25 Perkara Membuat Kak Noor Gembira

25 Perkara Membuat Kak Noor Gembira

ASSALAMUALAIKUM 
Hari ni ada job lah pulak yang di tag oleh KAK ZAKIE layan je lah
Jangan gelak pulak ya pada yang lain yang membaca ni hahaha...



Banner - Mesti kena ada banner ini sebagai syarat penyertaan.
What to do? 
Create a new post + Insert picture above 
 List 25 things that make you happy 
 Mention the blog that have tagged you 
 Tag at least 5 bloggers & make sure they know they've been tagged! 
 Share your favourite quote of the week! (if none, then it'll be okay)

25 perkara yang membuatkan kaknoor gembira

1.  Alhamdulillah di usia yang separuh abad ni masih sihat walafiat dengan izin ALLAH.
2.  Dapat mengerjakan solat di awal waktu.
3.  Saat mengerjakan haji tahun 2003 dan umrah 2015
4.  Melihat masakan kaknoor dimakan licin oleh anak-anak dan suami.
5.  Melihat kecemerlangan anak-anak dari kecil hingga sekarang ni, ALHAMDULILLAH.
6.  Dapat bereskan membaca AL - QURAN setiap hari walaupun semuka atau dua seawal selepas subuh.
7.  Dapat selesaikan menu makan tengahari sebelum pukul 9 pagi.
8.  Dapat mengupdate blog, fb, ig, pages, setiap hari kalau berkesempatan.
9.  Saat mendapat tempahan masakkan dari kenkawan means diaorang suka makanan kaknoor.
10.  Bila dah selesai solat isyak bermakna tanggungjawab dah selesai dah boleh buat apa saja.
12.  Mendengar berita anak-anak lulus dan menjemput kaknoor ke majlis konvo .
13.  Bila anak-anak bawa shopping di luar negara.
14.  Saat balik kampong lagi kerap lagi best.
15.  Bila tanaman kita membuahkan hasil.
16.  Dapat tunaikan permintaan memasak makanan kegemaran anak-anak dan hubby.
17.  Menggembirakan insan-insan tersayang.
18.  Mendapat kiriman cenderahati dari rakan-rakan maya yang sangat bermurah hati.
19.  Saat dapat ke UK dan PARIS makan  angin dan shopping.
20.  Bila berjumpa dengan rakan-rakan maya
21.  Apabila post kaknoor di Blog,  Fb, Ig, Pages mendapat LIKE dan KOMEN yang banyak.
22.  Mendapat hadiah birthday dari anak-anak dan hubby.
23.  Dapat surprise dari orang-orang tersayang.
24.  Melihat rumah bersih dan teratur .
25.  ALHAMDULILLAH dapat melihat cucunda pertama membesar didepan mata.




Abdullah Iman sekarang dah 2 tahun 6 bulan yang sudah pandai bercakap dan mengajuk apa saja percakapan orang tua.

OK selesai bab kaknoor ya,  sebagai memenuhi tatacara syarat penyertaan ni yang wajib mengtag sekurangnya 5 orang, so jangan marah yang di tag tu, kaknoor pejam mata je ni tag haha.

MAKLONG MENGOMONG
KAKZAI KU CAYANG
HAINOM OKJE
NORHIDANA
NOTIE

Jawab tau jangan malu-malu pulak, alah ini pun sekadar suka suki je, takpe kaknoor bagi masa sampai U all ready ya, kalau dekat nak belanja semua nya dengan nasi kerabu tapi apo dayo jauh sangat lah....




47 comments:

  1. Banyak perkara yang buat kita gembira, kan? Alhamdulillah...

    Bila datang sedikit dugaan, ingatlah kegembiraan yang pernah kita kecapi. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kakcik sebenarnya banyak lagi kegembiraan kita yang kadang2 ada jugak yang tk dpt di kongsi dan pastinya tersimpan di sanubari ini

      Delete
  2. aLHAMDULILLAH..dapat jugak tau sikit-sikit pasal kak noor kan...ehhh blog salin kulit ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Idzwa, kakzakie ni kan selalu nak suruh kaknoor buka rahsia ni hahaa
      anak-anak yang buatkan blog ni Idzwa suruh salin kulit bagi nampak cantik haha cantik ke??

      Delete
  3. No 13 tu best best best.... nk ikotttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huda cayang kalau betul nak itoottt jom kaknoor nak gi lagi ni jamu mata je
      tapi masih kat oversea heheee

      Delete
  4. kak nor, yang no 6 dan 10 terkesan di hati saya kak noor. perkara wajib dlm diri yang kena buat setiap hari

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Lea perlu istiqomah kan alhamdulillah so far dapat disiplinkan diri buat macam tu syukur sangat2

      Delete
  5. sebenarnya banyak benda yang boleh menggembirakan kita.. eh makin cantik laa blog kak noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eyda, blog pakai baju baru sebab dah lama tak bertukar baju kesian jugak kannnn

      Delete
  6. Bestnya kegembiraan kak noor, dapat ke luar negara tu suka sangat, cucu pun comel geram tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah BabyP keluar negara pun bersebab jugak, kalau tak sebab anak-anak disana belajar memang tak pergi jugak kaknoor.

