayang jugak nak ambik sebab kalau ambik memang dah tak cantik halaman rumah kaknoor hahaha...




Tapi dah boss suruh petik maka nya jadi lah macam dalam gambar tu, sampai tak muat besen tu
Terpaksa cili tu beraksi di bawah besen lagi..




Ada dua jenis tu cili Thailand dan Cili Putih jadi bila di campur memang banyak lah jadi nya, lepas ni insya ALLAH kalau sempat nak buat jeruk cili  baru tahan lama kan..



Kalau adik-adik dekat pasti kaknoor nak bagi cili ni, jadi pada yang jauh tu jamu mata je lah ya dengan si merah ni, kat umah kaknoor memang hantu cili, masakkan mesti ada satu jenis yang pedas kalau tak memang tertutup selera haha..


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni dah aidiladha ke2 baru berkesempatan untuk menulis di blog ni, semalam walaupun takde buat openhouse dan taklah sebusy tahun2 lepas melayan tetamu tapi ada lagi ujian yg ALLAH bagi dari tengahari sampai ke malam takde eletrik adusss dengan panas dan gelap. Alahaiii sabo je lah mungkin ada hikmah nya Allah tak bagi berkepit sangat dengan hp dan laptop kot sebab kalau ada eletrik memang 24 jam berkepit hahaha

Bersangka baik dengan Allah mungkin nk suruh kita baca Quran ke yg tak perlu guna eletrik kan, jadi nya hari ni baru lah dapat mengupdate peristiwa semalam.

Memang tak kemana pun selepas dari berziarah mertua kerumah anak kaknoor siapa lagi kalau bukan mama Iman kan, tahun ni memang kaknoor tkde buat openhouse sebab baru je buat majlis bertunang anak sulung dua tiga hari lepas,  letih pun belum hilang lagi, jadi tahun ni aidiladha memang santai lah rilekss jalan umah orang je

Oklah sedikit gambar Nasi Maqlubah yg dimasak oleh anak kaknoor dan cucunda Iman, sampai jumpa lagi dilain entry..



ASSALAMUALAIKUM dan salam 9 Dzulhijjah untuk semua nya adinda-adinda yang dikasihi.  Harapan kaknoor hari ni mesti ramai yang berpuasa sunat hari Arafah kan.

Dari Abi Qotadah, ia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Puasa Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang.

Imam Nawawi dalam Al Majmu' (6:428) berkata, adapun hukum puasa Arafah menurut Imam Syafi'e dan ulama Syafi'iyah: disunatkan puasa Arafah bagi yang tidak berwukuf di Arafah.
Adapun yang sedang berhaji dan saat itu berada di Arafah, menurut Imam Syafi'i secara ringkas dan ini jugak menurut ulama Syafi'iyah bahawa disunatkan bagi mereka untuk tidak berpuasa kerana adanya hadith dari Ummul Fadhl"

Berpuasa lah selagi terdaya, Insya ALLAH banyak ganjaran yang di janjikan ALLAH semoga kita sama-sama beroleh keberkatan INSYA ALLAH.




Hari ni ramai yang puasa kan, jadi takde dulu gambar makanan ya, jom tengok pokok oregano kaknoor yang dah menjadi- jadi ni, ni baru sebahagian saja tau, jamu mata je ya.



Ini pulak gambar cili putih kaknoor, banyak yang dah masak jugak tapi sayang nak ambil sebab nanti dah tak cantik kebun kaknoor hahahaa boleh gituuuu...



Ini spesis lain sikit agak panjang cili nya tapi tetap pedessssss giler ni, menunggu cili scotch bonnet kaknoor baru je tanam semula lagi..tunggu kehadiran nya nanti ya 
INSYA ALLAH...


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi untuk semua nya dah lama akak tak letak resepi kat sini kan.
Ni pun resepi tersimpan dalam dalam draft masa anak-anak kaknoor balik bercuti baru ni, mcam-macam depa nak makan, sebenarnya kentang ni boleh saja kita letak apa saja yang ada kat rumah asalkan sesuai rasa nya, dalam inti nya kaknoor letak sikit cili flakes untuk pedas kan lagi sebab kalau takde rasa pedas memang kurang sedap ...





