All About

Good Food

Assalamualaikum semuanya
Kak noor nak iklan sikit pada adik-adik baru singgah di blog kaknoor,  kalau sudi boleh lah cari buku resepi kaknoor bertajuk Buku Resepi Blogger seperti yang di iklankan oleh Puan Sri Diah tu.
Memang ada di jual di bookstore seperti Popular, Mph dan yg sewaktu dengannya. Insya Allah berbaloii pada yang mendapatkan nya.
Disini kaknoor kongsikan lagi sekali semasa kaknoor buat demo masakkan awal tahun 2015 bersama chef tersohor. Malu nya kaknoor masa tu terasa macam kecik je tapi dah di jemput kaknoor penuhi undangan.
Yang pasti cuba tengok gambar yang last tu,  kenal tak dengan seorang blogger manis yang ke Uk baru- baru ni mengembara bersama anak-anaknya. Semasa sedang buat demo masakan tu tiba- tiba terpandang macam familiar je penonton sorang ni dok senyum-senyum aduhhh tak tentu arah kaknoor buat demo masa tu hahaha..
Cukup lah dahulu untuk malam ni ya
Ada kesempatan kita jumpa lagi
Salam manis tanpa gula dari kaknoor ..
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتهُ
DOA HARI JUMAAT
30/10/2015
(17 MUHARAM 1437H)
بسم الله الرحمن الرحيم.
الحمد الله رب العلمين، والصلاة والسلام علي سيدنا محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين
Ya Allah Ya Rahman, kami memohon padaMu pada  hari Jumaat 17 Muharam penghulu bagi segala hari  ini peliharalah dan selamatkanlah agama kami, keimanan kami, diri kami, anak pinak kami, kaum keluarga kami, harta benda kami dan apa saja yang telah Engkau kurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Jabbar, Cantikkanlah kami dengan kesihatan, teguhkanlah kami dengan taqwa dan ketenangan, lindungilah kami dari segala asabab penyesalan samada sekarang mahupun akan datang, sesungguhnya Engkau mendengar segala permintaan kami.
Ya Allah Ya Ghaffar, ampunkanlah segala dosa-dosa kami, didik la kami untuk bersabar dalam meniti liku-liku kehidupan, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu.
Ya Allah Ya Tuhan kami, Berikanlah rezeki yang halal buat kami dan saudara saudara muslim kami. Jauhkan kami dari perbuatan maksiat dan fitnah pada hari ini dan  hari hari yang seterusnya. Semoga apa yang kami kerjakan mendapat redhaMu.
Ya Allah .... Ya Razak...
Ampunilah dosa dosa kami. Dosa kedua ibubapa kami juga mertua kami. Dosa anak-anak kami. Dosa pasangan kami. Dosa guru guru kami mahu pun yang masih hidup atau pun yang telah kembali ke Alam BarzahMu. Dosa jiran jiran kami. Dosa sahabat sahabat kami dan sekelian mukminin mukminat muslimin muslimat dimana saja mereka berada dan seluruh mereka yang menjadi kesayangan kami.
  SANTAPAN MINDA
Tanda Seseorang itu Menjadi Munafik: (IMAN TIDAK TETAP DAN TIDAK TEGUH).
Orang yang sebegini dapatlah diibaratkan Seperti Lalang dimana ia terlalu mudah mengikut arah tiupan Angin. Orang yang tidak teguh imanNya sentiasa Berubah ubah mengikut keadaan. Mereka sangat mudah terikut ikut dan Terpengaruh dengan Persekitaran.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal 'Alaamiin..
Mari Berzikir:
(Ketenangan Hati)
YA ALLAH YA ALLAH

