Lemon And Thyme Chicken Breasts

Lemon And Thyme Chicken Breasts


Assalamulaikum dan salam rabu.
Masak apa agaknya hari ni adik-adik semua?
Hari-hari memasak memang tak tau menu apa lagi yang nak di masak kan.
Tambahan pulak memasak untuk orang yang banyak sangat pantang ni.
Biasa lah walaupun serumah tak semestinya selera sama kan!
Ada yang suka ayam, ada yang suka daging dan kambing, ada yang suka seafood, ada jugak yang langsung tak mau seafood, ada suka sayur ada jugak yang langsung tak mau makan sayur.
Jadi untuk save kan masa tukang masak kena pandai jugak kan, hari ni masak ayam, kalau ayam memang semua nya makan, kecuali kalau masak daging mesti nak kena masak ayam atau ikan, sebab seseorang tu tak mau langsung makan daging haha aduhhh...
Ayam kali ni rasa lebih simple main bako je dalam oven mudah sangat, jom baca resepi kat bawah ni.
Resepi dari Pinterest lah ni yang kaknoor ikut dan di tukar ke bahasa melayu.






Bahan nya
2 sudu besar minyak zaiton//minyak jagung
5 ulas bawang putih cincang
1/3 cawan air rebusan ayam atau stok ayam
1 biji parutan kulit lemon
1 biji lemon di ambil jus
1/2 sudu kecil oregano kering kaknoor guna oregano segar
1/2 sudu kecil thyme kering
3 boneless atau dada ayam kaknoor guna hole chicken
garam kasar, lada hitam tumbuk secukupnya
1 biji lemon di potong wedges

Cara nya
1.  Panaskan oven 150'C ikut kepanasan oven masing-masing.
2.  Panaskan minyak zaiton didalam kuali, masukkan bawang putih dan tumislah sehingga kuning.
3.  Masukan air rebusan ayam atau stok ayam, parutan lemon, jus lemon, oregano dan thyme.
4.  Tuangkan di dalam bekas yang telah disediakan.
5.  Salutkan ayam dengan garam dan lada hitam yang telah di tumbuh sehingga rata.
6.  Masukkan ayam kedalam campuran air lemon didalam bekas tahan panas bersama dengan potongan lemon wedges dan sedikit thyme.
7.  Bakarlah selama 30 - 40 minit atau sehingga masak.
8.  Hidangkan lah panas bersama nasi putih atau apa saja fav family.




Disini kaknoor lebihkan ayam jadi nya semua bahan di lebihkan lah agak-agak dan pandai-pandai sendiri lah ok.




Sesudah di ovenkan periuk kita memang nampak macam kotor sikit, sabor je lah lepas tu kena cuci bersih-bersih simpan lemari hehe, first time pakai tu jangan tak tau!! hahaha jangan marah ya saja suka suki je..



Kalau nak tau rasa ayam ni memang lah rasa masam - masam sikit lah tapi sedap kata pak haji kaknoor sebab fav dia memang yang masam2 ni, nasib baik mak andeh dia tak suka masam, suka wangi haha...

31 comments:

  1. Ada lemon dalam resepi ini pasti kalau kakak dpt kakak makan banyak
    Kakak suka hidangan yg ada lemon KakNoor.
    Tengok gambar cantik pulak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lemon mmg baik utk kesihatan kakzakie, kaknoor suka wangi nya lagipun mmg best masakan yg ada lemon ni masam2 manis

      Delete
  2. nampak sedap...suka bau oregano..wangi je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. oregano mmg kalau digandingkan dgn lemon terbaik Yan sedapp

      Delete
  3. Ya Allah.... kenapa nampak sedap sangat ni Kak Noorrrrrrr.. bak sini sikit vitamin R tuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ni sebenarnya jurang vitamen R ni Seri sbb mudah je kan masuk oven je hehee

      Delete
  4. sedapnya kak..tq share resepi boleh try nanti, banyak dah respi akak yang saya dah cuba..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasuh AA sudi mencuba resepi kaknoor ya, kaknoor sngt berbesar hati bila ada yg mencuba resepi kaknoor

      Delete
  5. sedapnya kak noor.lagi2 ada ayam ngan lemon.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah kdg boringkan kalau di masak mcm biasa selalu sngt, sesekali biarlah yg luarbiasa sikit mcm ni masuk oven je lebih mudah

      Delete
  6. Replies
    1. alhamdulillah anak dan hubby suka mama happy lahh hehe

      Delete
  7. Tengok gambar kak Zai dah tahu sedap ada lemon dan oregano.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kakzai sedap dan wangi sekali bila dua2 ni dgandingkan

      Delete
  8. Ramai yg berbeza selera ya kak noor...mujorlah kak noor terror masak ,kalau saya hancus...
    Tengok resepi ni macam mudah ,boleh cuba lah bila2 ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg berbeza saniah hari2 pikir resepi senang supaya tkyh bnyk dimasak hehe, tpi kalau kaknoor msk ayam mmg save lah, kecuali kalau masak daging seafood ke mmg kena masak dua tiga jenis lah tu alamatnya

      Delete
  9. Lapor balik tengok hidangan kak noor ni..
    Padahal baru lunch hahaha..
    Kita save duluuuuuu..
    Nanti cuba resepi ni ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha yatie boleh save je esuk lusa buat masa sdg lapo mesti sedappp

      Delete
  10. Saya dah pernah tengoklah KakNoor resepi ni tapi KakNoor tau ajelah sayakan. Kalau lepas tengok saya ingat nak buat, memang kira bertuah punya maklah, KakNoor. Kah3x.

    Takpalah, saya menghayati masakan KakNoor melalui gambar sambil telan-telan air liur ajelah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke MD dah pernah tengok? kenapa tak try? boleh kaknoor ikut cara MD lagi mana tau lebih hebat lagi
      kali ni telan dulu ai lio tengok gambar ni esuk lusa kaknoor pulak telan ai lio tengok ygn MD punya kan

      Delete
  11. In shaa allah nak cuba gak kak noor :)

    ReplyDelete
  12. laparrrrr...macam best ja..tak pernah rasa lagi menu macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu mudah je aRz masuk oven je boleh try nnt

      Delete
  13. Terliur SA tengok lauk ni ha..nak buat kat umah takde oven plak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tkde oven kena rebus je lah pun sedap jugak

      Delete
  14. Cara masakan ni mcm nak jamu jiran yg duk Australia ni KN hihi....
    Apalah rasanya agaknya KN....ada lemon tu yg rasa masam tu kan, tp yg pasti bukan rasa tomyam sebab tak de serai ngan daun limau purut...

    ReplyDelete
  15. Cara masakan ni mcm nak jamu jiran yg duk Australia ni KN hihi....
    Apalah rasanya agaknya KN....ada lemon tu yg rasa masam tu kan, tp yg pasti bukan rasa tomyam sebab tak de serai ngan daun limau purut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah Nom sesekali je kita msk cenggini best jugak, jdi si mata biru jab apa salahnya kan best tau cuba Anom try rasa nya masam2 dan wangi si lemon tu hmmm

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home