Best Blueberry Muffin Dan Khasiat Yang Terdapat Dalam Blueberry

Best Blueberry Muffin Dan Khasiat Yang Terdapat Dalam Blueberry


ASSALAMUALAIKUM 
Selamat dan pagi dan salam kamis ya
Disini kaknoor kongsikan antara kelebihan buah blueberry ni mesti ramai yg suka.

 Anti-penuaan
Antioksidan yang terkandung dalam blueberry membantu mengurangi kerusakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas dianggap bertanggung jawab atas penuaan tubuh. Makanan yang kaya antioksidan dengan demikian menciptakan efek anti penuaan. Tingginya kandungan vitamin C dalam blueberry juga membantu dalam memperlambat proses penuaan.
 Mengurangi kolesterol jahat
Antioksidan yang terkandung dalam buah blueberru membantu mengurangi kadar kolesterol jahat dalam tubuh, selain itu juga mencegah darah tinggi dan jantung. Radikal bebas yang dapat menyebabkan kanker dapat netralisasi oleh kandungan antioksidan yang terdapat dalam buah blueberry ini.
 Melindungi tubuh dari kanker
Kandungan phytonutrient yang terdapat pada buah blueberry, membantu mencegah kanker usus dan kanker rahim.
WALLAHUAKLAM
Tapi sebelum tu jom kita makan muffin ni dulu jom!!



Bahan nya
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 1/4 cawan gula perang
1/2 cawan mentega tanpa garam
1 biji telur gred A
2 sudu kecil esen vanilla
1 cawan buttermilk
1 1/2 cawan fresh atau frozen blueberries
1/4 cawan untuk di tabur di atas muffin

Crumble
1/3 cawan gula halus
1/4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar butter sejuk

Langkah - langkah nya
1.  Panaskan oven 150'C ikut tahap kepanasan oven sendiri. Griskan muffin pan dengan sedikit planta
2.  Dalam sebuah mangkok sederhana, campurkan tepung, baking soda, baking powder dan garam.
3.  Dalam bekas yang lain atau mixer, campurkan gula perang, butter, telur, vanilla dan buttermilk.
4.  Putar hingga sebati kemudian masukkan tepung. Adunan mestilah pekat ok.
5.  Kemudian masukkan blueberries dan kacau sebati. Jangan terlebih kacau pulak tau!
6.  Dengan menggunakan skop aiskrim masukkan adunan tadi kedalam muffin pan, taburkan dengan crumble dan taburkan blueberry di atas nya, boleh jugak di tekan2 kedalam adunan.
7.  Bakarlah pada 5 minit pertama dengan temperature 150'C kemudian turunkan ke 130'C untuk selama 12-15 minit lagi.
8. Terpulang oven masing-masing ya tahap kepanasan tu, oven kaknoor oven yg agak heavy duty jadi nya temperature nya hanya 150'C pun dah cukup panas sangat.
9.  Biarkan muffin sejuk 5-10 minit kemudian boleh di nikmati.

Untuk Membuat Crumble
Dalam sebuah mangkok kecil, campurkan semua bahan crumble dan gaul sebati sehingga menjadi crumble atau serbuk roti, ketepikan.




Kaknoor guna mini muffin pan jadi nya memang dapat banyak lah sebab kalau guna yang besar tu memang tak habis sebab besar sangat, dan kalau buat macam ni kecik-kecik senang nak makan.



Rasa nya memang lembut sangat, sampai ke petang pun memang terasa kelembutan nya.  Tapi jangan di biarkan terdedah pulak, tutup lah didalam bekas tupperware ke atau sewaktu dengan nya, Insya Allah akan sedap bila-bila saja kita makan.

20 comments:

  1. Best ni. Kalau buat, plain aje. Lepas ni boleh cuba yg ada crumble pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali boleh lah tukar selera sikit Fidah kan

      Delete
  2. Dapat kat Adli ni kak....mmang tak henti mult cakap sedap..sedap

    ReplyDelete
  3. byk khasiatnya, sedap rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 kita terlupa blueberry ni banyak khasiat nohas kan

      Delete
  4. err...serius tak pernah makan muffin blueberry or ape berry sekali pun..tak sure kenapa tapi biler ade muffin hanya sambar yg vanilla or coklat jek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke ni Idzwa, lain kali kalau beli tu cer cari yg ada muffin pulak trylah tk try tk tau kan lagipun kalau ianya berkhasiat tahan je lah telan terusss haha

      Delete
  5. sbb tu omputeih suka sgt blueberry nih... walaupun rasa mcm tak sdp sgt pun...
    tp sbb khasiat dia banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Dana omputih selalu makan mcm ni kita sesekli pun cukuplah asalkan ada ubat dlm badan ni kan

      Delete
  6. Replies
    1. KADANG! KADANG! Zimah datang mood rajin hehee

      Delete
  7. muffin comel n sedap sgt tu noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap dan berkhasit P suka rasa nya yang masam2 manis tu

      Delete
  8. kak Noor ni kan..tangan dia menjadi jer buat apa2 jenis masakan..tgk jer pun dah tau sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboiii Aini baik punya pujian tu lah, dah rasa tinggi macam kat atas pokok kelapa lah pulak hahaha

      Delete
  9. Replies
    1. wah yan terus booking 6 sorang satu ke ni??

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home