Mulakan Langkah pada pagi ini dengan perbanyakkan Zikrullah. Ya ALLAH jadikan hari ini  AwalNya Rahmat, PertengahanNya Nikmat dan penghujungNya penuh Berkat. Menegur jangan sampai Menghina, Mendidik Jangan sampai Memaki, Meminta jangan sampai Memaksa, Memberi jangan sampai Megungkit Mengungkit. Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam Sinar Kemanisan dan Sinar Kepayahan. Tetapi untuk mencapaiNya perlu Seribu macam Sinar Pengorbanan. Seyuman Tulus ikhlas boleh menyelasaikan banyak masalah dan persoalan. Senyum selalu.
Salam kasih sayang 
        

ASSALAMUALAIKUM
HARI ni kaknoor tunaikan resepi yang kaknoor janjikan semalam, ada tak yang suka masak daun-daun ni, pada selera veteren memang suka sangat dengan benda ni, sebab dah jemu dengan segala daging dan ayam, kalau makan ni memang tak pandang dah ayam daging ni.

Daun-daun kayu ni seperti, pucuk ubi, pucuk kadok, pucuk mengkudu dan daun kunyit memang di ambil di sekitar rumah je, maklum lah rumah kampong memang banyak lah ditanam segala daun-daun tu, hatta cili tu pun di ambil dari pokok jugak. Petai tu sebenar nya dah lama beli disimpan FREZER untuk tahan lebih lama dan tahan warna hijau nya.  Terung pun dah lama jugak membeku dalam petiais tu, bila nak masak ni baru teringat, kalau kita gabungkan petai dengan terung, bila kita makan mulut kita kurang bau tau!!!
BETUL NI jangan tak percaya pulak..




BAHAN NYA
1 ikat pucuk ubi dibersihkan di potong kasar
10 - 15 tangkai pucuk kadok jugak di potong kasar
5 helai pucuk mengkudu yang muda dipotong kasar
2 papan petai di ambil isi
3 - 4 biji terung ulam di hiris kecil
4 helai daun kunyit di hiris kecil
Semua daun-daun tadi di rebus sehingga mendidih dan tos kan.

SEDIKIT TIPS
1.  Daun mengkudu tak boleh banyak sebab bila di rebus mengkudu akan jadi hitam jadi sayur kita tak cantik nanti.

2.  Pucuk labu jika ada boleh jugak di masukkan dalam masak lemak ni, pucuk kadok dan mengkudu kalau takde boleh guna pucuk ubi saja pun ok.

3.  Sebenarnya masak lemak tempoyak pucuk kayu ni memang tak guna bawang tau, jangan terkejut pulak atau cakap kaknoor lupa nak letak ke!!


BAHAN KISAR
20 biji cilipadi *nak lebih atau kurang terpulang selera lah
3 batang serai
1/2 cawan ikan bilis atau agak-agak segenggam
2 inci kunyit hidup

BAHAN LAIN
1 1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu besar tempoyak
1 keping asam keping
sedikit garam dan gula untuk perasa

CARA NYA
1.  Masukkan bahan kisar dalam periuk dengan sedikit air dan masaklah sehingga mendidih.
2.  Masukkan santan, semua jenis pucuk, terung, tempoyak, asam keping masak dengan api perlahan.
3.  Selalu kacau biar semua nya masak sama rata dan jangan lupa masukkan petai ya..
4.  Bila sudah mendidih masukkan garam dan sedikit gula, jika perlu tambah air pada yang suka cair.
5.  Jika suka lebih pekat masaklah sehingga kering air dan santan nya tu.
6.  Akhir nya taburkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
7.  Dah cukup rasa boleh lah di hidangkan dengan nasi putih panas, memang tak nampak mertua lalu ni hahaha..



Ada tak yang teruja tengok se kuali masak lemak tempoyak ni...



Kalau nak merasa kelazatan nya mesti kena try sendiri tau, tak mahal pun sebenarnya sebab hanya daun-daun kayu di sekeliling rumah je



Sebab dah alang-alang buat kaknoor memang masak lebih, lagipun masakkan ni boleh di frozenkan, lepas dah siap masak boleh masukan dalam bekas yang sesuai dan masuk je dalam frezer, bila nak makan kita panaskan je.
Mudah tak kerja tukang masak ni hahaha...



ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang ya rakan bloggers dan silent readers yang selalu singgah di blog yang tak seberapa ni. Kaknoor nak kongsikan berita yang tak disangka-sangka semalam seorang blogger travel yang hebat telah mencemar duli menyerang hendap IG kak noor, tak sempat nak update semalam di IG kebizian yang melampau, terimakasih banyak pada blogger tersebut, mesti ramai yang dah kenal dengan gambar ni kan, jom ramai-ramai follow gadis beriben hitam ni, jangan marah hahahaa nanti kena jual ....



Jom kalau ada yang nak follow IG kaknoor taip je
nooriahnaim lepas dah follow kaknoor jangan lupa follow SS tau heeee
akhirnya kena cakap jugak kan sebab gambar tu memang dah terkenal se antero dunia ni.

Hari ni no resepi ok, esuk insya ALLAH kaknoor kongsi resepi baikkkkkkkkk punya 
tungguuuuuuuuuuuuuu





ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera semua nya
SEMOGA sihat walafiat ya walau di mana pun berada
HARI NI kaknoor hanya nak kongsikan gambar photogrid dari koleksi resepi masakkan 
YANG pernah di letakkan dalam blog kaknoor
PADA yang baru kenal kaknoor sebenarnya dah lama kaknoor
BERBLOGGING kongsikan resepi masakan ni sejak tahun 2012 bulan Mac
DAH 3 tahun lebih dah kan, kalau budak-budak dah pandai berlari dah ni..


Kalau ada yang nak mencari resepi boleh lah taip gambar makanan yang kaknoor dah tulis tu contohnya

Boleh cari sendiri ya itu pun kalau ada yang sudi lah
Kalau tak pun sila lah jamu mata je ok
Sambil-sambil telan air lioq haha..

Ok bila ada kelapangan insya ALLAH kaknoor akan ke blog adik-adik semua, 
Menunggu green light ni untuk bereskan kerja jab, biasalah kalau hari sekolah macam ni memang seharian busy dengan cucunda sorang ni.  Rasa nya ada jugak geng kaknoor disini yang dah bercucu kan, cuba angkat tangan siapa yang dah bercucu disini, yang pasti yang kaknoor tau adalah
Kak Zai & Kakcik je kan


ASSALAMUALAIKUM 
SALAM Ahad untuk semua nya dan selamat berehat ya dipetang macam ni.
Dah ada menu minum petang ke? Kalau masih terfikir-fikir nak buat apa untuk petang nii jom ikut kaknoor kedapur kita baking banana muffins ni.
Terbaik U sebab ia nya crumble di atas dan soft di dalam nya. 
Kombinasi pisang dan oats tu memang terbaik...
Resepi ni kaknoor intai dari Pinterest sebab gambar dan resepi disana sangattttttttttttttttttt menawan kalbu kaknoor, jadi kebetulan ada pisang hari ni terus lah membaking senang sangat pun, dan yang besttt rasa nya sedapp bangat ni..




Kena sendiri alih bahasa tau!! mudah je pun semua bahasa masakkan yang selalu kita dengar dan lihat dalam masterchef kat tv tu hehee...

Ingredients
  • 1 egg
  • 3 large ripe bananas, mashed
  • ½ cup butter or margarine, melted
  • 1½ cups all purpose flour*kaknoor guna tepung gandum je
  • ½ cup sugar
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp baking soda
  • ½ tsp salt
  • 1 tsp cinnamon
  • TOPPING:
  • 2 Tbsp melted butter
  • ¼ cup brown sugar
  • 1 Tbsp all-purpose flour* ini pun tepung gandum jugak
  • ⅓ cup quick cooking oats* guna instant oats
Instructions
  1. Preheat oven to 400ºF. Kaknoor setkan 150'C Line a muffin pan with paper liners or spray with baking spray. Set aside.
  2. Whisk egg, mashed banana and melted butter in a large bowl until thoroughly blended.
  3. In separate bowl, combine flour, sugar, baking powder, baking soda, salt, and cinnamon. Add to banana mixture and stir just until moistened.
  4. Spoon batter into paper-lined muffin pan (makes 10-12 muffins, disini kaknoor guna cup untuk cupcake tu kalau guna muffin pan kena cuci lagi haha....depending how big your bananas were. Fill muffin cups almost to the brim and see how far the batter goes). Combine all topping ingredients in a small bowl and sprinkle evenly over muffins.
  5. Bake for 17-20 minutes or until tops are browned and toothpick comes out clean.



