All About

Good Food

Assalamualaikum semua adinda-adinda blogger.  Mohon maaf banyak - banyak dah lama sunyi sepi memang masa cukup mencemburui di Mekah ni, sebab tak mau ketinggalan untuk ke masjid disetiap waktu,  itu pun adakalanya miss jugak disebabkan macam-macam faktor injin lama pun ya jugak ni..
Jadi untuk tatapan kali ni sempatlah kaknoor  belanja beberapa keping gambar untuk santapan mata ya dan kalau ada yg nak minta doa kan masih sempat la malam ni sebab esuk pagi dah nak berangkat ke Jeddah.
Hari-hari update kt fb je sebab blog ni biasalah kena cerita sikit kan kalau sekadar letak gambar no hal lah..
Siapa yang cukup syarat sila lah kesini kerana disini lah tempat yang paling damai kita beribadah, dengar azan saja pun dah cukup tersentuh boleh mengalirkan air mata, belum lagi bacaan surah-surah Al Quran dari Imam nya Subhanallah, sendiri datang baru tau betapa syahdu nya tempat ni.
Jumpa lagi nanti Insya Allah lepas dah balik Brunei ya doakan kaknoor selamat sampai dan tiada halangan dijalanan ameenn.
Assalamualaikum dari bumi Madinah.
Alhamdulillah Allah telah beri peluang kaknoor di bumi anbia ni selama 5 hari dan insya Allah tengahari nanti akan bertolak ke Mekah Al Mukarromah. Semoga perjalanan umrah kami dipermudahkan oleh Allah Subhanahuwataala Ameen.
Perjalanan selama 5-6 jam dari Madinah ke Mekah dengan bas memang menguji kesabaran jugak kan, doa kan kaknoor dam family mampu mengatasi segalanya ya adik-adik blogger semua.
Semoga budi baik kalian akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah taala ameen.
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Alhamdulillah masa ni kaknoor dah selamat sampai di Madinah, tempat yang menjadi idaman setiap orang islam Alhamdulillah tahun ni dpat menjadi tetamu ALLAH untuk sampai kesini syukur diatas rezeki yang diberikan.
Walaalupun sakit badan didalam penerbangan selama 9 jam 45 minit, tpi alhamdulillahhh akhir nya 5 hari ni di Madinah ni dpatlah beribadat semampu mungkin.
Nanti lagi kaknoor bercerita panjang ya..
Assalamualaikum pada semua yang mengenali kaknoor secara langsung atau tidak, atau sekadar teman di alam maya ni. Walau apa pun status kita di sini kaknoor ingin memohon jutaan ampun dan maaf andai nya selama ni kaknoor ada mengguris hati dan perasaan kalian secara sengaja atau pun tidak, sebenarnya tidak ada niat pun ke arah itu, mungkin penerimaan ayat yg ditulis tu tak sama ertinya pada orang yang berlainan. 
Lagipun kita hanya insan biasa tak sunyi dari membuat kesilapan demi kesilapan, maafkan kaknoor dari ujung setokin hingga ke ujung tudung ya.
Esuk pepagi Insya Allah kaknoor dan family akan berangkat menunaikan umrah. Syukur sangat dan tak sabar rasa nya nak jadi tetamu Allah ni.  Sekiranya ada peluang insya Allah akan bersiaran dari Mekah dan Madinah, tetapi jika keadaan tidak mengizinkan kita berjumpa lagi di tahun 2016 Insya Allah kalau masih ada umur yang bersisa....

ASSALAMUALAIKUM 
SALAM sejahtera pada semua nya.
Hari ni kaknoor menyempatkan buat brownies cheese sebab esuk lusa adalah hari-hari yang sibuk.
Jadi rasa nya ini lah entry resepi terakhir untuk tahun ni.
INSYA ALLAH kalau panjang umur kita berjumpa lagi di entry masakan atau apa-apa makanan tahun 2016 ya..
Tunggu entry esuk Insya ALLAH akan kaknoor cerita kan.
Jom semak resepi kalau ada yang teringin nak buat.
Memang sedap sangat brownies cheese ada customer kaknoor setiap kali ada buat majlis makan-makan mesti dia order brownies ni SEDAP LAH TU KAN....heheeee




Red Velvet Brownies Cheese Cupcake

Bahan-bahannya

250gm butter
½ cawan minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko
200 ml yogurt biasa
1 ¼ cawan gula kaster
2 biji telur grade A
2 cawan tepung kek
1 sudu teh vanilla
1 sudu teh bicarbonate of soda
1 sudu teh lemon/cuka
1 sudu teh  pewarna gel


