Air Asam Belimbing Buluh Dan Khasiat Nya

Air Asam Belimbing Buluh Dan Khasiat Nya



Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam tersangat sibuk dengan macam-macam tempahan, hari ni baru dapat masuk ofis maya ni.
Alhamdulillah  semua nya dah sampai ke tangan customer happy sikit lah dengan feedback yang menggumbirankan.
Jom rileks kan minda dan mata pagi ni tengok pokok belimbing buluh dengan bunga yang cantik ni.
Kalau ada yang cakap tak cantik memang tak reti tengok lah tu hahaha
Jangan marahhh lawak santai pagi minggu ni..






Antara Kegunaan Belimbing Buluh Yang Kak Noor Intai Dari Internet.

Kegunaan
Buah belimbing buluh digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat. Caranya ialah dengan memarut buah belimbing muda, sedikit air dicampurkan dan disapukan pada muka. Buahnya yang amat masam digunakan dalam masakan jenis kari untuk menggantikan cuka. Selain daripada itu, ia juga digunakan untuk menghilangkan kotoran pada pakaian.
Jus belimbing buluh muda digunakan untuk menurunkan tekanan darah tinggikencing manis dan untuk menggelakkan pitam. Bunganya digunakan oleh sesetengah masyarakat untuk melegakan sakit gigi. Daun, bunga dan buah belimbing buluh yang direbus sehingga mendidih dalam kuantiti yang sama banyak dan diminum setiap pagi boleh menyembuhkan batuk.


Cara-cara perubatan
Sekiranya mengalami demam panas, anda boleh cuba petua di bawah;
1. Ambil beberapa helai daun belimbing buluh yang masih segar.
2. Ramas kesemua daun tersebut bersama dengan sedikit air hingga lumat.
3. Setelah lumat, letakkan daun yang telah diramas tadi di atas sehelai kain bersih.
4. Akhir sekali, demahkan kain tadi pada kepala si pesakit.
5. Biarkannya begitu sehinggalah rasa panas berkurangan.
6. Jika masih tak reda, ulangi langkah 1 hingga 5 di atas.

Untuk penyakit darah tinggi
1. Ambil beberapa biji buah belimbing asam yang masih segar.
2. Bersihkannya dulu dan kisar kesemuanya hingga lumat.
3. Setelah lumat, tapiskannya ke dalam cawan untuk diambil airnya.
4. Amalkan meminum air tapisan belimbing asam ni sekali sehari. Sama ada pada waktu pagi ataupun petang.
5. Rasanya teramatlah masam. Jadi, anda boleh menambah sedikit perasa seperti madu ataupun gula batu.



Bahan nya
Beberapa biji belimbing buluh di hiris nipis
1 biji bawang bombay di hiris
10 biji cilipadi
1 sudu kecil belacan bakar
3 biji limau kasturi ambil jus dan hiris kulit nya
sedikit daun sup atau daun bawang dihiris

Cara nya
Tumbuk cilipadi dan belacan bakar . Jangan terlalu hancur sangat tak sedap. Boleh jugak nak blender tapi lebih sedap kalau di tumbuk.  Gaulkan cili, belimbing, air limau dan kulit limau bersama garam dan sedikit gula.  Rasa lah ikut kesesuaian sendiri.  Sambal ni sedap dimakan dengan ikan bakar atau ikan lengat atau makan dengan nasi putih  dan ikan masin pun ok jugak. Selera ditangan sendiri.



Memang sedap kalau ada yang belum pernah try, rasa nya kena buat lagi dan lagi ni, sebab memang sedap jadi pelaris nasi kalau ada sambal belimbing ni.


7 comments:

  1. Memang cantik bunga belimbing buluh tu...banyak kegunaan belimbing buluh ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah azra kaknoor pun baru tau belimbing ni banyak sngt kegunaan nya jom makan2 belimbing jom

      Delete
    2. meleleh2 tgk gambar belimbing ni Kaknoor.. memang ubat sakit gigi ni.. tapi kalau saya sure saya tak makan even sakit gigi.. sebab sy sangat tak tahan masam..

      Delete
    3. patutlah muka yan manissss je sbb tk tahan mkn masam kannn, tkpe tdngok gmbo je lah biar muka sentiasa manissss je

      Delete
  2. yan suka amalkan minum bunga belimbing dengan kerak nasi bila batuk2 melanda

    ReplyDelete
  3. Ni resepi baru nampaknya KN....tak pernah buatlag. Apa tu ikan lengat KN ? Tak pernah dengar..

    ReplyDelete
  4. Ni resepi baru nampaknya KN....tak pernah buatlag. Apa tu ikan lengat KN ? Tak pernah dengar..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home