Kaknoor lebihkan letak adunan nya biar bila masak jadi macam mushroom tu, tapi kalau tak nak macam mushroom tu boleh lah letakkan jangan terlalu banyak ya, kena pandai-pandai agak lah, untuk mudah test lah dulu satu atau dua muffin dan tengok hasil yang kita dapat..



Memang sedap sangat muffin ni, sebab rasa crumble gabungan oats, gula merah, butter dan tepung kat atas muffin tu menjadikan muffin tu lembut sangat kat dalam nya, bak kata bahasa sekarang ni CAIR DI MULUT U.....



ASSALAMUALAIKUM dan salam sabtu adik-adik bloggers yang sudi singgah sini samaada meninggalkan komen tau just lalu ambik bau je, tak kisah lah tu, apa pun kehadiran anda sangat-sangat di alukan. 

HAPPY WEEKEND pada semua nya, walaupun keadaan masih jerebu, banyak lah berdoa mudahan ALLAH menghapuskan jerebu jauh-jauh, memang tak buat aktiviti luar waktu ni, jadi apa kata kalau kita buat aktiviti dalam rumah saja, jo try buat chocolate strawberry tart ni, memang sedap ni, kali ke2 ni  kaknoor buat guna biskut marie sebab oreo takde stok malas nak kuar haha, tapi kena adjust lah sebab biskut marie ni agak kering, kena banyak guna mentega cair. Tapi kalau ada oreo senang guna oreo sebabkan oreo ada krim nya tu jadi kita tak payah guna mentega yang banyak.




CHOCOLATE STRAWBERRY TART

Bahan nya
Strawberry segar secukupnya
330 gm biskut oreo di hancurkan
110 gm ( 1/2 cawan ) butter dicairkan
200 gm milk chocolate
100 gm bittersweet chocolate
200 ml heavy cream
Tart Pan yang sesuai

Cara nya
1.  Biskut oreo yang dihancurkan dicampurkan dengan butter cair, gaul sebati.
2.  Masukkan adunan oreo dan butter dalam pan tart yang panjang tu, tekankan supaya rata.
3.  Letakkan dalam petiais dalam 20 minit untuk menyejukkan nya.
4.  Milk chocolate dan bittersweet chocolate di potong kecil letak dalam satu bekas.
5.  Panaskan heavy cream kemudian tuangkan heavy cream didalam bekas chocolate.
6.  Kacau sebati kemudian tuangkan di dalam pan tart oreo tadi.
7.  Susun lah fresh strawberry di atas nya, taburkan dengan sedikit badam dan sejukkan.
8.  Potong dan boleh lah di hidangkan.



Honestly kaknoor suka yang guna biskut marie ni lebih rapuh, kalau guna oreo agak liat sikit, terpulang lah nak guna oreo atau marie ya.



Ini yang first time kaknoor buat memang resepi nya dah viral dalam fb suatu waktu dahulu, kebetulan kaknoor dah ada tart tin itu lah yang rajin sangat nak mencuba.



MEMANG sedap sangat gerenti tak cukup sepotong tart ni, tambahan dengan strawberry yang masam-masam manis memang marbeles, boleh try pada yang rajin hari ni or esuk ya.



ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat untuk semua nya.
Hari ni hari jumaat apa kata kaknoor nak jamu mata dengan orkid yang berkembang di rumah kaknoor pada masa ni.  Sebenarnya kalau dulu memang banyak orkid kat umah kaknoor, rasa nya 3x ganda kot dari yang ada sekarang ni, di sebabkan kesibukan didalam rumah sampai tak terbelai orkid-orkid ni jadi merajuk kot, banyak yang mati jugak. 

Kadang-kadang kalau tak ada keperluan memang tak kuar rumah dua tiga hari. Mana tak nya nak masak asyik buka petiais dan frezer je menghabiskan stok makanan, dah habis barulah nak kuar rumah membeli, memang kaknoor bukan jenis suka jalan tak tentu pasal jugak, pokok nya tak mau cari pasal lah hahaha, itu lah sampai orkid pun dah merajuk.


Ini lah sebagian yang tinggal tu, ada banyak jugak pokok tapi masa ni takde bunga, hanya ini lah saja yang berbunga masa ni.  Oklah jom melawat taman orkid kaknoor jom!!!










 Nampak tak ada makhluk lain kat bunga tu, kalau tak nampak memang ke pakai spek mata lah tu.


Sorry lah tak banyak pun orkid yang cantik-cantik ya, tapi syukurlah masih ada saki baki orkid yang lama dulu, dapat jugak penyeri depan rumah ni kan..



ASSALAMUALAIKUM dan salam  sejahtera untuk semua nya.
HARI ni dah hari kamis, mesti ada yang berpuasa sunat hari Tasua' iaitu puasa sehari sebelum hari Asyura dan esuknya 10 muharram puasa hari Asyura
SIAPA yang mampu dan kesihatan mengizinkan eloklah kita buat yang sunat-sunat kan.
SEMOGA ALLAH menerima segala amalan kita INSYA ALLAH.

Ni menu semalam sotong goreng tepung yang rangup, mesti cuba kalau ada stok sotong dalam frezer tu, rugi tau tak merasa keranggupan sotong ni, jom tengok resepi dan baca tips nya tau utk hasil yang lebih sedap dan rangup.




BAHAN NYA
2 ekor sotong kembang atau 4 ekor sotong putih (potong sukahati) tapis biar kering
1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 biji telur
sedikit serbuk kunyit
sedikit serbuk paprika // ciliflakes optional
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menggoreng

CARA NYA
1.  Masukkan semua jenis tepung dalam satu bekas atau besen gaul rata.
2.  Campurkan dengan serbuk kunyit, paprika, garam dan gula dan kacau biar sebati.
3.  Pecahkan telur dan kacau rata.
4.  Campuran tepung tadi di bahagi 2 bahagian, 1 bahagian campurkan dengan telur kacau sebati.
5.  Celupkan sotong kedalam adunan tepung telur, kemudian celup lagi sekali dalam baki tepung.
6.  Panaskan minyak sehingga betul-betul panas, bila masukkan sotong sederhanakan api dapur.
7.  Tutup kuali dengan tudung periuk untuk mengelakkan daripada meletup dan sotong masak sekata.
8.  Bila dah masak angkat dan tos kan dalam tapisan sehingga kering minyak,


TIP MENGGORENG SOTONG


1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.
2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.
3. Balikkan sotong apabila bahagian atasnya telah garing.
4. Angkat sotong yang telah masak/garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)
5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.


Agak bahaya kalau goreng sotong ni dalam kuantiti yang sedikit sebab takut tak cukup, jadi pastikan adik-adik goreng dalam kuantiti yang banyak tau!! hahaha



Sangat sedap bila di cicah dengan sos ke atau apa-apa sos kegemaran, Kaknoor tak sempat nak letak sos pun sambil goreng sambil ratah, sudahnya tinggal ciput ni je untuk di gambarkan.Jadi pastikan banyak-banyak goreng tau, memang ranggup krup krap krup krap tak caya! kena buat sendiri lah ya...



ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera ya semua nya yang masih sudi singgah disini.
Hari ni menu nostalgia kaknoor nak kongsi kan, entahlah adik-adik muda belia ni reti tak makan benda ni, kalau dulu-dulu sebelum ada kek, muffin, tart dan segala yang moden-moden memang ini lah makanan ibu bapa kita kan, apa lagi zaman Jepun dulu-dulu tu.

Walaupun kita bukan di lahirkan dizaman Jepun tapi dari cerita-cerita orang lama memang makanan ni lah yang wajib dan yang ada kan adoiii merepek-repek lah pulak ni.




Oklah ni menu breakfast kaknoor dua hari lepas kot hehee tak sempat nak masuk blog jadi hari ni lah keluar nya menu nostalgia ni, memang mudah sangat pun hanya rebus ubikayu sehingga lembut, tos kan dan cicah lah dengan sambal tumis.

Agaknya kat tempat-tempat lain mesti lain benda yang di cicah dengan ubikayu ni kan..
Kalau ada yang nak kongsi idea boleh lah, nanti kaknoor lagi tiru adik-adik semua.
Kabar nya ada yang makan dengan ikan masin kan!! tapi kaknoor belum pernah try lagi..



Oklah ya selamat menjamu mata ya..
Menu yang senang sangat , kalau ada yang terhingin boleh lah pergi cabut ubikayu kat belakang rumah, rebus dan cari lah lebihan sambal tumis semalam ke dah boleh makannnnnn kannn

Oklah sampai jumpa lagi babaiii


ASSALAMUALAIKUM dan selamat pagi semua nya
Breakfast apa agak nya hari ni ya
Kalau ada lebihan roti gardenia tu jom buat pizza yang senang ni
Sebenarnya idea nak buat pizza ni sebab ada lebihan kuah spaghetti bolognise, biasa lah kadang-kadang time lapar tu buat apa pun semuanya terlebih., lagipun taklah  membazir daripada di buang lebihan kuah spaghetti baik di letak atas roti ni kan..


Bahan nya 
Beberapa keping roti
Lebihan kuah spaghetti
Cheese mozarella secukupnya
Bayam atau apa-apa sayur fav

Cara nya
1.   Ambil dulang tart atau dulang muffin kalau takde letak atas dulang biasa pun ok, cuma takde bentuk bulat je, tapi kalau nak bentuk bulat boleh gunting bulat jugak dan susun diatas dulang roti yang telah di bentuk bulat tu.
2.  Sudu kan kuah spaghetti di atas roti, letakkan bayam dan cheese mozarella.
3.  Buatlah sehingga habis roti dan kuah ikut kreativiti sendiri.
4.  Bakarlah dalam oven selama 10 -15 minit sehingga  cheese keperangan.
5.  Bagi kaknoor memang suka yang agak perang macam tu lebih rangup sedap.



Memang cepat laku roti tu kalau buat macam ni
Terasa macam makan pizza betul haha..



Untuk bekalan anak-anak kesekolah pun sesuai jugak ni roti yang ala pizza ni.
Sesekali oklah takyah bancuh tepung kotorkan tangan tapi dpt makan pizza jugak kan.
Selamat menjamu mata lah ya..


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua yg sudi singgah di blog kaknoor.  Kaknoor jarang sangat menghargai rakan-rakan bloggers yg selalu singgah disini, jadi hari ni dengan rasa rendah hati kaknoor ingin mengucapkan ribuan terimakasih yg tidak terhingga kerana sudi meriahkan blog kaknoor dengan komen-komen indah, dan ada kala nya komen yg sangat mencuit hati dan boleh ketawa sorang-sorang.

Tahniah pada yang menjadi Top Ten october,  dan pada yg tidak tersenarai jangan putus asa selalu lah singgah sini di lain kali ya.