Cara-membuatnya

1.    Cairkan mentega dan minyak jagung dengan menggunakan double boiler, sejukan.
2.    Ayak tepung kek dengan serbuk koko
3.    Pukul gula kaster dan telur sehingga sebati,masukan campuran mentega dan minyak jagung, gaul sebati.
4.    Tambah yogurt yang telah di campur pewarna merah pukul sebentar hingga rata.
5.    Campurkan tepung sedikit demi sedikit dan adun lah sehingga rata masukan vanilla kacau rata.
6.    Asingkan 2-3 sudu besar untuk lorek.
7.    Masukan cuka dan soda bicarbonate dalam bekas kecil, kacau dan tuangkan dalam baki adunan dengan cepat.
8.    Sediakan cawan kek dan tuang lah adunan sehingga ¾ paras cawan kek.
9.    Buatlah sehingga habis adunan dan bakar dengan suhu 200’C selama 30 minit.



Lebihan adunan kaknoor letak dalam acuan muffin. 



Agak hitam sikit gambar nya, tapi sebeno nya memang warna macam kat atas tu, lagipun masa kaknoor ambik gambar ni hujan turun mencurah-curah, jadi nya memang cahaya luar takde langsung.
Sorry ya gambar kurang memuaskan tapi rasa nya sangatttt
BERBALOIII PERCAYA LAHH.....



Assalamulaikum dan salam sejahtera untuk semua pengunjung blog kaknoor yang tak seberapa ni.
Resepi ulangan lagi hari ni, sebab dah lama jugak tak buat laksam ni, hari ni tukang masak sendiri yang teringin nak makan, jadi biar lambat asal dapat makan kan...

Memang rumit membuat laksam ni dari awal membuat kuah, sehingga mengukus laksam, tapi apo nak di kato kang kempunan pulak jadi ku gagahi merajinkan diri hari ni, jom layan gambar dulu mana tau ada yang teringin jugak macam kaknoor hehe...


 Kaknoor tak guna bawang merah biasa tapi guna bawang bombay sebab malas nak kopek bawang merah kecik sangat haha jangan tiru tau!!!


Bahan Kuah

1 kg ikan kembung direbus / ambil isi / di kisar / simpan air rebusan
2 cawan santan
1 sudu besar lada hitam
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai di ketuk
1 inci halia
3 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya

Kisar  bawang merah, putih, halia dan lada hitam, masukkan dalam periuk, masukkan santan dan isi ikan yang di kisar bersama air rebusan ikan.  Didihkan dengan api yang sederhana, masukan asam keping, garam dan sedikit gula.  Bila sudah cukup rasa dan pekat boleh lah di tutup api.


 Disini kaknoor kurangkan santan daripada 2 cawan kepada 1 cawan lebihan nya tambah air je supaya tak terlalu pekat sangat.




Bahan Ulam
1 biji timun
5 urat kacang panjang
1 kuntum bunga kantan
7 tangkai daun kesum
½ cawan taugeh
Sambal belacan

Cara membuatnya
1.    Semua ulam-ulam di hiris kecil
2.    Ambil laksam secukupnya, tambahkan ulam di atas dan curahkan kuah.
3.    Laksam sudah boleh di nikmati.

 Sambal belacan macam biasa je kan, tumbuk cilipadi, cilibesar, belacan bakar dan air asam jawa, tapi disini tukang masak mesin je nak cepat.




Bahan Laksam
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
 5 cawan air suam (3 air panas + 2 cawan air biasa)
1/2 sudu kecil garam

Cara membuatnya
Satukan semua bahan kacau sehingga tak bergentel, panaskan kukusan letakkan tudung periuk atau dulang kecil, masukan 2 senduk bancuhan dan kukus sehingga masak lebihkurang 2 ke 3 minit angkat dan gulung.  



 Rasa nya kuah kaknoor ni kurang pekat sebab kaknoor kurang suka terlalu pekat, terpulang lah kalau nak pekat lebihkan santan tu ok..




Alhamdulillah akhirnya dapat makan laksam jugak hari ni, siapa nak join cepat-cepat tau sebab tak banyak dah tinggal ni hahaha, tukang masak lepas geram ni..


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat petang untuk semua nya.
Menu simple untuk petang yang dingin ni.
Boleh untuk di gandingkan dengan kopi atau teh, pagi ke petang pun boleh aje.
Untuk bekalan anak-anak atau untuk picnic-picnic sangat sesuai sebab senang nak packing.
ALHAMDULILLAH mengenyangkan!!!





