Pau Gebu Resepi Dari Ratu Talam Nor Hayati Ramlan

Pau Gebu Resepi Dari Ratu Talam Nor Hayati Ramlan


Assalmualaikum dan salam sejahtera
Semalam kaknoor buat pau ni inti kacang hitam dan dan inti ayam.
Yang inti ayam tak sempat nak snap dah habis disantap anak-anak.
Tinggallah yang inti kacang hitam ni sebab anak-anak dan hubby tak suka kacang.
Nampaknya kaknoor lah yang habiskan pau kacang ni .
Nampak tak habatussauda yang hitam kat atas pau tu.
Untuk menandakan yang ayam dan kacang tapi sayang nya dah boliaw yang ayam nya.
OKlah nampak nya takde rezeki adik-adik semua nak tengok pau ayam kaknoor.
Jamu mata je lah dengan pau kacang hitam ni ya.

Resepi ni kaknoor intai dari blog YATIE MEMORIES memang tak rugi mencuba resepi dari blog Yatie ni cornfirm menjadi, untuk Yatie thanks ya kaknoor kongsikan resepi Yatie kat sini.




Bahan-Bahan
  • 1 kg tepung gandum*
  • 1 sudu teh baking powder*(bahan bertanda * diayak bersama)
BAHAN DILARUT BERSAMA
  • 1 sudu teh garam
  • 1/2 cwn minyak masak
  • 2 1/4 cwn air
  • 11 gm yis
  • 1 sudu  makan gula
  • 2 sudu makan susu pekat manis
  • 1 biji telur
**Inti pilihan anda

Cara2nya

  1. Dalam mangkuk besar, ayakkan bersama tepung dan b.powder.
  2. Kacau bhn diatas hingga gula larut.
  3. Tuangkan sikit2 ke dlm tpng hingga menjadi doh tak melekat ditangan. Biarkan 5 minit.
  4. Ambil sedikit doh, leperkan & masukan inti pilihan, kemaskan dan alaskan dngn plastik/kertas minyak yg di potong kecil. Susun dlm loyang dan jarak2kan sedikit.
  5. Biar hingga doh naik 1 kali gnda (jngn terlalu naik, dah penuh 2 loyang pengukus saya mula mengukus)
    Kukus 7-10 minit (saya kukus 7 minit shj) balut tudung pengukus
  6. Buka tudung pengukus dan angkat kuih pau. Sejukkan di redai kek dan bolehlah di makan.
***Pastikan air betul2 mendidih bila hendak mengukus kuih pau. Balut penutup kukus dngn kain supaya air tak menitis di permukaan kuih. 





Pau ni bolehlah dikatakan menu sihat jugak sebab ia nya kukus je kan, jadi eloklah sangatlah pada siapa yang nak berdiet buatlah pau ni banyak-banyak nak makan kukus je semula.



Paste kacang hitam ni kaknoor beli yang ready made je biasalah rajin ada sikit, malas nya ada banyak, tak kisah lah janji dapat makan pau homemade hasil titik peluh sendiri kan.
Jom jamu mata ya..


13 comments:

  1. Nampak gebusss nya pau yang kak noor buat ni....
    Sedap buat sarapan dan minum petang....pau ayam saya pun suka kak noor.
    Dah lama tak buat pau ..Ikut resepi kak noor mesti lagi gebu tentunya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try resepi ni Saniah memang menjadi insya ALLAH gebus gebas

      Delete
  2. Pau homemade lebih sedap, nampak gebu dan isi banyak.. yummm:)

    ReplyDelete
  3. sedapnya homemade pau...yg inti ayam pilihan ramai..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cepat laris yg ayam nohas trpaksa kaknoor sorang pulun yg kacang

      Delete
  4. Dah lama tak buat pau, tetiba tingin plak nk buat tgk pau knoor ni, tapi srlalu pau saya tskla gebus, jadilah utk mkn sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau utk mkn sendiri tk kisahlah zimah jnji dpt mkn je kan

      Delete
  5. salam kak noor, memang resepi dr yatie mesti menjadi punya, sedap kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kakruby kalau kuih tradisi mmg kena rujuk blog yatie trbaikk

      Delete
  6. Buat sendiri puas hati eik kak..boleh letak inti banyak2

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home