Nasi Lemak Pandan ~ Ayam Rempah ~ Sambal Bilis Menu Pagi Hingga Petang

Nasi Lemak Pandan ~ Ayam Rempah ~ Sambal Bilis Menu Pagi Hingga Petang


ASSALAMUALAIKUM 
Salam rabu untuk siapa saja yang sudi kesini.
Semenjak dua menjak kaknoor memang busy dengan kelas membaking.
Jadi masa nya sangat terhad untuk mengupdate blog dan berceloteh panjang jugak berkunjung di blog adik-adik semua.
Insya ALLAH lepas ni boleh lah meronda ke blog adik-adik semua.
Jom nak pekena nasi lemak dulu jom dah kenyang baru best jenjalan kan....







 Sambal Bilis

1 cawan ikan bilis yang sudah digoreng
3 sudu cili kering kisar
5 ulas bawang merah tumbuk
2 ulas bawang putih tumbuk
sedikit belacan
1 sudu air asam jawa
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Caranya
Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bahan tumbuk sehingga wangi masukan cili kisar
Kacau sehingga cili pecah minyak masukan air asam jawa, belacan, garam dan gula.
Dah secukup rasa masukan ikan bilis goreng tadi
Sedia untuk dihidangkan dengan nasi lemak tadi

 Nasi lemak pandan
6 ke 7 helai daun pandan di kisar bersama air utk di campur dengan santan.
Kak Noor kisar  bawang besar 1 biji, halia 1/2 inci, dan 1/2 inci lengkuas, campur semua bersama santan dan air daun pandan,  sukat lah beras, kak Noor guna 2 cawan beras wangi, jadi santan nya antara 2 1/2  ke 3 cawan lah, dan masak lah macam biasa masukan dalam rice cooker dan jangan lupa garam tau!!

Ayam goreng rempah
1/2 ekor ayam di potong besar di bersihkan
3 batang serai *
1 inci lengkuas *
1 inci halia *
1/2 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *

Cara
Kisar bahan yang bertanda * dan lumurkan pada ayam bersama dengan garam dan sedikit gula merah, peraplah dalam dua tiga jam kemudian gorenglah sehingga garing dan masak dan sedia dihidangkan bersama dengan nasi.



Untuk telur dadar tu hanya kaknoor campurkan telur, susu dan kacang panjang dan perasa, pastu gorenglah dalam kuali tak melekat dan gulung-gulung saja. Makan dengan nasi lemak memang sedapp sehingga bertambah-tambah nasi U...

17 comments:

  1. Wah, kalau hadir di sini selalu di sediakan makan, manteup..makan dulu kak.

    ReplyDelete
  2. ni dapat kat adli ni sukanya dia. dia kalau boleh hari-hari nak nasi lemak

    ReplyDelete
  3. Kalau nasi lemak macam ini punya gaya mahu-mahu 2 pinggan baru puas KakNoor:)
    Sangat menarik!

    ReplyDelete
  4. Sedapnya nasi lemak kak noor,banyak lauk gitu.
    Saya masih berpantang makan ,nanti kalau dah sehat nak buatkn anak2 nasi lemak pandan resepi kak noor ni...tentu dorang suka.

    ReplyDelete
  5. aduh kak! cepat-cepat saya pegi cari makan la macam nie..hehee..sedap nyer kak~

    ReplyDelete
  6. nampak menyelerakan ... kemas dan cantik macam makan direstoran punya hidangan pula.. hehe

    Blogwalking sini...

    Jom baca lobak merah bagus untuk kesihatan

    https://www.ahmadhasif.my/2016/02/kebaikkan-lobak-merah-carrots.html

    ReplyDelete
  7. nasi lemak yg harum dgn aroma pandan msk banyak buat sarapan pagi hingga mkn mlm..mudah kerjanya msk sekali jer kan noor.

    ReplyDelete
  8. lahai sedapnya kak.... udahla ada macam2 sayur dia tuh... plating lawo kalah restoren

    ReplyDelete
  9. Special sungguh nasi lemak KakNoor ni. Memang tak terdapat di kedai-kedai makanan biasalah, KakNoor ^_^ Meleleh lagi air liur saya tapi baru beberapa hari lepas makan nasi lemak buatan sendiri. Takdalah ohsem macam KakNoor buat ni...

    ReplyDelete
  10. Cantik sampai rasa sayang nak makan... hihihi

    ReplyDelete
  11. Kak noor... tefal pan kt brunei murah x? 2013 g brunei ... tgk mcm murah...tp dok asyik berjalan... tak sempat patah balik nk beli. Murah x kak?

    ReplyDelete
  12. Tak nampak hijau pun KN nasi lemaknya tu

    ReplyDelete
  13. Wahhh! mengiurkan betul menu akak...bestnya!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home