Urap Daun Kunyit , Selom Dan Kantan

Urap Daun Kunyit , Selom Dan Kantan


Assalamualaikum dan salam hari minggu untuk semua nya.
Menu semalam sebenarnya ni.
Biasa lah kalau masak hari tu memang tak dapat update hari yang sama
Mana nak ambik gambar dengan pelanggan lagi nak makan
Jadi yang ada dalam gambar ni sebenarnya dah takde di depan mata
Semua nya sudah jadi benda lain hahaha.
Ada yang suka urap tak??
Sejak ada bibik baru memang banyak keluar masakan ala-la Indon gitu kan.
Tak kisahlah tu janji sedap kan
Resepi pun tak lah susah sangat sebab banyak ulaman pun sekeliling rumah je





BAHAN NYA
4 kuntum bunga kunyit di hiris kecil
secekak daun selom di hiris kecil
1/4 cawan kelapa parut
5 biji cili padi di tumbuk
3 ketul cekur di tumbuk
2 biji cili besar di hiris
2 batang serai dihiris
1 kuntum bunga kantan hiris
1 biji bawang besar hiris nipis
2 biji buah tomato dihiris kecil
1/4 cawan ikan bilis panggang
4-5 biji limau kasturi
sedikit garam dan gula.


CARA NYA
Di dalam kuali masukkan kelapa parut, cili tumbuk dan serai.  Masak lah sehingga kelapa agak-agak kering boleh lah ditutup api dan biarkan sejuk.  Campurkan semua bahan hiris dan bahan tumbuk dan gaul rata, tambahkan dengan garam dan sedikit gula bersama air limau kasturi, dah secukup rasa boleh lah di hidangkan bersama nasi panas, atau di ratah pun sedapp.





Nampak tak yang ketul-ketul hitam tu? sebenarnya itu adalah peparu yang telah di rebus dan di goreng, ada lebihan bekas di masak jadi kaknoor letak kan je memang sedap sedap peparu goreng ni.
Tapi kalau takde pun tak kisah boleh letak bilis je pun ok dah



Yang suka sayur memang suka urap ni. Tapi pada yang tak suka sayur memang agak kurenglah. Kalau kak noor kalau masak masak gini memang ratah je pun ok dah
SEDAPPPPP........


12 comments:

  1. Assalam. Urap atau urep makanan orang Jawa kan. Nampak sedap ni ditambah dengsn paru..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmuslm mmg makanan jawa sebenarnya tpi org tk jowo pun suka jugak ni

      Delete
  2. Do follow blog ni..
    Wowww sedapnya, terliur...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..penuh dengan daun ulam ulaman..
    Dapat nasi panas2...peerrgghh

    ReplyDelete
  4. Sedap ni Kak Noor, kena pulak dengan ikan masin atau keli bakar, pastu gulai nangka muda atau masak lemak labu kuning...nasi putih panas2 ngan sambal belacan... tak pandang yang lain dah ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adusss bunda menu yg bunda sebut memgancam selera lah segala nya mau 2 peyok nasik kerabu ni kalau buat semua tu

      Delete
  5. Simple dan berkhasiat, masak dulu baru gaul yang segar kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betil babyP masak nasi dulu lah biarkan sejuk pastu baru gaulkan semuanya trylah mesti bertambah2 nasik

      Delete
  6. yan dah suka sayur :-)) tapi masih belajar untukmakan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnya suka tpi belum makan ke yan adoiiii

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home