Bahan nya

- 6 Biji Kentang
- Segengam Daging Cincang/ayam cincang 
- 1 Ulas Bawang Putih dicincang
- 2 Biji Bawang Kecil dicincang
- 5 Sudu Sos Cili/cili flakes kurangkan kalau tak suka
- 3 Sudu Mayonese
- 1 Sudu Minyak Masak
1/2 Cawan Susu Segar
- Cheddar cheese slice  secukupnya
- Garam Secukup Rasa



Cara nya

1. Kentang dibersihkan kulitnya nya dan di bakar sehingga lembut kemudian sejukkan.
2. Potong kentang kepada dua dan korek guna sudu ditengahnya.
3. Kemudian susun dalam loyang dan ketepikan.
4. Isi kentang bahagian tengah diblend bersama susu dan sedikit garam, ketepikan.
5. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang kecil sehingga naik bau wangi.
6. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging lembut dan air kering.
7. Masukkan sos cili dan garam secukup rasa, gaul sebati dan tutup api.
8. Biarkan daging jadi suam dan gaulkan bersama mayonese.
9. Campurkan kentang blend dan inti daging, gaul rata. Masukkan kedalam kentang, letak cheese.
10. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 10-15 minit




Disini kaknoor double letak daging tu, kat atas cheese lagi sebab nak show kan daging, kalau bila kita bakar jadi putih je memang tak cantik kan, jadi kaknoor letak daging extra dan daun kucai sebab daun bawang takde untuk hijau kan kentang ni..



Alhamdulillah senang hati kaknoor majlis dah selesai, selagi belum habis majlis di fikir itu ini, tapi syukurlah ramai yang datang meramaikan majlis semalam.

Tapi memang menjadi adat lah tu kan, tak pernah puas rasa nya macam kaknoor tak cukup untuk melayan tetamu yang datang semalam tu, maklum tuan rumah kesana kemari kejab disana kejab disini, pada yang terasa kekurangan layanan semalam tu mohon maaf dari pihak kaknoor dan keluarga ya, mana tau yang datang semalam tu ada membaca blog ni, hajat dihati memang nak layan semua orang tapi apa kan daya, kecuali kaknoor diklon menjadi ramai, dan pak haji jugak di klon hahaha impossible kannnn

Disini kaknoor kongsikan gambar-gambar semalam oleh jurugambar yang tiada bayar hee,  biarlah gambar menceritakan segala peristiwa semalam tu ya, dan pandai-pandai mereka cerita hehe..


















Ok selamat membuat andaian sendiri ya
Kalau tak faham boleh tanya hahaha
Cukup untuk hari ni ya...

Assalamualaikum adinda kaknoor semua.
Minggu ni memang kaknoor terlalu sibuk dengan persiapan untuk majlis bertunang anakanda sulung kaknoor, biasa lah untuk kali ke2 menerima menantu tapi hati tetap berdebar takut tak sempurna itu ini.  Untuk nak menulis resepi memang tak sempat sangat jadi untuk blog ni tak kosong dan sunyi sepi kaknoor belanja gambar dua keping ok.

Gambar yang pertama anak-anak sedang menyiapkan door gift ala kadar je, lagipun tak ramai yg dijemput sebab biasanya bertunang jemputan nya antara family saja kan, jadi pada rakan-rakan lain  yang membaca blog ni jangan kecik hati insya Allah masa majlis kawin nanti kalau panjang umur kaknoor jemput ya.

Gambar kedua tokwan dan cucunda sedang mengopi, kalau ada nak join jom!!

Ok cukup dulu setakat ini ya insya Allah ada masa terluang kita jumpa lagi..



Assalamualaikum dan selamat pagi .
Ini menu semalam anak-anak minta menu ayam peri-peri ni sebab petang ni dua orang anakanda kaknoor dah nak berangkat semula ke UK, untuk melanjutkan lagi sessi kuliah yang belum habis.
Dah jadi kebiasaan sehari sebelum balik memang makan sedap hehee kaknoor suruh minta lah apa yang diaorang nak makan, jadi ayam peri-peri yang menjadi pilihan maka jadi lah macam dalam gambar ni, cuma kali ni kaknoor masak menggunakan air fryer lebih mudah.





