Brownies Kedut Yang Tak Kedut

Brownies Kedut Yang Tak Kedut



Assalamualikum dan selamat pagi
Semalam kaknoor try resepi brownis kedut ni kata nyaaaa, tapi bila di bakar tak kedut pun.
Tak tau salah nya dimana, mungkin jugak jenis coklat yang kaknoor guna tak sama atau sebab kaknoor letak dalam acuan muffin maka nya brownis kaknoor jadi macam tu.
WALLAHUAKLAM tapi walaupun takde kedut rasa nya memang sedap dan moist.
Kak noor suka brownis yang sedikit lembab dua tiga biji pun boleh habis.
Tapi sayang kat atas brownis tu agak hitem mungkin oven nya kuat salah set sebab kalau untuk yang kecil-kecil macam ni kena kurangkan temperature sikit.



Ini lah resepi brownis kedut yang kaknoor kongsi kat Fb yang tak kedut tu.
Tak kisahlah janji sedap kan

BROWNIES KEDUT
BAHAN A
400 gm - Beryls Dark Chocolate
130 gm - Butter
*masak kedua bahan di atas dengan kaedah water boil. Setelah cair dan sebati, ketepikan.
BAHAN B
100 gm - Gula perang
100 gm - Gula castor
1/2 st - Esen vanila
30 gm - Serbuk chocolate
110 gm - Tepung naik sendiri
4 biji telur A
Cara-cara :-
1) Satukan kesemua bahan di atas di dalam mangkuk, gaul hingga sebati dan tidak berketul.
2) Campurkan dengan BAHAN A.
3) Sediakan dulang saiz 10*10. Lapik dengan kertas minyak, pastikan kertas minyak melebihi sisi kiri dan kanan loyang supaya senang diangkat.
4) Masukkan bahan yang diadun ke dalam loyang dan ratakan.
5) Bakar pada suhu 200c/30 minit api atas bawah. Suhu mengikut saiz oven masing-masing.




Nampak tak kemoistsan brownis ni , abaikan tangan besor tu.
Tangan tukang masak memang selalu besor kan kalau tak cemana nak kacau masakan ye dok!!

16 comments:

  1. Bila bahagian atas lebih gelap jadi cantik pulaklah KakNoor
    Sebab macam sengaja buat dua layer.
    Gebu pun gebu:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terangnya mata kakzakie nmpk cantik lah pulak, yg pd yg membaking ni nmpk tk cantik sbb dh tau hangus sikit haha

      Delete
  2. Replies
    1. of coz Rai sedappp bngt ni cuma kt atas tu je hangggg sikit

      Delete
  3. sy tak pernah try brownies kedut ni Kak Noor.. entah kenapa skrg ni mood membaking tu meredum habis. tengok ke'moist'an brownies Kak Noor tu urmmm... kecur Kak Noorrrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun sama jugak org dh lama berkedut2 kira masih lgi Qu putih belum lgi kedut Seri haha dahlah kedut dignti dgn hitem pulak tu..

      Delete
  4. Nampak pun dah sedap...tiba2 pula rasa lapau..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau lapau boleh buat je Nor tk susah pun

      Delete
  5. Replies
    1. mmg sedap Diana moist brownis ni boleh try suatu hari yg rajin hehe

      Delete
  6. kaaaaaaak ada lagi tak.....huhu terlambat sampai umah akak :-((

    ReplyDelete
  7. Senang jugak kalau masak brownies dlm cup cup kecik ni kan KN. Cepat masaknya.

    Hihi....apalah KN ni, entah apa yg besonya agak eh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor mmg suka buat yg kecik2 ni Anom senang nk mkn

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home