Lempeng Pisang Berdaun Pisang Makin HItam Makin Sedap

Lempeng Pisang Berdaun Pisang Makin HItam Makin Sedap

ASSALAMUALAIKUM 
Salam sabtu dan selamat berhujung minggu untuk semua nya.
Breakfast apa agak nya ya hari? Kalau orang malas jawab nya breakfast lempeng pisang ni je lah
Mudah dan tak banyak songeh, biarlah terlebih hangus sikit biar garing-garing lagi best ni.
Walaupun tersangat mudah resepi lempeng ni kaknoor share kan jugak mana tau untuk rujukan anak-anak kaknoor di masa akan datang yang baru-baru nak belajar memasak memang berguna sangat resepi simple dimple ni kan. Lagipun sayangkan pisang yang dah lebam-lebam.  Biasa lah kita ni kan kalau takde pisang beli pisang, dah beli di biarkan sampai lembik dan hitam, nak tak nak buat je lah lempeng ni mudah dan cepat boleh makan.






Bahannya
5 biji pisang masak  sedang-sedanglah besarnya  dah lebam pisang kaknoor tu
3 sudu besar gula merah
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan kelapa parut putih
 Sedikit garam
Marjerin secukupnya
Daun pisang secukupnya

  Penyediaannya
  •  Lenyek pisang dengan gula sampai hancur
  • Masukkan tepung gandum dan garam, gaul hingga sebati.
  • Panaskan kuali leper atau non-stick pan yang disapu dengan sedikit marjerin di atas api yang sederhana panas.
  • Ambil sedikit adunan anggaran sesenduk besar dan ratakan jadi bulat di atas kuali leper.
  • Sebelum dibalikkan letak daun pisang diatas lempeng tadi
  • Balikkan bila satu bahagian telah masak kekuningan.
  • Masak sehingga perang dan garing di luar.
  • Angkat bila kedua-dua bahagian masak. Kalau suka,sapukan sedikit margerin di atas lempeng tersebut. 
  • Buatlah begini sekeping demi sekeping hingga semua adunan tersebut habis. 


 Mesti ada yang sedang merenung lempeng pisang yang cantik ni kan hahaha
opppsss sorry terangkat la pulak!!



Kalau siapa yang susah-susah nak ke toilet makan lah lempeng pisang ni banyak pasti tak lama lepas itu akan beratur untuk ke ****** hahaha. Jadi jangan tunggu lama-lama cepat beli pisang dan buat lempeng yuk!!! Perut pun selesa tau lepas makan pisang ni.


10 comments:

  1. Lempeng pisang hitam lagi sedap kan kak noor....
    Kat rumah saya bila melempeng sekejap je abis dimakan tak kisahlah pisang atau tepung biasa je .

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang fav sangat kalau macam tu saniah kan
      kat rumah kaknoor anak2 tklah suka sngt mungkin sbb kaknoor jarnag buat kot
      nak kena buat selalu jugak ni bagi diaorang suka

      Delete
  2. salam sabtu kaknoor. even bagi kaknoor itu paling malas, bagi saya tu tahap paling rajin lah..heeee

    sedap weiiiii.. lempeng pisang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabtu jugak utk Yan
      aduhhh memang kaknoor menang lah kalau bandingkan dgn Yan kan hahaha
      tapi Yan menang travel kan sana sini jeles kaknoor

      Delete
    2. Yang itam tu yang kita carik kak... itam itu manis menawan selera tau!

      Delete
    3. nampaknya ramai yg suka hitem ni Mie boleh lah kita buat club si hitem manis yukk

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Noor...saya suka lempeng...ditambah pula dengan sedikit kelapa parut...garing-garing pula tu...lagi sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmuslm fida
      mmg kalau garing sedap tambah lgi kalau nipis dan garing mmg tk cukup sekeping ni

      Delete
  4. lempeng tak berapa feveret.. tapi kekadang makan jugak..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home