BAGUS ( Badam + Jagus) Rugget Jajan Paling Sedap

BAGUS ( Badam + Jagus) Rugget Jajan Paling Sedap


ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat untuk semua nya.
Semoga semua nya sihat walafiat hendaknya hari ni walau apa pun tugasan kita ya.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi jajan yang krup krap ni.  Sebenarnya idea nak goreng adalah sebab lebihan badam dan jagus yang banyak di beli pastu nak buat kueh atau apa-apa dah malas, jadi nya cari-cari resepi badam goreng ranggup takde, jadi nak tak nak kaknoor guna resepi dari blog 
MASAM MANIS  untuk kacang rugget, tapi kaknoor tukar jadi Bagus Rugget boleh lah tu kan.



KACANG RUGGET
Resepi Oleh : Hasue
Rujukan : Aleen Aireish

Bahan-bahan 

500gm kcg tanah Kaknoor gantikan dengan badam dan jagus
1 biji telur
1 1/2 inci halia
5 ulas bawang putih
2 cawan tepung beras
2 sudu mkn serbuk cili atau serbuk lada sulah
1 cawan air
2 biji cili merah / cili kering
gula secukup rasa
garam secukup rasa




Mula-mula kita bersihkan kacang dahulu.
Cuci bersih dan toskan airnya hingga kering.


Untuk mencepatkan proses menggoreng kaknoor panggangkan sekejab dalam oven badam dan jagus ni agak-agak separuh  masak baru di salutkan dengan bahan lain. Jadi nya proses menggoreng taklah lama sangat dan kekacang kita gerenti ranggup dan tak lemau.

Lepas tu kita tumbuk atau kisar, bawang putih, halia dan cili 
Ketepikan

Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung beras, serbuk cili, garam dan gula secukup rasa, telur dan bahan yang kita kisar tadi
Gaul semua bahan hingga rata.
tambahkan air sedikit demi sedikit, hingga adunan bergaul sempurna
Lepas tu kita masukkan kacang tanah yang kita dah cuci dan toskan tadi
Gaul rata


Panaskan minyak dengan api yang sederhana dan goreng kacang hingga kekuningan dan masak
Kacau senantiasa supaya kacang tak melekat-lekat dan tidak hangus
Bila dah kekuningan angkat dan toskan minyaknya
Simpan kacang di dalam bekas kedap udara.
* ingat ya guna api sederhana, takut nanti luar dah hangus tapi kacang dalam masih tak masak.





Tak payah tunggu raya pun boleh makan badam dan jagus ni kan, kacang pun sodap kalau ada, stok badam dan jagus ni selalu ada sebab di gunakan untuk buat kueh jadi nya memang tak pernah kosong gobok badam kaknoor.



Nah sebijik badam tu nampak tak keranggupan nya tu pedas-pedas aduhh memang ralit ni kalau makan tak sedar habis sebalang.
SELAMAT MENCUBA UNTUK YANG RAJIN.

24 comments:

  1. Betul bila bila pun bole makan, berkhasiat pulak tu

    ReplyDelete
  2. Kalau bagi kat rumah kakak sebalang tu tak sampai sejam licin KakNoor
    Kakak nak cuba buatlah - macam senang tu.
    Kalau yg susah tak adalah kakak nak buat KakNoor:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salutelah kakzakie nk try ni tk susah pun kakzakie sila try dan rasai kesedapan nya hahaha

      Delete
  3. menarik juga k nor, sekejap je habis ni

    ReplyDelete
  4. SALAM JUMAAT BOLEH CUBA MMENGGORENG BADAM N GAJUS PULA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drpd goremg kacang saja P cubalah dgn badam mi mmg lebih sdpp

      Delete
  5. Replies
    1. samalah Ain cuma dailek sesebuah negeri je tpi bendanya sama jugak yg sdppp tu

      Delete
  6. Replies
    1. tk boleh sembunyi diam2 ni Nieda sbb beebunyi krup krap krup krap

      Delete
  7. Alamak... kalau tahu lebih awal dah selamat badam kak Zai luput tarikh hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah syg kakzai rugi tuuu haha tkpe beli lagi kakzai boleh buat mcm ni

      Delete
  8. salam kak noor makan time tengok tv kejap je habis ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sngt2 kalau dpn tv apa pun mesti habisss

      Delete
  9. Amboi....ayat last yg tak tahan tu, selamat mencuba bagi yg rajin haha...

    Saya suka dua dua kacang tu KN, paling suka gajus tu, dahlah lemak, pas tu ada rasa pedas pedas pulak tu, mmg perghlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. gajus di brunei agak murah Anom tulah stok gajus selalu adooo je

      Delete
  10. Amboi....ayat last yg tak tahan tu, selamat mencuba bagi yg rajin haha...

    Saya suka dua dua kacang tu KN, paling suka gajus tu, dahlah lemak, pas tu ada rasa pedas pedas pulak tu, mmg perghlah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan lah sikit Anom rajin kan lahhh diri tu

      Delete
  11. sedap kalau boleh kunyah2 time keja nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time keja lagi best Eyda kejab ja hbis keja rasanya ni

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home