      Delete
  7. Besnyer kak nor... comelnye abdulah iman ni macam anak korea.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh Korea dgn China macam nak sama jugak kan, tokwan nya China Mayang maka nyaaaa

      Delete
  8. Yalah kak noor comel nya cucu...putih gebu gitu.
    Keluarga kita ada lah kegembiraan kita kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Saniah tiada apa yang lebih menggembirakan kita bila tengok diaorang suka dan gembira
      Cucu nya mix tu sebab tu lah

      Delete
  9. Alhamduliillah kak noor, semoga sehat terus kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Kang sudi mendoakan kaknoor ya

      Delete
  10. ayak..... banyak tuh nk kene bt senarai huhuhu
    insyallah akan cuba bt nnti ye kak noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha oklah Dana bukan selalu pun kan kaknoor pun puas jugak mencari idea, tkpelah sama2 kita berbagi kesusahan ye dak hehee jgn marah tau Dana

      Delete
  11. Alhamdulillah kaknoor..
    Semoga kegembiraan itu berpanjangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Yatie sudi mendoakan kaknoor amen ya robbal alaminnnn

      Delete
  12. Banyaknya senarai kegembiraan... huhuhuhu akan di cuba korek-korek kebahagiaan tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Notie jangan marah tau kaknoor tag ni, saja suka2 je pun
      Korek lah banyak2 pun lebih dari 25 also can maaaa

      Delete
  13. comelnya cucu kak noor..eii..geram menengok..alhamdulillah, atas 25 kegembiraan kak noor.. ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih Erny alhamdulillahh diatas kurniaan Allah kaknoor hanya mampu bersyukur..

      Delete
  14. Itu cuma sebahagian kecil kegembiraan yang ada kan kak noor..;)
    Apa-apapun moga kita semua kuat dan sihat dalam menjalani rutin harian..
    Tengok gambar cucu kak Noor masa baby.. lahai.. bambamnye.. geram kite.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiza, betul itu cuma sebahagian je kalau nak ikutkan mmg lebih banyak yg tak dpt di kongsi kan kan, mmg bambam cucunda ni masa kecik, dah besar ni makin panjang lah pulakk

      Delete
  15. akak siapkan makanan tengahari sebelum pukul 9 pagi? mak aiii awal pagi dah siap...hebat betul akak noor saya ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah rutin kaknoor Ida, usai subuh terus kedapur menyediakan makan pagi dan terus tenghari sebab lepas tu ada cucu dtg nak kena jaga heheee kannn

      Delete
  16. wah kak noor dah tukar template blog, tahniah... Alhamdulillah atas segala yang membuatkan kak noor happy dan bahagia. Segala Puji Bagi Allah swt .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 yang buatkan ni template baru tu, kata nya dah lama tak berubah haha
      memang kaknoor pun happy jugak ni sbb blog dah bertukar wajah kan Ana..
      Alhamdulillah di atas kebahagian yang di kecapi kan

      Delete
  17. banyak benda yang buat kita gembira kan.. lately 2 benda yang buat saya gembira.. ALHAMDULILAH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Yan banyak sebenarnya kan membuatkan kita terdenyum

      Delete
  18. Ini dia rupanya.....emmm....KN ni saja je tau.....hihi
    Alhamdulilah.....sihat tu satu nikmat sebenarnya kan KN. Dari sihat tulah kita dpt menggembirakan org org tersayang di sekeliling kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh lah Anom jgn segan2 tau tulis je tentu bnyk kan yg membuat Anom happy masa ni

      Delete
  19. Replies
    1. JM mmg dh tau dh sepesen dgn Huda kann suka jenjalan hehe

      Delete
  20. Diana ingat tersilap blog pula tadi sebab layout lain hehehe.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah Diana layout baru pun buat kita happy jugak kan

      Delete
  21. Terima kasih KakNoor. Supporting gitu:)

    Yg pasti kegembiraan berganda dgn apa jua yg melibatkan keluarga kan KakNoor. Apa lagi cucu yg comel tu boleh senyum selalulah tengok dia ni kan. Comel sangat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambik masa jugak ni kakzakie biasalah dh tk muda ni menulis mcm ni org muda no hal lah kann

      Delete
  22. Terima kasih KakNoor. Supporting gitu:)

    Yg pasti kegembiraan berganda dgn apa jua yg melibatkan keluarga kan KakNoor. Apa lagi cucu yg comel tu boleh senyum selalulah tengok dia ni kan. Comel sangat..

    ReplyDelete
  23. alahai comelnya cucu kak noor tu

    ReplyDelete
  24. Whoaa Kak Noor buat ubah-suai rumah. Menarik...Mak Long suka.. Tengok gambar-gambar si comel sejuk dan tenang hati nenek. Muga bila besar jadi insan yang soleh dan berjaya di dunia dan di akhirat.

    Terima kasih tag Mak Long. Nanti insya Allah Mak Long senaraikan kegemaran yang memberi kegembiraan hati.

    ReplyDelete
  25. bambam nyeeee cucu tu.. pergh awal nye Kak Noor masak for lunch.. time tu rasanya CT baru nak bfast =P

    ReplyDelete
  26. awalnya masak.. sana lunch kul bapa? 11 pagi ke?

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home