Rendang Pucuk Ubi Maktok Iman

Rendang Pucuk Ubi Maktok Iman



ASSALAMUALAIKUM 
Salam selasa untuk semua nya.
Semalam kaknoor buat rendang pucuk ubi ni, dah tayang kat FB memang malatop you!!
Kak noor masak rendang ni bahan nya sama saja dengan rendang daging atau ayam cuma digantikan dengan pucuk ubi.  Pucuk ubi tak payah di rebus dulu tau! terus saja masuk setelah di cuci, baru lah rasa nya original dan masih ada rasa pahit-pahit pucuk ubi tu, kalau kita rebus, memang dah rasa macam tak manis lah sebab air nya dah kena buang kan...



RENDANG PUCUK UBI

BAHAN NYA
Pucuk ubi secukupnya dibersihkan dan dibuang tangkai nya.
2 cawan santan pekat
1 cawan santan cair
1/4 cawan kerisik agak-agak dalam 4-5 sudu
1 sudu besar jintan putih di sangai dan tumbuk
sedikit garam dan gula jugak asam keping

BAHAN KISAR
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
2 batang serai
15 biji cili kering

CARA NYA
1. Masukkan bahan kisar, jintan putih, santan cair dan satu cawan santan pekat dalam kuali.
2. Kacau selalu supaya kuah tak melekat di kuali dengan api sederhana.
3. Bila dah agak kering sedikit masukkan pucuk ubi bersama satu cawan lagi santan pekat dan kerisik
4. Kacau rata biar sebati, kemudian masukkan asam keping, garam dan sedikit gula.
5. Masaklah dengan api yang kecil sehingga pucuk ubi lembut dan kering.
6. Kaknoor suka yang agak lembab pucuk ubi tu jadi taklah lama sangat menunggu.
7. Terpulang selera lah kalau nak rendang yang lebih kering, kena kerja keras sikit lah.
8. Sedap dimakan dengan nasi panas, keropok lekor, roti ke terpulang apa yang terlintas di fikiran.




Kalau tak habis makan, rendang ni dapat di simpan dalam frezer dalam bekas yang bertutup, bila nak makan hanya perlu panaskan saja. Atau pada yang ada microwave boleh masukkan je dalam micro tu kejab seminit dua dah boleh dinikmati semula.


14 comments:

  1. Menariknya dengan ada wangian dressing bunga kantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aroma bunga kantan memikat jiwa ku diana hehe kann

      Delete
  2. Wah kak noor dah tempek resepi disini..
    Semalam tengok di FB dah terliur kak..
    Nanti nak cubalah merendang pucuk ubi guna noxxa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. orait yatie cuba dulu guna noxxa kalau sukses gtau kaknoor nk try, teringt jugak nk guna noxxa mula nya tpi takut jugak kang hangus naya tk spt mkn rendang pucuk ubi haha

      Delete
  3. Idea yg boleh diikut ni KakNoor
    Biasa kakak masak lemak atau kerabu atau celur cecah sambal

    ReplyDelete
    Replies
    1. tk boleh pakai jugak idea ni selalu kakzakie sbb very the lmbt menunggu kering tu seseksli boleh lah

      Delete
  4. Sedap ni kak Zai simpan dulu resepinya kena cari pucuk ubi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedap kakzai teruja no buat lgi tpi itu lah tang lama tu tk tahan sngt tu

      Delete
  5. Yalah kak noor kena simpan resepi ni ...sebab tak pernah lagi makan rendang pucuk ubi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah try saniah mmg sdp makan dgn pulut ke tpi kak noor tk sempt nk tanak pulut dh tk sabar nk mkn, kena buat lgi lah ni kot

      Delete
  6. macam2 boleh masak dgn pucuk ibi ni ya...buat rendan sedap n boleh disimpan lama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah P ksdang yg masak lemak pun kalau tk habis mkn saya masak lama bgi kering dpt tahan lama makan

      Delete
  7. Ni kalau saya masak mesti saya sorang yg makan banyak KN. Adoi KN, pagi pagi saya dah terliur tau....
    Mana nak cari ni? Meh le kita berjiran hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun teeingin nk beejiran dgn Anom jugak ni supaya ada geng mkn benda2 ni semua Anommmmmm..

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home