Biskut Kepingan Kacang Rangup Dari Blog Farah Terbaik Lah

Biskut Kepingan Kacang Rangup Dari Blog Farah Terbaik Lah


ASSALAMUALAIKUM
Salam sejahtera untuk semua nya yang masih sudi singgah di blog kaknoor ni.
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi mudah yang kaknoor ambil dari blog FARAH dah lama Farah buat tapi kaknoor yang baru mencuba memang sedap dan ranggup kalau siapa yang suka kekacang, jadi kudapan masa tengok tv memang terlajak laris ni.






Resepi Mudah Biskut Kepingan Kacang Rangup

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A
  • 2 biji putih telur Gred A
  • 65g gula kastor
  • 25g marjerin/mentega yang dicairkan
  • 1/2 sudu teh esen vanila/esen kopi/esen strawberi (Ikut citarasa kalian. Saya pakai esen kopi. Itu yang warnanya agak gelap.)
  • secubit garam

Bahan B
  • 50g tepung gandum, diayak terlebih dahulu
  • 50g kepingan/hirisan badam
  • 50g biji bunga matahari (sunflower seeds)

Langkah-langkah Penyediaan: 
  1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga semua gula larut diikuti dengan garam, esen dan mentega cair. 
  2. Masukkan tepung ke dalam adunan. Akhir sekali masukkan badam dan biji bunga matahari. Kacau sehingga semuanya sekata.
  3. Ratakan aduanan ke atas dulang yang telah dialas dengan baking paper/silicone paper. Bakar  pada suhu 180 darjah celcius selama 15 - 20 minit. Bergantung kepada oven masing-masing. Adunan akan bertukar kuning keperangan. (Saya punya jadi coklat gelap sedikit sebab warna dari esen kopi.)
  4. Sejukkan di atas redai. Sedia untuk dikunyah! :)
Sedikit tips
Elok pakai silicone paper ia nya tak melekat, kalau pakai baking paper biasa susah nak tanggalkan di bawah nya tu, tak tau pulak kaknoor kalau ada baking paper yang tak melekat, sebab mula nya kaknoor takde silicone jadi alas dengan baking paper memang trouble sikit lah bila nak tanggalkan kepingan badam ni.



 Ada dua guard sedang nunggu minta izin dulu kalau nak ambik tau hahaha



Jom kudap-kudap depan tv mesti habis sebalang ni, kalau dapat pada tukang masak veteren ni sebab tukang masak ni hantusss kashanggg!!


18 comments:

  1. Wah simple tapi khasiat sebab bijirin jugak kann haha ada 2 guard tu ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari jauh tu guard tu BabyP hehe mmg kaknoor fav sngt kacang mcm ni

      Delete
  2. samalah kita kak noor, ana pun sekarang suka sangat ada kekacang dalam makanan.. sedap je menguyah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah geng lah kita Ana sukakashangg sehati ni kalau dok mmg berebut lah ni

      Delete
  3. Hihihi... rajin... mmg rajin.

    Sy bli kt kedai je biskut2 ni.
    Hi hi hi

    ReplyDelete
  4. Rajinnya akak buat biskut..yn buat biskut time raya je

    ReplyDelete
    Replies
    1. sygkan bahan yan dripd expired kan baik buat mcm ni larisss

      Delete
  5. Bab pukul telur putih tu...erm memang gagal..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah yan kena expert pukul telur dulu lah kalau asyik gagal yan

      Delete
  6. tengok tv sedap menguyah ni kak nor

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sngt lea tk sedo habis sebalang ni

      Delete
  7. Kak Zai suka makanan yang ada kekacang. Simpan dulu resepi tq noor.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. salam , rajin nya kaknoor, yana dah start malas :D

    ReplyDelete
  10. kekacang tu kena panggang dulu tak kak noor?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home