Apam Gula Gerek/ Gula Melaka, Nostalgia & Memikat Jiwa

Apam Gula Gerek/ Gula Melaka, Nostalgia & Memikat Jiwa


ASSALAMUALAIKUM 
SALAM hari minggu, breakfast apa agak nya hari ni?
Kaknoor breakfast yang ringan-ringan je hari ni, nama pun breakfast kan, tapi kalau biasa nya memang makan berat haha sesekali tu boleh lah yang ringan-ringan macam ni.
Lately memang teringin nak makan apam nostalgia ni, sedap dan lembut memikat jiwa nan lara .
Dah kebetulan ada noxxa jadi nya kaknoor kukus apam ni dengan noxxa je selama 20 minit dalam bekas bulat yang ukuran 9 inci tu, yang ni lebihan nya kaknoor masukkan dalam bekas kecil sebab tak mau terlalu tebal yang bekas bulat tu. Nampak tak macam ala-ala roti gitu kan...

Resepi ni kaknoor sekodeng dari blog Yatie Memoris yang terkenal dengan kuih-kuih tradisi nya tu, boleh lah rakan-rakan blogger sekodeng blog Yatie kalau nak resepi yang lebih-lebih lagi ya.





Bahan A 
  • 1/2 cwn gula merah*kaknoor guna 1 cawan gula gerek atau gula melaka, langsung tak guna gula pasir sebab nak wangi gula gerek tu.
  • 1/2 cwn gula pasir*
  • 2 cwn air*
  • 2 helai daun pandan*(* di masak dan sejukkan, tapiskan)
Bahan B
  • 11gm yis mauripan
  • 1/2 cwn air suam
  • 1 sudu kecil gulahalus
Bahan C
  • 4 cwn tepung gandum
  • secubit garam
Cara-Cara
  1. Masak bahan2 (A) bertanda* hingga gula larut,tapiskan dan sejukkan.
  2. Dalam bekas lain, bancuh bahan B dan biarkan 5 minit atau sehingga berbuih.
  3. Satukan bahan C ke dlm mangkuk besar dan masukkan sekali air gula yg telah sejuk tadi.(Kacau guna whisk je hingga sebati)
  4. Gaul sebati dan masukkan bahan B tadi. Gaulkan, setelah sebati, tutup dan biarkan perap selama 1 jam.
  5. Lenserkan loyang  10x10x3 inci dngn sedikit minyak dan tuangkan adunan ke dlm loyang dan biarkan selama 10 minit. Kukus adunan selama 40 minit
  6. Biarkan kuih  betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau tajam dngn cara spt gergaji kedepan ke belakang supaya kuih tak kelihatan mampat.
  7. Sedap di makan bersama kelapa parut putih yg di gaul dngn sedikit garam.
**Saya guna acuan kecil, saya sapukan minyak sekeliling acuan dan tuangkan 3/4 adunan apam yg di perap sejam tadi  ke dlm acuan. Biar sebentar dlm 5 minit dan kukus selama 20 

Kaknoor guna satu acuan bulat 9 inci diameter dan satu bekas kecil 3" x 6" sebab yang besar tu nak bagi orang dan yang kecil untuk makan sendiri . Kaknoor steam dalam noxxa je selama 20 minit alhamdulillah cantik elok berlubang-lubang apam tu dan sangat lembut.






Orang lama mesti lah suka kuih lama kan.  Ada tak orang baru yang suka kuih lama ni angkat tangannnnnn!!! kaknoor kan kalau orang jamu apam ni hari-hari pun ok je takde complain sebab sukaaaaaaaaaaaaaaaaa..... hahaa


21 comments:

  1. Salam pagi N.A, memang sangat mengoda, sedap dengan kelaps parut tu :)

    ReplyDelete
  2. Sedap sedap apam ni....makan gitu pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak kaknoor tk suka kelapa diaorag suka mkn gitu je mcm yan

      Delete
  3. Cantek gebunya apam yang kak noor buat ni.Hubby dengan anak bongsu saya peminat tegar apam kak noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke saniah mmg sedap sesekali layan apam pesen lama ni kan

      Delete
  4. apam yg cantik memikat mest sedap sgt tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama tak buat mmg sedap sangat P kalau dekat nak bagi lah sepiring utk P hehe

      Delete
  5. huihhh...sy suka apam gula melaka nihhh...harummm dan sedap hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tang harum tu yg best ni deanna meh nk bgi sepotong

      Delete
  6. Nampak gebu tentu sedap ya noor.

    ReplyDelete
  7. sedapnya kak...pekena pulak dengan teh o....perghhhh...

    ReplyDelete
  8. Sedapnya.. memang hari2 breakfast kuih ni selagi ada orang menjualnya..

    ReplyDelete
  9. Sedapnya.. memang hari2 breakfast kuih ni selagi ada orang menjualnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah kaknoor suka sngt dgn kuih ni hari2 pun ok je

      Delete
  10. Subhanallah sedap ni kak noor, arwah opah dulu suka buat apam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg jenis kuih org lama ni Ana kan yf sewaktu dgn je yg buat benda ni

      Delete
  11. KN ni faveret saya tau....lama tak buat...sedapnya. Lebih lagi kelapa masin masin sikit. Pergh!

    ReplyDelete
  12. KN ni faveret saya tau....lama tak buat...sedapnya. Lebih lagi kelapa masin masin sikit. Pergh!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home