Roll Tapak Kuda Roll Yang Mesti Ada Dipagi Raya

Roll Tapak Kuda Roll Yang Mesti Ada Dipagi Raya


Assalamualaikum dan salam selasa untuk semua yang sudi singgah di blog kaknoor.
Pagi ni kaknoor nak kongsikan lagi sekali resepi yang sangat popular di Brunei Darussalam bila musim perayaan, tak kira lah samaada perayaan hari raya aidilfitri, aidiladha, tahun baru China atau majlis-majlis perayaan yang lain.  Tapak Kuda ni famous sangat. Kalau datang beraya kat rumah kenkawan atau sedara mara mesti nak cari kek roll tapak kuda ni.  Memang lah setiap rumah tak sama versi tapak kuda nya, ada yang besar ladam nya dan ada yang kecil ladam nya. Yang kecil bermakna sikit lah kena letak nutella nya. dan kalau yang besar mesti banyak kena letak nutella tapi yang nama nya tapak kuda tu mesti ada jugak hehe.

Pada yang baru nak try memang agak susah lah, bila nak lipat tu selalu nya akan merekah dan patah, tapi bila kita selalu buat insya ALLAH OK.
Kak noor kalau lama tak buat akan payah jugak membentuk ni.
Jom tengok resepi pada yang berminat.





Roll Tapak Kuda
Bahan-bahan:

§  10 biji kuning telur
§  5 biji putih telur
§  225 gm gula kastor
§  110 gm tepung gandum
§  ½ sudu makan ovelet
§  10 gm susu tepung
§  ½ sudu makan baking powder
§  ½ sudu makan esen vanilla
§  ½ sudu makan coklat emulco
§  135 gm butter dicairkan

Cara membuat:

1.    Pukul gula dan telur sehingga kembang masukan ovelet dan pukul lagi
2.    Masukan tepung dandum,tepung susu dan baking powder yang telah diayak bersama kedalam adunan
3.    Pukul sehingga kembang, kemudian masukan mentega yang dicairkan dan gaul rata
4.    Ambil 300 gm adunan tadi dicampur dengan coklat emulco dan gaul rata
5.    Masukan adunan coklat tadi dalam acuan agak-agak rata permukaan
6.    Selebihnya adunan kuning masukan dalam piping bag dan picit ke atas adunan coklat sehingga rata dan bakar dengan menggunakan api atas dan bawah dalam suhu 200 C
7.    Bila sudah masak terbalikan kek ni dan potong lah agak-agak utk boleh dilipat
8.    Sapu nutella atas warna coklat dan lipat dua menggunakan plastic wrapping
9.    Sudah selesai bolehlah dimasukan dalam petiais utk mengeraskan nya dan supaya mudah di potong.




Yang besar sikit bukan lagi tapak kuda kan, dah jadi tapak gajah jugak tu hahaa
tapi gerenti tapak gajah tu lebih sedap sebab lebih banyak nutella nya.



Kalau bagi kaknoor tapak kuda ni sepiring memang laju je habis, maka nya orang-orang Brunei suka sangat roll tapak kuda kan. Lembut, manis dan bercoklat, pendekata memang sempurna sangat rasa tapak kuda ni, nak tau mesti kena cuba buat lah kan.


27 comments:

  1. Replies
    1. of coz anum tengok lah nutella yg banyak tu

      Delete
  2. Betullah KakNoor yg tapak gajah itu lagi sedap sebab banyak nutellanya haha..
    KakNoor ni ada aje idea bab masak-masak, kagum betullah kakak tengok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakzakie, kaknoor pun suka yg tapak gajah ni sbb lebih bnuk nutella

      Delete
  3. Kak Zai baru tau ada kuih nama tapak kuda.Tengok rupa pun dah tahu sedap dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap sngt kakzai hari2 mesti nk tapak kuda ni

      Delete
  4. Nmpak sedap tu kak nor..nk g beraya la

    ReplyDelete
    Replies
    1. mai raya china sini cheqda hahha tapi mai umah jiran kaknoor laaaa

      Delete
  5. Berangan nak buatnya tapi tak terbuat-buat

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangan saja tak menjadi Lea heheee jom makan vitamen R

      Delete
  6. Nampak menggiurkan betul la Kak Noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan lagi menggiurkan nurul tapi menyedapkan jugak hahaha

      Delete
  7. XPERNAH JUMPA LAGI KUIH CENGGINI MESTI SEDAP SGT NI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. disini memang setiap rumah mesti ada ni P terlarissss

      Delete
  8. huihhh....meleleh air liur tgk gmbr ni kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. meh lah sini time raya nanti kaknoor bekalkan banyakkkkkkkkkkkk utk deanna ok

      Delete
  9. lom pernah cuba lagi buat..tengah sakit M

    ReplyDelete
    Replies
    1. sakit M boleh makan vitamin R ayuh cepat makan vitamen R yan..

      Delete
  10. Nutella kasi lebih...memang sedaplahh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tapak gajah the best bunda sbb nutella lebih bnyk hehe

      Delete
  11. KN...seram pulak baca nama kek tu hihi...Tp bila tengok kek, dah jadi lapo....

    KN, banyak jugak guna teloq tu ek

    ReplyDelete
    Replies
    1. hainom syg mmg bnyk guna relor kalau kek roll atau lapis paling kurang punesti 10 biji kebawah. tpi hasilnya sedap dong ok lah tu

      Delete
  12. Mencair-cairkan hasrat nak diet kalau tengok coklat cairan di tengah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahh diana kecik je kan tkyah diet2 lagipun selalu ke kebun exercise jugak tu kannn

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home