Lepat Ubi @ Belebat Ubi Inti Paste Kacang Hitam

Lepat Ubi @ Belebat Ubi Inti Paste Kacang Hitam


ASSALAMUALAIKUM 
Salam selasa untuk semua yang masih sudi kesini.
Hari ni kaknoor nak kongsikan lagi sekali resepi dari ubikayu.
Jangan jemu pada yang tak suka tau! 
Tukang masak ni suka sangat dengan ubi jadi kalau habis bekalan ubi tu memang gatal je tangan nak beli beli beli kalau dah habis kat umah hahaha sabo je lah ek...
Resepi ni kaknoor intai dari blog MASAM MANIS, Ita izinkan kaknoor letakkan resepi Ita kat sini ya, tapi kaknoor tukar sikit lah sebab nak letak paste kacang hitam didalam lepat ni.



BELEBAT UBI @ LEPAT UBI
Resepi Oleh : Ayu

BAHAN NYA1 kg ubi kayu di parut atau di blender135 ml santan pekat238 gm air gula Melaka ~ ita letak 250 gm hihi senang nak timbang1 sudu besar gula timbangsecubit garam1 helai daun pandan ~ disimpulDaun pandan di layur secukupnya



Kaknoor buat separuh je dari resepi di atas sebab permintaan tak ramai dalam rumah kaknoor, sebenarnya kaknoor teringin nak letak inti paste kacang hitam dalam lepat ubi ni, jadi kaknoor tukarkan gula merah ke gula putih dan kurangkan gm nya sebab gula putih agak manis, Pada selera kaknoor memang sedap lah lepat ubi di letak paste kacang hitam ni sebab fav sangat dengan apa saja jenis kekacang.


CARA NYAUbi kayu, di bersikan dan di buang kulit. Potong sejengkal untuk mudah nak parut dan nak bersihkan kulitnya.Kemudian cuci bersihParut ubi dengan sagatUbi yang telah di parut, kemudian masukkan dalam kain muslin atau apa-apa kain yang bersih dan perah. Jangan perah sampai kering, perah agak-agak aje nak buang air pahit ubi.Baki air perahan tu kita biarkan mendak. Air jernih tu buang, baki dedaknya satukan semula dalam ubi parut tadi. Gaul rata dan ketepikan.
Dalam periuk yang kecil, satukan gula Melaka, gula merah daun pandan dan air ( air ni agak-agak aje jangan banyak sangat pulak.. bila dah masak nanti tapis, kemudian timbang balik air tu dalam  250 gm )Satukan semua bahan tadi dan gaul rata.
Sediakan daun pisang secukupnya. Daun pisang cuci bersih, lap kering dan layurkan dekat api atau boleh jemur kat panas. ( kalau cuaca jerebu jangan jemur panaskan atas dapur aje bagi layur )
Kemudian potong 7 X 5 inc
Kemudian bungkus lah atas daun pisang.Letak 2 sudu besar, ratakan kemudian lipat kiri kanan rujuk gambar.Kalau nak lipat tak nampak ubi pun boleh lipat aje terus kelepet sampai tepi. Jadi tak nampak lah ubi tu.Buat sampai habis, kemudian susun dalam kukusanKukusan pula dah di panaskan sampai didih airnyaBila dah didih, kukuslah kuih ni antara 30 ~ 45 minitAngkat setelah masak dan sejukkan




Memang dah ada yang meleleh air lio tengok ni kan hahaa
Sabar je dulu ye, jom tengok gambar kat bawah ni pulak!!



Yang kat garpu ada tak yang bekenan boleh kaknoor tolong suapkan ..
Terlajak sedap ni tau jangan tak tau kejab je habis oleh si tukang masak haha..

24 comments:

  1. Nampak elok dan sedap kaknoor gambar yang bawah tu, kalau dulu dapat la merasa sekarang kat kuih nyonya ada kut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke babyP itulah kan kalau beejiran mesti kakmoor suapkan seketoi mcm kt bawah tu

      Delete
  2. perkkkkh feveret dana nih kak oi.... mmg layan betul belebat ubi nih...
    almaklum menu kuih2 lama nih mmg layan lah klu dpt mkn sbb dr kecik dh rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. menuxni kalau ada geng memang menjadi ni Dana sayangnya jauh sngt lah

      Delete
  3. Bukan meleleh air liur jer kak noor..
    Puas dah dok menadah dengan baldi ni..
    Banyak benor air liur saya yg keluar ni kak noor weeiii ..

    Teringat pulak arwah mak saya kak noor..
    Arwah mak pun peminat tegar lebat ubi ni..
    Saya pun suka.. nanti cuba yg ada inti ni pulak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sdp yatie yg ada inti kacang ni pd yg tegar kacang jugak lah mesti berbiji2 lepat ni kena kebas.
      orang lama mmg peminat sngt makanan zaman jepun ni yatie seiring usia lah kan

      Delete
  4. Orang yg tak berapa sihat tengok pun terliur. Telan air liur ajelah kat mana nak cari nak pergi Brunei jauh sgt hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga cepat sembuh kakzai ya
      kalau Brunei sebelah rumah kakzai bestkan dpt bawa lepat ni

      Delete
  5. Tak pernah lagi makan lepat ubi berinti .Boleh lah save resepi kak noor ni.Saya ada juga tanam sepokok dua ubi,boleh buat bila2'nak nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan ada inti Saniah itulah letak je rupa nya mmg sedapp

      Delete
  6. perghhhhh..terbaek la kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bkn terbaik ni Ida cemerlang dah ni haha

      Delete
  7. KN saya suka lepat ubi. Pendik kata semua kuih yg berasaskan ubilah. Tp satu masalah saya, saya tak suka buat hihi.... Acane tu KN....tambah lagi ubi ni nak kena parut buang air bagai....Ohhh kalau cenggitulah caranya, rasanya saya terpaksa mengundur daripada mencuba KN....haha....
    Bilalah nak berjiran ngan KN ni ek?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah maklum Anom mmg kurang rajin sbb banyak songeh sikit benda ni tpi tang mkn tu yg best sngt, kaknoor sanggup kalau benda tu sedap tauuu hahaha
      Itulah kan impossible rasa nya kan

      Delete
  8. Idea barulah letak inti paste kacang
    Kakak biasa buat kan KakNoor plain ubi parut aje
    Lain kali kakak nak cubalah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kebetulan jugak kakzakie ada lebihan paste kcg hitam masa buat tu On saja lah

      Delete
  9. LEPAT UBI KAYU N KUIH YG BERASASKAN UBI KAYU KEGEMARAN KAK JUGA TAPI XBOLEH AMALKAN SELALU TAKUT KEMBONG HEH..HEH..

    ReplyDelete
  10. slurppp mkn waktu baru angkat panas2...sedapnye

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home