Cream Puff Gebus Montok Manis Menawan

Cream Puff Gebus Montok Manis Menawan

ASSALAMUALAIKUM
Salam hari minggu untuk semua nya.
Resepi ulangan yang selalu di buat untuk tempahan kenkawan
Kalau ada yang teringin nak buat boleh tengok resepi kat bawah ni ya
Buat sendiri lebih sedap dan suka hati nak letak filling apa saja dan berapa banyak yang kita suka.




 Bahan nya
1/2 cawan mentega
1 cawan air
1 cawan tepung
4 biji telur

Cara nya
1. Panaskan air dan masukkan mentega, kacau sehingga mentega cair.
2. Biarkan sehingga adunan mendidih, tapi  jangan biarkan terlalu lama mendidih.
3. Masukkan tepung dan kacau dengan cepat sehingga tepung tidak melekat di kuali.
4. Adunan tepung hendaklah kelihatan kental dan tidak terlalu cair.
5. Biarkan adunan tepung betul-betul sejuk baru masukkan telur.
6. Masukkan telur satu persatu dan kacau sebati dan buatlah sehingga habis telur.
7. Boleh jugak menggunakan mixer dengan kelajuan yang maksimum.
8, Adunan yang dihasilkan perlu lah licin dan berkilat.
9. Masukkan adunan dalam piping beg dan paipkan ikut kreativiti sendiri.
10. Sebelum membakar renjiskan sedikit air di atas choux pastry.




Resepi Filling Kastard Sumber :Kak Ida & Tun Telani

 Bahan2: ( Mas buat 2 1/2 adunan filling kastard tuk 1 adunan cream puff tu )  2 camca besar tepung kastard  2 camca besar gula kastor 1 1/3 cawan susu segar  30 gram mentega (kurang lebih 2 camca teh) 2 camca teh esen vanilla


 Cara2: Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla.  Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat.  Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.  *Kami suka resepi ni kalau untuk makan-makan kat rumah, lembut dan manis sedang2 aje. 


Cara menyediakan Cream Puff Gunting atau potong sedikit jangan putus puff tu. paipkan inti kastard yang dah sejuk kedalam rongga puff Tabur snow powder diatasnya. Jemput makaaannn.. 






Terpulang selera sendiri nak letak kastad atau coklat nutella atau cream sebab selera di tangan sendiri kan, kalau kaknoor lebih ke ikut anak-anak apa yang diaorang suka yang tu lah yg kita letak.



Jamu mata ok, ni dengan nutella yang berjela-jela tu nampak tak???


18 comments:

  1. Sedapnya kak noor...teringin saya nak membuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap Azra buatlah tk susah pun sebenrnya

      Delete
  2. Replies
    1. insya Allah zimah sdp dan pasti mkn bnyak ni

      Delete
  3. Assalamualaikum Kak Noor,

    Terliur tengok cream puff. Kalau dekat memang Mak Long dah order...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah maklong nk hantr pun mcm impossible je kan mmg basi dah creampuff ni dok terbang kann

      Delete
  4. Nampak sedap teringin kak Zai nak buat tp takut tak menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah maybe first time agak kureng mnjdi tpi bila dh selalu insya Allah tkde masaaalh

      Delete
  5. Replies
    1. mcm tuan yg buat jgak ni kak ruby gebus gebas

      Delete
  6. Replies
    1. dah teegoda kah Neida tengok si gebusss ni

      Delete
  7. sedapnya kak noor.sy teringin nak buat tp piping bag tak ada.entah bila nak belinya tu..buat gentel bulat2 boleh ke kak noor..cream puff jugak ke namanya.hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah PK tak smestinya kena pakai yg betul2 piping bag, kalau ada plastik biasa pun ok asalkan dpt picit, nozel pun kalau tkde yg bunga biarkan lubang bulat gitu pun ok jugak tpi tk nmpk bunga lah

      Delete
  8. Aduh, KakNoor! Tak tahan dugaanlah tengok cream puff ni. Lebih-lebih lagi yang ada nutella di atasnya tu!

    ReplyDelete
  9. Senang aje buatnya kan KN.KN nak tau tak, dah lama saya mengidam nak buat puff ni, saved resepi dah banyak kali tp buatnya belum hihi....
    Ni pulak, entah bila nak buatnya ni...

    ReplyDelete
  10. sedapnya menjamu mata di sini,fav saya yg filling custard tu,macam mudah resipinya tapi entah bila sampai seru nak membuatnya..hihi..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home