Tak ada apa pun yang kaknoor nak hadiahkan pada komentator terbaik tu hanya lah sepasu bunga ke sejambangan bunga ke tak tau lah, terimalah sebagai kenangan ya, kalau nak bawa balik ke blog pun silakan hehehe

Happy monday untuk semua nya dan salam manis jugak selamat bertugas walau dimana saja berada.

Baru nak breakfast ni dengan nasi goreng bodo je hehe yuk!!!



ASSALAMUALAIKUM dan salam manis hari ahad untuk semua.
Hari ni salam manis sebab resepi nya dessert yang manis 
Betul lah tu kan.




Sebenarnya ni kali kedua kaknoor buat sago gula melaka, sebelum ni tak tau yang sago ni sedap sangat lemak manis dan berkrim, memang tak cukup kalau dapat seketoi tu, jadi lepas kali pertama selang beberapa hari buat lagi untuk kali 2 memang dahsyat kan penangan sago ni, resepi nya boleh klik di  SINI sebab memang kaknoor guna resepi yang sama.




Ada tak yang belum pernah rasa sago gula melaka ni agak nya ya!!
Kalau belum tu cepat-cepat lah tengok resepi dan buat sebab rugi kalau benda sedap U all tak pandai buat dan makan..



Hari ni di Brunei pagi-pagi dah ujan lebat, makan apa pun memang sedap je kan waktu hujan-hujan ni hatta ubi rebus pun boleh terlajak laris hehee

ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang sabtu untuk semua.
SEMOGA sihat sejahtera hendaknya ya.
MENU orang kampong lagi hari ni
NASI LEMAK LEMUNI 
PUYUH PANGGANG
ACAR CACAMARBA
TELUR DADAR
SAMBAL SOTONG
KACANG & BILIS GORENG



Resepi ni untuk yang ada noxxa lebih cepat dan mudah dan cepat boleh makan hehe
Kaknoor intai dari blog  DAPUR UMMI

Nasi Lemuni

 Bahan-Bahan  Nasi 
 3 pot beras  
 Santan
  Daun lemuni (Blend dengan air dan tapis)
 Garam  1/2 sdt halba  
 1/2 sdt lada hitam  
 1 inci halia - hiris memanjang

 Cara-cara 
 Basuh beras bersih-bersih dan toskan.  Kemudian masukkan kedalam periuk.  Tuang santan dan air perahan daun lemuni  secukupnya (sukatan santan dan air sebanyak 4 pot beras) Masukkan halba, lada hitam, dan halia.  Perasakan dengan garam secukup rasa  Tekan butang HP sebanyak 7 kali. Tekan butang on. Biarkan sampai nasi masak.  Bila masa Hp dah tamat, pusingkan tombol wap ke titik steam. Lepaskan wap sepenuhnya. Tunggu sampai semua wap habis. Buka tudung periuk dan gemburkan nasi biar sekata. Hidang nasi bersama-sama sambal dan bahan pelengkap 

Untuk yang belum ada noxxa boleh guna resepi kaknoor yang  biasa dibawah ni ya, rasa nya tetap sama je


Nasi Lemuni

Bahan-bahannya
4 cawan beras basmathi
3 cawan santan
Secekak daun lemuni dikisar
2 cawan air
1 sudu kecil halba
4 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih
1 inci halia dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya
1.    Cuci beras dan toskan
2.    Kisar daun lemuni dengan 2 cawan air dan tapiskan.
3.    Masukan beras dalam periuk atau rice cooker, masukan semua bahan-bahan dan masaklah seperti masak nasi biasa.

4.    Hidangkan bersama sambal kegemaran sambal sotong pun sedap ditambah ikan masin atau ikan goreng, telur masin atau telur mata kerbau, selera ditangan sendiri.




Untuk acar ni kaknoor campurkan epal hijau, timun, tomato, bunga kobis yang telah di celur sekejab, carrot, bawang besar, perahan limau kasturi, dan cilipadi yang telah dikisar, ditambah garam dan gula sedikit. Gaulkan semua nya sesuaikan rasa dah jadi acar caca marba ni. Memang sedap dimakan dengan nasi lemuni PERCAYA LAH...