BAHAN NYA
1 ekor ayam di bersihkan di potong 4 disini kaknoor guna paha 
6 biji cili padi (ikut kepedasan masing2 nak tambah atau kurang)
1 biji cili capsicum
1 biji lemon di perah ambil nya
2 sudu besar paprika powder
2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk oregano kaknoor guna oregano fresh di cincang
1/2 sudu kecil serbuk cili merah
3 sudu besar  minyak sayur
5 ulas bawang putih
4 sudu besar cuka
1 sudu besar lada hitam tumbuk
1/4 sudu kecil pewarna merah atau oren


CARA NYA
1.  Kisar cilipadi, capsicum, bawang putih, masukkan air lemon, paprika, garam,serbuk cili merah, cuka, lada hitam dan pewarna dalam bekas besar.
2. Kacau sebati tambahkan dengan potongan daun oregano fresh dan ayam, gaul  rata dan peraplah selama 1 ke 2 jam.
3.  Panaskan kuali tak melekat panggang lah ayam tadi sehingga kekuningan sebelah luar nya, lepas tu baru lah dimasukkan dalam oven untuk masak sepenuhnya selama 30-40 minit dengan api 170'C.
4.  Lebihan marinade tadi ditambah dengan sedikit air dan masak lah sehingga pekat.
5.  Boleh lah dihidangkan bersama ayam peri-peri ni.

Disebabkan dah ada air fryer yang anak-anak hadiahkan masa birthday baru ni, kaknoor pun guna lah air fryer je untuk ayam peri-peri ni, tak perlu guna minyak banyak untuk menggoreng, lagipun rasa ayam nya lebih lembut, tak payah tunggu hanya adjust time je, sementara tu kita boleh buat kerja lain hehee mudah kan sekarang ni.
Pada yang ada air fryer boleh lah masukkan ayam yang telah di perap tadi kedalam air fryer, set kan time 20 minit je dengan suhu nya 180'C kemudian dah siap, mudah dan tak memenatkan...





Memang sedap sangat ayam peri-peri ni boleh di makan dengan nasi putih atau nasi minyak, tapi rasa nya dengan nasi putih the besttt...
Sebenarnya ayam ni ada lah ala-ala ayam Nandos dari Uk tu, kaknoor dapat resepi ni pun dari anak kaknoor jugak, alhamdulillah bila-bila masa buat ayam ni memang licin..



Ini ada lah pokok oregano masa mula-mula kaknoor tanam dulu, sekarang ni dah jadi beranak pinak dah tak sempat kaknoor nak ambik gambar, insya ALLAH suatu hari kaknoor ambik gambar laman oregano ni ya memang cepat membiak oregano ni., best kalau dapat masak menggunakan yang fresh macam ni lebih wangi..




ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua nya yang masih sudi singgah blog kaknoor.
Resepi yang tertangguh, dah lama buat tapi belum sempat masukkan dalam blog lagi sekali.
Sebenarnya memang dah lama jugak resepi ni dah ada, tapi setiap kali anak-anak suruh buat nak makan, setiap kali itu lah kaknoor akan letakkan lagi sekali resepi ni, jom tengok dan buat ya siapa yang ada lebihan kentang dan cheese tu, sedap dan mudah je pun..



    Bahan-bahan nya
    • 500 gm isi ayam
    • 1 tin cendawan butang dihris kecil
    • 1/2 botol sos tiram
    • 1 sudu teh tepung jagung
    • 2 biji bawang besar di dadu
    • 1 buku cheese cheddar diparut
    • sedikit serbuk lada sulah dan lada hitam
    • sedikit garam dan gula
    • 5 sudu susu cair
    • mentega secukupnya
    • mangkuk timah secukupnya
    • kalau takde  mangkuk timah boleh lah guna bekas yang sesuai kat rumah masing ya..
    Cara membuatnya inti nya
    • Panaskan sedikit mentega, kemudian tumiskan bawang besar sehingga layu dan wangi kemudian masukan serbuk lada hitam dan lada putih
    • Kacau biar sebati masukan isi ayam dan sos tiram,cendawan,garam dan sedikit gula.
    • Rasalah ikut citarasa sendiri utk memekatkan inti bancuhkan sedikit tepung jagung dan kacau lah biar pekat dan berkilat diangkat dan biarkan sejuk.
    Cara membuat kulitnya
    • Ubi kentang direbus dan di lenyek sehingga halus kemudian masukan sedikit mentega lebihkurang 2 sudu,sedikit garam dan susu cair kedalam adunan kentang tadi
    • Gaul biar rata dan sebati.
    • Ambil sedikit inti masukan dalam mangkok timah,kemudian tutup dengan adunan kentang dan tekan lah sehingga rata menutupi semua bahagian inti,buatlah sehingga habis adunan kentang
    • Akhirnya taburkan cheese cheddar parut di atas kentang dan bakar lah sehingga cheese agak kekuningan dengan suhu 180'C selama 10 ke 15 minit .
    • Dah masak kuarkan dari oven dan dihidangkan panas-panas SEDAPPPPP sangat!!!


