Bihun Sup Utara Resepi Mudah

Bihun Sup Utara Resepi Mudah


Assalamualaikum dan salam ahad untuk semua nya.
Selamat berehat di hari minggu ni ya.
Hari minggu makan pun simple dimple je
Kalau hari ni makan bihun sup je agak-agak boleh kenyang tak??
Ke mesti cari nasik jugak hahaa..
Kalau kat rumah kaknoor kalau hidangkan mee seharian anak-anak ok je
Cuma yang veteren ni kalau dah seharian mesti nak cari nak nasik sejuk jugak.
Nak buat cemana dah perut nasik, sehari tak kena nasik memang terasa kosong, walaupun makan bihun sup dua tiga pinggan...






Bihun Sup Utara

Bahan-bahan:

§  500 gm tulang daging
§  200 gm perut
§  1 bungkus bihun
§  Kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga secukupnya

Bahan A
§  2 inci halia
§  2 biji bawang besar
§  3 ulas bawang putih
§  1 sudu jintan putih

Bahan tabur
Taugeh, daun sup, limau kasturi, daun bawang, bawang goreng, cili hiris, lobak masin.

Cara membuatnya
1.    Celurkan bihun dan ketepikan
2.    Bersih kan tulang dan perut dan rebus sehingga kedua-dua nya lembut.
3.    Mesinkan bahan A dan masukan kedalam air rebusan tulang.
4.    Masukan jugak kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga
5.    Masukan garam dan gula kedalam kuah sup dan kacau biar rata.
6.    Masa menghidang nya masukan bihun, daun sup, daun bawang, perut yg dihiris kecil, bawang goreng, lobak masin dan sambal cili dan boleh lah masukan kuah sup.


Cara membuat sambal cili merah
1.    Panaskan sedikit minyak dalam kuali masukan 3 ke 4 sudu cili kisar atau serbok cili.
2.    Kacau sehingga cili betul-betul masak masukan garam dan gula dah sesuai rasa bolehlah diangkat.

 


Bihun sup utara ni yang best nya kat sambal tu, mesti pedas baru best, nak bagi kick letak lah dua tiga sudu baru berpeluh puas hati makan kan...
Yang tak tahan pedas  boleh jugak letak sos cili je sebab pilihan di tangan sendiri.


12 comments:

  1. Assalamualaikum kak...lama tak singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalam yan, tk jumpa jalan kesini ke yan?? hehe
      kalau dekat kaknoor bgi ni bermangkok2 utk yan

      Delete
  2. Yan sehari makan mee hoon sup kenyang kak...sebab yan suka segala sup...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yan boleh geng dgn anak kaknoor ni kalau mee seharian dua harian pun ok je

      Delete
  3. Perut lembu tu mengoda betul...buat sup memang sedap..masak lemak perut lagi lagi lagi sedap :-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama lah selera kita yan suka perut buat kerabu pun best ni

      Delete
  4. Sedapnya bihun sup utara...mudah ye masak cilinya..

    ReplyDelete
  5. Assalam knoor
    Kalo mihun sup utara ni lawan ngn sambal kicap johor tu ok tak? Saya tk pernah mkn sambal mcm knoor buat tu, tapi cam sedap je. Ataupun bole kot sambal mcm ni lawan dgn mihun sup biasa tu.
    Saya tak mkn perut lembu..ermmm..

    ReplyDelete
  6. Assalam Kak Noor..lamanya x singgah..apa khabar kak?

    ReplyDelete
  7. KakNoor ni... samalah kita! Walaupun dah bantai makan dua, tiga pinggan sampai sebu katanya, tetap juga teringat kat nasi. Saya ni kalau sehari dua tak jumpa nasi mulalah mengeluh kat HD kata rasa macam dah bertahun saya tak makan nasi tau!

    Apa-apa pun bihun sup ni favorite saya, KakNoor. Sedapnya tengok gambar aje dah terliur!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home