Buah Melaka Atau Onde-Onde Menu Minum Petang

Buah Melaka Atau Onde-Onde Menu Minum Petang


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat pagi untuk yang masih sudi singgah disini.
Baru ni kaknoor dapat banyak gula melaka atau gula gerek kata orang Kedah jadi, memang tak lepas peluang nak buat buah melaka ni, sebenarnya anak-anak kurang suka buah melaka ni tapi mama nya suka lah pulak, jadi terpaksa di kurang kan dari resepi asal nya tu.
Buah melaka atau onde-onde ni memang mudah je pun membuat nya cuma kekadang nak dapatkan mood R tu agak susah sikit kalau sendiri yang nak makan, selalu buat yang anak-anak suka je, itu lah pengorbanan seorang ibu kan, kaknoor pasti mesti ramai ibu-ibu di luar sana pun sama jugak dengan kaknoor sanggup berkorban demi anak-anak dan mereka yang tersayang.  Selera sendiri di ketepikan dulu kan kan!!!



Bahan nya

500 gram tepung pulut Kaknoor guna 1/2 adunan je sebab tak ramai pelanggan yg suka 
4 sudu besar tepung gandum
Air secukupnya
1 sudu kecil pewarna daun pandan
1 keping gula Melaka (dipotong kecil-kecil)
Kelapa parut
Cara-caranya
  1. Gaul tepung pulut dan tepung gandum dengan air. Masukkan pewarna daun pandan. Kalau nak lebih sedap, guna air daun pandan yang telah dikisar.
  2. Ambil adunan sebesar ibu jari dan gentel menjadi bulat supaya senang nak anggarkan saiznya, kemudian leperkan.
  3. Letakkan gula melaka dan gentel menjadi bulat.
  4. Jerang air dalam periuk sehingga mendidih.
  5. Masukkan kuih ke dalam periuk dan angkat apabila kuih-kuih tersebut timbul. Sejat dan biarkan seketika.
  6. Gaulkan kuih tadi dengan kelapa parut.
  7. Siap untuk dimakan.





Dah siap menu untuk minum petang ni hahaha
Tengahari yang biasa-biasa aja menu ulangan..
SELAMAT MENCUBA UNTUK YANG BELUM PERNAH CUBA  YA


20 comments:

  1. Replies
    1. benda sedap dan mudah jgn tungu lama2 anum

      Delete
  2. suka kuih ni sbb mudah nak buatnya... hihi
    tapi lagi suka tengok back ground buah melaka tu... cantik nyerrr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke kakrose, background tu peminat bg tu haha peraaan sungguh kan, tkde lah kwn fb from singapore tu yg susah2 hantr kebrunei ni

      Delete
  3. Bulat betul-betul macam guli KakNoor buat - cantik:)
    Anak-anak kakak panggil kuih atok sebab bapak kakak suka sangat kuih ini
    Sampai cucu-cucu dia tak kira yg lelaki dan perempuan semua tahu buat.
    Lagi-lagi kalau puasa ulang-ulang kuih ini dan tepung pelitalah utk bapak kakak tu KakNoor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kuih atok pun best jugak kakzakie, mmg senang sngt nk buatnya gentel2 je campak dlm air panas gaul kelapa dah siap boleh makan kan

      Delete
  4. COMELNYA ONDE-ONDE NOOR..10 BUTIR BARU PUAS MKN NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu P saya suka buat yg comey cam ni cantik biar lmbt tpi hasil nya tomey hehe

      Delete
  5. Sedap kuih in kak Zai suka tapi selalu guna tepung pulut aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jugak kakzai guna tepung pulut je saja nk mencuba yg guna sikit tpg gmdum best jugak

      Delete
  6. Ai rajin buat masa berbuka posa jer Kak hari lain x terasa nk mkn.😅😅😅

    ReplyDelete
  7. sbb hari lain sok kenyang kot Lady kann maka nyaaaa

    ReplyDelete
  8. kak noor, saya pun suka buah melaka . tapi suami n adli kurang nak makannya. selalu dpt makan bulan puasa jelah. tp g gerai tepi jalan ada jual seronok tul hati ni. nak buat rasa malas dah kak noor.

    ReplyDelete
  9. Saya dgn anak2 suka buah melaka ni kak noor tapi suami kurang sikit makanan berasaskan pulut ni...biasa bulan puasa je yg selalu makan.

    ReplyDelete
  10. betul tu Lea kalau tk ramai yg mkn mmg kita jd malas nk buat kalau sekadar nk puaskan perut sendiri baik beli je kan

    ReplyDelete
  11. kaknoor bila dah cukup bahan mmg buat saniah tk tunggu bln puasa dh

    ReplyDelete
  12. Kuih ni anak anak saya pun suka Kak Knor, termasuklah maknya sekali hihi....cuma tulah.... sawan R belum sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor kalau cukup bahan sawan R mmg tetiba dtg je Hainom tulah badan pun dh jd bentok labu ni

      Delete
  13. kuih peberet dana nih kak... tp nyer tak penah sekali pun bt sndiri hehehhe...
    tak penah dtg mood rajin

    ReplyDelete
  14. comel2nya..anak no.2 memang suka nih..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home