BAHAN
beberapa ketul kepingan nugget ayam ready made digoreng dan dipotong dadu
Roti Peranchis secukupnya di potong tebal 1 inci atau sukahati lah
Keju mozarella secukupnya
Oregano atau parsley secukupnya
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit ciliflakes nak banyak lagi best ni..


PANASKAN oven 200'C 
SUSUN roti peranchis dalam tray .  Mula nya nak masukkan roti ni dalam lubang pan tu, tapi tak muatlah pulak, jadi kaknoor just letak di atas lubang tu saja.  Boleh jugak di sempitkan masuk roti ni jadi nya bila siap dia akan jadi bulat lah.
LETAKKAN nugget yg telah digoreng dadu, susun lah bagi rata diatas roti.
TABURKAN dengan cheese mozarella, kemudian oregano atau parsley dan serbuk lada hitam dan cili flakes
BAKAR lebihkurang 8-10 minit sehingga keperangan 
KEMUDIAN dimakan time panas- panas


 Sebelum masuk oven


 Selepas di oven oregano agak hitam


 Close-up sikit my bruschetta ada bran!!!!



Sila jamu mata saja ok petang-petang ni.
DiBrunei masa ni dah magrib tau!!
Masa ni sedang bertelekung menunggu waktu isyak sambil menulis blog hehe..



ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera untuk semua nya.
Salam ahad dan selamat bersantai pada yang bercuti hari ni .
Baru-baru ni kaknoor ke pasar pagi atau tamu di Brunei ni terjumpa lah pokok nostalgia ni, memang lama sangat tak terjumpa sayur ni, entah macamana ada pulak orang menjual sayur ni  hari tu.
Dah beli tak tau pulak nak masak, jadi tanya-tanya rakan Fb ramai yg cakap buat kerabu lah ulam lah, sayur tumis lah, last-last jadi kerabu lah sebab kaknoor memang fav kerabu tapi sebab sorang je makan jadi nya jarang sangat buat kerabu. Disebabkan pakurawan ni  pelanggan dalam rumah kaknoor tak makan jadi apa lagi lagi tukang masak pun masak suka hati dia lah hahaha...maka jadilah 
Kerabu Paku Rawan atau Genjer ni.




Bahan bahan:
   2 atau 3 ikat pucuk paku rawan.
   2 labu bawang besar dihiris
   1 cawan santan pekat.
   4 batang serai hiris nipis
  10 biji cili api terpulang selera nak kurang atau lebih
  3  sudu besar kerisik.

  sedikit belacan
  2 kuntum bunga kantan hiris

  Boleh letak kerang atau udang tapi kaknoor tak letak
  Akhir sekali sedikit garam dan gula.
  
Cara cara:
  Pucuk paku rawan di potong dicuci dan di rebus dan tos kan. Tumbuk cilipadi dan belacan sehingga lumat.  Kemudian masukkan  bahan tumbuk  tadi kedalam bekas , gaulkan bersama pucuk paku rawan, serai, bawang besar, kantan dan santan yang telah di masak sekejab.   Akhir sekali masukkan kerisik dan gaul lagi sehingga sebati.  Jangan lupa letak garam dan gula ok. 
Dah secukup rasa boleh lah di hidangkan bersama nasi putih.



Sesekali santap kerabu pakurawan nostalgia ni memang mengasyikkan, tapi awas jugak pada yang banyak angin tu kata orang boleh buat hangin satu badan jugak, tapi rasa nya kalau kita makan seadanya saja insya ALLAH OK KOT...



Kalau kerabu macam ni tukang masak sendiri masak sendiri makan, anak-anak tak pandang pun. tapi kalau ada geng gerenti tak cukup ni, geng veteren memang fav sangat ni, eh salah bukan geng veteren tapi geng Vogue!!! haha..


ASSALAMUALAIKUM dan selamat petang rakan-rakan blogger semua.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi paha ayam yang sangat laris di dalam rumah kaknoor.
Asal buat habis, habis buat lagi hahaa
Mudah je pun dah beberapa kali buat kalau time lapo takde lauk lain pun makan ayam dengan nasi putih pun ON je pasti habis punya.






