Telur Terubok Masin Lemak Cilipadi

Telur Terubok Masin Lemak Cilipadi


Assalamualaikum dan salam isnin untuk yang masih sudi singgah di blog kaknoor.
Hari isnin yang agak busy dengan macam-macam aktiviti hari ni.
Alhamdulillah pepagi ni dapat berkongsi menu yang tak lekang dengan selera melayu.
Lemak lemak lemak kan................
Tak kisahlah janji sedap dan menepati selera haha
Yang berminat dengan menu ni boleh lah cari telur terubok masin hari ni.
Kalau tak de telur terubok boleh saja guna telur ayam atau itik.
Tak payah lah nak terbang ke Sarawak sekadar nak mencari telur ni ya.
Rasa nya telur terubok ni sangat famous dan banyak kat Sarawak je dan di Brunei ni pun kekadang ada jugak terselit kat supermarket, kaknoor kalau ternampak kat supermarket kat sini memang tak lepas peluang tetap beli  sebab dah untung takyah gi Sarawak lagi hahaa walaupun harga nya agak mahal cikit...




BAHAN NYA

  • 1 kotak kecil santan *kes nak cepat   santan fresh lebih sedap
  • 7 biji cili padi hijau kisar
  • 3 biji cili padi merah di kisar
  • 1 inci kunyit hidup kisar
  • 3 ulas bawang merah kisar
  • 2 keping asam keping
  • 1 batang serai di titik
  • secukupnya telur ikan terubuk di rendam dulu
  • daun selasih secukupnya
  • garam dan sedikit gula
CARA NYA
  •   Masukan santan, serai dan asam keping dalam periuk, tambahkan bahan tumbuk dan kacau selalu supaya tak pecah minyak
  • Bila  santan mendidih masukan telur ikan.
  • Masaklah dengan api yang perlahan sehingga mendidih dan telur lembut
  • Akhirnya boleh lah masukan daun selasih
  • Tambah garam dan sedikit gula ikut selera sendiri
  • Lepas tu boleh lah ditutup api dan sediakan nasi panas - panas memang terangkatSANGAT !!!!


Hari-hari makan makanan bersantan bila nak kuruih tak tak lah.
Tapi yang berlemak tulah yang sedap sangat tu kan.
Takpe lepas ni kita makan nasi kosong je ..
Atau nasi dengan ikan masin je kan tkyah lemak-lemak haha...
Jom layan mata jangan marah hahh....


23 comments:

  1. sedapnya.. xpernah lg makan terubuk masin lemak cili api

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali mkn mmg nk lgi dan lagi Ela sedappp ooo

      Delete
  2. sedapnya, saya memang minat telur ikan

    ReplyDelete
    Replies
    1. telor apa pun fav kan Rai terutama telur ikan yg fresh lg bestt

      Delete
  3. Terliur kak zai dibuatnya.
    Masa kak Zai pergi Sarawak pun ada beli telur terubuk masin ni. Harga dia memang mahal tp sebab nak rasa beli jugalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui kakzai kdg bila dh teringin mesti nk beli jugak sbb dok teringt2

      Delete
  4. kat mana lah nak cari telur terubuk mรฅsin ni kaknoor ooiiii. nak sikit lahh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelah borneo ni msih ada telor ni yan, cuma nya very the mahal ahha meh lah melancung belah sini pulak

      Delete
  5. Replies
    1. mesti cikceria akan ceria sngt bila mkn telor ikan ni kann

      Delete
  6. Haitu mummy Zarif pergi Sarawak...adalah dia bagi Bunda 2 keping telo ikan terubuk masin ni...tapi Bunda buat goreng pastu campur bawang ngan cili potong goreng sekali...perah asam limau.. sedap jugak Noor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. goreng pun sedap jugak Bunda, biasalah selera orang tua ni kalau tak berlemak2 tak sah, tapi kalau nak cepat saya goreng jugak ni biar masam-masam sikit perah limau banyak besttt

      Delete
  7. Wah siap dengan belimbing buloh tu. memang meletop.

    ReplyDelete
  8. apa yg ada je diana, sementra ada belimbing guna lah lgipun sdp kalau ada belimbing..

    ReplyDelete
  9. :'-C sedapnya...mana nak cari telur terubuk
    ..

    ReplyDelete
  10. Memang telan air liur .. mana nak dpt telur ikan masin kat sini?

    ReplyDelete
  11. Saya tak pernah masak lemak masuk daun selasih ni KN...sedap ek? Nanti boleh cuba.
    Jarang sangat jumpa telur terubuk masin kat KL ni...

    ReplyDelete
  12. ya allah sedapnya makan telur ikan

    ReplyDelete
  13. Wah, sedapnya KakNoor! Saya ni peminat ikan terubuk, ikan terubuk masin dan juga telur ikan. Lama betul tak merasa makan telur ikan tau!

    Betullah, KakNoor. Lagi lemak berkrim, lagi disukai ramai. Macamanalah nak kurus. Eh, tu untuk sayalah. KakNoor ni saya tengok kurus aje, nak kurus apanya lagi!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home