Chicken Pie Get Well Soon Untuk Seseorang

Chicken Pie Get Well Soon Untuk Seseorang


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Baru ni kaknoor pergi melawat seseorang, tak tau apa nak bawa sebab yang di lawat ni taklah serius sangat tapi dek kerana kaknoor ni dah sinonim dengan masakkan, jadi last-last fikir terbuatlah chicken  pie ni yang di tulis Get well soon je, oklah jugak orang sakit pun suka dan dipotong masa tu jugak mcam potong kek birthday lah pulak 
Alhamdulillah kalau benda yang kita buat di sukai oleh orang memang hilang penat lelah betul tak??
Resepi ni dah banyak kali kaknoor letak, jom baca lagi sekali dan hafal haha jom!!





Resepi  :  Chicken Pie
Olahan  :  Bicara Kak Noor

BAHAN  KULIT TART
6 oz mentega
12 oz tepung gandum
1 biji telur
50 gm gula icing
sedikit garam

CARA
  • Uli semua bahan-bahan sampai jadi pastri dan masukan dalam acuan 
  • Cucukan dengan garpu supaya cepat masak, kemudian masukan inti dan di tutup lagi dengan potongan kulit tu., ikut kreativiti sendiri lah ya.
  • Disini kak Noor masukan dalam acuan foil yang kecil tu, sebab lebihan buat untuk tempahan orang.
  • Untuk orang sanggup kan buat lawa2 tapi untuk sendiri yang nak makan begini lah ala kadar je buat heee
  • Tapi tetap sedap kan hahaha 

BAHAN INTI PIE
200 ayam kisar
1 biji bawang holland di dadu
2 biji kentang di dadu
1 biji carrot di dadu kecil
1 kiub ayam
3 - 4 sudu mayonis
sedikit serbuk lada hitam
sedikit parutan cheese kraft

CARA
  • Panaskan sedikit minyak dan tumis lah bawang holland sehingga layu, masukan ayam kisar, kentang, carrot, serbuk lada hitam, kiub dan masaklah sehingga semuanya lembut dan tos kan.
  • Gaulkan dengan mayonis dan parutan cheese cheddar dan boleh lah di letakan di dalam kulit pie tadi.




Ada tak yang nak mengorder chicken pie ni untuk seseorang jugak haha
No hal whatsapp saja pada kaknoor kalau bekenan ya. +673 8739160
Sebab kadang kalau nak bagi kek dah selalu sangat kan, jadi kalau chicken pie ni ada lah kelainan sikit, untuk birthday pun best jugak kan..


11 comments:

  1. Alahai kak noor...sedapnya la

    ReplyDelete
    Replies
    1. cheqda pun boleh buat utk saps2 yg sakit supaya diaorang lebih happy

      Delete
  2. Kak Nor.. Rupanya dah menarik rasa mesti sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah pesakit ckp sedap oklah tu Lea

      Delete
  3. cantik...yg dpt ni will get well soon..
    gembira org sakit dpt pie mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah so far so good yg sakit dh bertambah baik dgn izin Allah nohas

      Delete
    2. alhamdulillah so far so good yg sakit dh bertambah baik dgn izin Allah nohas

      Delete
  4. aduhai kak Noor... nnti kalu dana tak sihat nk suh kak noor poskan jugak lah ciken pie nih...
    nengok pun dh tau msti sedap

    ReplyDelete
  5. Kalau kak Zai nak order macamana hihihi...
    Cantik dan sedap.

    ReplyDelete
  6. Hihihi ..
    Jauh pulak nak WA kat Kak Noor ni..
    Boleh ke pos..

    Akak buat semua nampak sedap..
    Oh ye lagi satu..
    Sukatan Oz tu macam mana kiranya..
    Teringat juga arwah mak guna sukatan Oz ni..
    Masa arwah mak buat kuih..
    Tapi dah lupa kak ~__^

    ReplyDelete
  7. kalau JM x sihat...pastu kak noor datang bawak pie tu..dari x selera mkn terus nk ngap

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home