 STICKY DRUMSTICK BEST EVER
PAHA AYAM MELEKIT YANG TERLARIS

Bahan nya
1 kilo peha ayam
1 inci halia di parut
5 ulas bawang putih parut
1 sudu besar minyak jagung/bunga * kaknoor guna air fryer minyak memang sedikit je*
1 sudu besar serbuk lada hitam tumbuk
sedikit cili flakes *optional tak nak pun ok
6 sudu besar madu
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap masin

Cara nya
1.  Paha ayam yang telah di bersihkan dan di gaul dgn kunyit dan sedikit minyak, masukkan dalam air fryer dan masak selama 20 minit dan keluarkan.
2.  Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bawang putih dan halia sehingga kekuningan.
3.  Kemudian masukkan ayam yang telah di *air fryerkan* tadi.
4.  Pada yang takde air fryer goreng biasa je  ayam biarlah sehingga separuh masak atau 3/4 masak ya.
5.  Akhir sekali baru lah masukkan semua sos, kicap dan madu, masak dengan api yang perlahan.
6.  Kak Noor letakkan sedikit bijan  untuk contraskan warna ayam tu.
7.  Api dapur jangan terlalu kuat sebab biasa nya kalau ada madu memang mudah hitam ayam nya.
8.  Bila semua sos dah bersalut tutup lah api dan sedia dihidangkan bersama nasi putih.






Sebelum ni kaknoor guna kepak ayam, tapi kali ni guna paha atau drumstick pun hasilnya lumayan tetap habissss...



Yang belum masak boleh lah try resepi kaknoor ni mudah sangat, hanya menggunakan campuran sos dan madu dan sedikit halia. Tak caya boleh try dan tengok hasil nya hehee...


ASSALAMUALAIKUM 
SELAMAT Petang semua nya, menu apa agaknya hari ni ya untuk dessert petang ni?
Sayangkan ubikayu yang dah dua tiga hari beli, kaknoor rajinkan memarut dan kukus rona roni like a rainbow ni.  Teringat acuan yang di beli masa di UK awal tahun dulu, jarang sangat pakai jadi godek-godek ubi buatlah macam ni, sesekali ber rainbow macam ni cantik jugak kan!!




UBIKAYU KUKUS PELANGI PETANG
Resepi asal yang tulisan warna hitam tu, yg merah di modified hari ni.
Bahan nya
1  1/2 cawan ubikayu yang sudah di parut, perahkan air nya.
1 peket santan serbuk
1/2 cawan gula atau 3/4 cawan gula merah
3 sudu tepung ubi
1 sudu margerin
secubit garam
kelapa parut secukupnya
pewarna merah kuning dan hijau
Kali ni kaknoor tambahkan warna rainbow jadi 6 warna semua nya

Cara nya
1.  Masukan semua bahan dalam besen besar kecuali kelapa parut, gaul sebati.
2.  Untuk lebih halus boleh jugak di kisar semua bahan tu.
3.  Bahagikan kepada 3 bahagian, warna kan.Bahagi 6 ok
Hari ni kaknoor guna acuan silicon untuk tart sebab terpikat dengan bentuk tart bila adah jadi nanti, alhamdulillah ok jugak kan...
4.  Lengserkan dulang dengan margerin, dan tuangkan setiap warna di dalam nya.
5.  Panaskan kukusan dan kukuslah sehingga masak lebihkurang 20 - 30 minit.
6.  Sejukan dan potong gaulkan dengan kelapa .
7.  Pastikan kelapa dah di campur sedikit garam.
8.  Hidangkan sangat sedap dimakan bersama dengan secawan nescafee kaw kaw.


Ini gambar sebelum di kukus agak kusam sikit kan.



Lepas di kukus wah !!! warna nya makin meriah kan..



Mudah di tanggalkan bila kita guna acuan silicon ni, jangan tak tau sebenarnya kaknoor terlupa nak letak marjerin kat acuan tu sebelum letak adunan, tapi alhamdulillah langsung tak melekat, lain kali boleh lah selalu lupa kan haha...



Abaikan tangan besaq kat celah tu nooo



Cantik tak kak ton!!!!!



Dah terhidang tu ada yang nak merasa? Sila-sila jangan malu-malu kucing pulak tau, memang 6 keping je yang dapat kalau malu kucing, nenek kucing ni nak mamam habisss hahaa..


Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua yang masih sudi singgah di blog kaknoor.
Hari ni kaknoor nak mengucapkan ribuan terimakasih diatas ingatan Yan atau Iryanty di atas kesudian menghantar souviner ini pada kaknoor, walaupun kaknoor tinggal jauh diseberang laut china selatan tapi masih sudi menghantar cenderahati ini, terimakasih Yan semoga ALLAH murahkan lagi rezeki Yan dimasa akan datang. INSYA ALLAH AMEEN.
Rasa nya kaknoor tak payah kenalkan Yan lagi pada kenkawan semua mesti ramai yang dah tau keramahan insan bernama Iryanty ni kan, jom gegarkan blog Yan kita buat serangan hendap mudahan yang dah baik dari sakit bisul tu kan Insya Allah bila tengok ramai kenkawan yg datang kan.
Semoga Allah menjauhi kita semua daripada segala tipu daya syaitan dan yang seumpamanya.

ASSALAMUALAIKUM 
SALAM sejahtera untuk yang masih sudi singgah disini.
HARI ni kaknoor nak kongsikan menu biasa yang selalu di masak di rumah kaknoor.
KIRA nya menu penyelamat untuk yang tak sedap perut jugak ni, baru-baru ni perut jadi macam masuk angik ke apa entahlah, takde selera nak makan, fikir-fikir nak masak apa, jadi terjadi lah masak cuka ni sebabkan rasa nya yang masam-masam manis jadi terbuka sikitlah selera nak makan nasi, kalau orang utara memang fav ni masak cuka, tapi kalau belah selatan timur tak taulah pulak kaknoor.  Memang sedap lah masak cuka ni di gandingkan dengan nasi panas untuk yang macam demam-demam tu pasti cepat kebah lepas makan masak cuka ni heheee....

Kali ni kaknooor tak goreng ikan nya hanya menggunakan airfryer je jadi memanglah tak berminyak, kalau resepi asal kena goreng dulu dengan minyak baru lah dapat dimasak cuka ikan ni, alhamdulillah dah ada airfryer guna lah kan jimat minyakkk maktok..







 Masak Cuka Ikan Tongkol Airfryer Lebih Jimat Minyak
Bahan-bahan:

§  1 ekor ikan tongkol dipotong kecil digaul garam dan kunyit fryerkan kejab dlm 10 minit
§  5 urat kacang panjang dipotong lebihkurang 2 inci
§  7 ulas bawang merah dihiris tebal
§  5 ulas bawang putih dibelah dua
§  1 inci halia dihiris kecil memanjang
§  ½  sudu besar lada hitam ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan manis ditumbuk kasar
§  ½ sudu jintan putih tumbuk kasar
§  2 sudu cuka atau lebih
§  2 cawan air atau lebih
§  4-5 biji cili hijau dibelah
§  ½ sudu biji sawi
§  ½ sudu kunyit serbuk
§  Garam gula dan minyak


Cara membuat:

1.    Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia kacau biar sampai wangi .
2.    Masukan bahan tumbuk, kunyit, biji sawi kacau sekejab sampai biji sawi wangi bolehlah masukan cuka, air,garam dan gula dan ikan tongkol yang siap digoreng tadi dan masaklah sampai mendidih.
3.    Kemudian masukan kacang panjang dan cili hijau. Masak cuka ni rasanya ada masam-masam manis sikit gitu.
4.    Sedap disediakan sehari awal baru rasa nya lebih meresap dan sedap.



Mesti ada yang sedang telan air liur kan masa ni hahaha..


Ikan masak cuka di hirup kuah nya memang sedap masam-masam untuk orang veteren memang sesuai sangat, orang muda mungkin kurang suka masak kot kan, tapi pada yang tak suka terlalu masam boleh kurangkan lah kuantiti cuka tu sebab apa-apa pun kita yang buat dia kannn...



Assalamualaikum dan selamat petang untuk semuanya.  Apa kabar agaknya adinda-adinda kaknoor? Semoga sihat sejahtera hendaknya dimusim cuti sekolah ni. Ibu-ibu mesti sibuk memasak untuk anakanda yang sedang bercuti masa ni kan, kalau buntu tak tau apa nak dihidangkan jom tengok koleksi dekorasi pie ni kalau ada yang bekenan boleh lah dibuat untuk hidangan keluarga.  Mesti diaorang suka. Kaknoor kongsikan tips dan gambar saja lah ya yang di ambil dari Pinterest.
Memang menarik pada penggemar pie kan, kalau malas nak uli tepung boleh aje guna pastri pie jenama KAWAN tu banyak dijual di supermarket.  Untuk filling terletak di tangan sendiri nak yg agak masin-masin boleh letak ayam or daging,  tpi kalau suka manis letak je buahan kegemaran sebab takde salah pun.
Memang sedap pie ni kaknoor tunggu sedikit waktu akan try jugak ni hehe
Hari ni jamu gambar dulu ya, esuk lusa jamu yg betul-betul ok..
Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home