Gandingan nasi ni kebetulan masih ada puyuh akak airfryer je senang tak yah nak tunggu, boleh jugak goreng atau bako dalam oven, terpulanglah selera masing-masing.Rencah lain tu ikut selera lah disini tukang masak letak, kacang goreng dan bilis goreng jugak telur dadar.


Assalamualaikum sahabat adik-adik maya semua nya.  Apa kabar agaknya hari ni ya. Macam biasa kaknoor pepagi memang sibuk uruskan cucunda sorang ni.

Sebenarnya kaknoor menjaga waktu siang je semasa ummi dan abi nya kerja, jadi kalau waktu siang memang masa sangat berharga dan ada kala nya tak sempat nak blogwalking.  Biasa lah melayan budak sorang ni, hari ni kaknoor belanja gambar cucu je ok, sementra menunggu masa utk tidur bawa maim luar rumah, nenek zaman sekarang ni pantang tengok bunga berkembang asyik nak snap saja, tup tup muncul cucunda di celah bunga orkid tu alahaiii tpi sebab dia senyum oklah dpt masuk blog haha.

Takde apa sebenarnya nak cerita hari ni sebab tukang masak lidah kelu hari ni, jom layan gambar saja ya.

Babaii jumpa lagi ..

ASSALAMUALAIKUM dan salam 1 muharram untuk semua nya.
Sekejab nya masa berlalu sudah kita di tahun baru 1437 hijrah, macam terasa baru je menyambut awal muharram tahun lepas.  Begitu lah dunia akhir zaman ni masa kita terasa begitu singkat dan cepat sangat berlalu. Semoga ALLAH memasukkan sedikit rasa takwa dan keimanan dihati-hati kita dalam menjalani kehidupan seharian di alam yang serba pantas ini.  AMEEN....

Untuk resepi hari ni kaknoor nak kongsikan satu menu yang selalu nya mesti ada didalam hidangan kita seharian iaitu ayam goreng, tapi kali ni di goreng menggunakan airfryer yang hanya memerlukan sesudu atau kurang minyak, memang dapat menjimatkan minyak, rasa nya tak kurang jugak hebat bergantung dengan apa campuran perapan ayam kita.



Ini lah  jenis airfryer yang kaknoor gunakan, kita hanya masukan ayam yang telah di perap didalam basker airfryer tu dan set kan timer dan tunggu lah sehingga masak. Sangat mudah tak lagi terpercik minyak segala kan..


Ini ada lah jenama airfryer kaknoor iaitu Philips ( gambar ihsan dari google)
Nak cepat malas lagi nak kedapur hehee




Untuk resepi nya sangat mudah, selepas kita bersihkan ayam, samaada ayam sekor ke, kepak ayam ke atau mana saja bahagian ayam yang fav, perapkan saja dengan sedikit garam, kunyit, serbuk paprika atau cili flakes, lada hitam tumbuk, bawang putih, sedikit gula merah dan minyak zaiton agak sesudu atau kurang, atau minyak biasa pun boleh.  Perapkan dalam 10 - 15 minit dan masukkan dalam fryer setkan masa. Memang mudah sangat,  Sementra ayam dalam fryer kita boleh buat kerja lain, sampai fryer kita berbunyi tinggggggg!!!! baru lah buka dan cek kalau belum perang, boleh tambah masa ikut lah sebab kita yang buat dia kan terpulang lah pada selera sendiri.



Ini lah kepak goreng airfryer kaknoor, sejak ada fryer ni memang dah malas nak goreng macam biasa menggunakan minyak yang banyak, kecuali lah kalau ada menu yg perlu di goreng biasa, baru lah kaknoor menggunakan minyak hehe, besst kan dapat jimatkan minyak dan terasa lebih sihat
ALHAMDULILLAHH...


Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home