Kalau tak tahan dok jamu mata boleh try buat ok.
Takde bekas foil tu boleh letak dalam bekas apa yang ada kat rumah, asalkan tahan dalam oven.
Tapi kena potonglah kalau bekas tu besar kan, kalau masukkan dalam bekas macam ni senang nak makan sorang-sorang..






Assalamualaikum dan selamat pagi semua nya.
Sarapan apa agak nya hari ni ya..
Hari ni kaknoor nak kongsikan breakfast orang malas ni 
Malas nak bancuh tepung untuk buat waffle, roti pun boleh di masukan didalam maker ni,
Jom tengok tak banyak pun bahan nya..


Kita hanya perlukan
4 keping roti gardenia
1 tin kecil kacang panggang
Sedikit nutella dan peanut butter
Brokoli atau apa-apa sayur pilihan
sedikit planta atau butter
Mestilah waffle maker lah kan...

Panaskan waffle maker
Sapu kan sedikit planta di permukaan roti
Sapu kan nutella dan letakkan diatas maker
Sapukan sekeping lagi roti dengan peanut butter.
Tangkupkan di atas roti nutella dan tutup waffle maker
Biarkan 1 atau 2 minit sehingga roti agak garing angkat.
Buatlah untuk 2 keping lagi yang berbaki.

Memang sedap roti di masukkan dalam waffle maker ni disamping cantik, ia nya jugak menjadikan lebih ranggup, bila nak menikmati nya terpulang nak gandingkan dengan apa saja kegemaran.
Disini kaknoor suka kacang panggang dan brokoli
Maka jadi lah seperti resepi ni, boleh ubah nak letak telur mata atau apa-apa.




Kalau takde waffle maker boleh guna kuali biasa je pun ok tapi takde lah nampak lubang2 waffle tu kan, tak kisah lah tu janji boleh makan dah lah kan...



Assalamualaikumn dan selamat petang semua nya.
Ini resepi semalam yang tersangat lah sedap sehingga 2x kaknoor masak sehari sebab dah habis licin selicin nya untuk malam memang dah boliaw betul lah.  Nasib baik masih ada sayap ayam tu nampak nya kalau masak gini mesti kena 2 kilo ayam lah sehari ni kan haha..

Resepi nya tak lah susah sangat pun jom tengok resepi jom!!



RESEPI STICKY CHICKEN

Bahan nya
1 kilo sayap ayam
1 inci halia di parut
5 ulas bawang putih parut
1 sudu besar minyak jagung/bunga * kaknoor guna air fryer minyak memang sedikit je*
1 sudu besar serbuk lada hitam tumbuk
sedikit cili flakes *optional tak nak pun ok
6 sudu besar madu
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Cara nya
1.  Sayap ayam yang telah di bersihkan dan di gaul dgn kunyit dan sedikit minyak, masukkan dalam air fryer dan masak selama 20 minit dan keluarkan.
2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
3.  Kemudian masukkan ayam yang telah di *air fryerkan* tadi.
4.  Pada yang takde air fryer masak ayam biarlah sehingga separuh masak atau 3/4 masak ya.
5.  Akhir sekali baru lah masukkan semua sos, kicap dan madu, masak dengan api yang perlahan.
6.  Kak Noor letakkan sedikit bijan dan daun rosemary untuk wangikan ayam tu.
7.  Api dapur jangan terlalu kuat sebab biasa nya kalau ada madu memang mudah hitam ayam nya.
8.  Bila semua sos dah bersalut tutup lah api dan sedia dihidangkan bersama nasi putih.

MEMANG SEDAP SANGAT STICKY CHICKEN NI SEKALI MAKAN JE DAH HABIS SEKILO SAYAP, SEJARAH SEHARI 2X MASAK STICKY CHICKEN NI SEBAB DAH LANGSAI KESEMUA NYA.





Kalau ada yang tak sabar nak buat sila check kalau ada madu kat umah memang dapat dah mencuba tu, sebab bahan lain rasa nya memang semua orang dah ada kan, tak rugi mencuba ni, anak-anak kaknoor suka sangat meratah ni ...


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home