Pastri Puff Gulung With Seaweed

Pastri Puff Gulung With Seaweed


ASSALAMULAIKUM
Selamat malam adik-adik semua.
Semalam kaknoor buat karipap pusing yang di tempah oleh seorang regular customer kaknoor.
Rasanya dah RIBUAN karipap customer ni dok ulang order, setiap kali order memang dah tau dah mesti dalam 200 biji, jadi inti nya memang banyak lah jugak kena sediakan.
Gara-gara takut tak cukup akhirnya terlebihlah pulak inti nya tu, maka jadi lah Pastry Puff Gulung ni sebab dah malas nak masuk frezer lagi.
Lebih mudah kita bakar je tak payah nak goreng-goreng lagi macam karipap.




BAHAN INTI

7 - 8 biji ubi kentang dikupas dan dipotong dadu kecil
1 ketul dada  ayam atau daging  di potong kecil
3 sudu besar rempah kari daging 
1 sudu serbuk cili
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia


CARA 
  1. Rebuskan ubi kentang yang dipotong dadu sehingga separuh  masak dan toskan.
  2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar yang dipotong dadu & daun kari sehingga layu kemudian masukan bahan kisar, kacau sebati dan biarkan sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian masukkan rempah kari, masukkan sedikit air jika terlalu kering, biar rempah garing dulu
  4. Diikuti dengan isi ayam atau daging, kacau2kan biar sebati dan tunggu sehingga ayam atau daging betul2 masak
  5. Masukkan ubi kentang yang telah direbus tadi, kacaukan biar sebati dengan rempah
  6. Sesuaikan rasa dengan garam dan sedikit gula dan masak sehingga betul2 kering dan tutup api.



Dah siap inti tu, kita hanya perlukan
Pastri puff secukupnya, eloknya yang panjang lah.
Kalau ada seaweed boleh letak, tapi kalau takde pun ok.
Ambil sekepis pastri puff letakkan seaweed, kemudian inti, kemudian gulunglah.
Masukkan dalam tray yang panjang nya mencukupi dan potonglah jangan putus tau!
Beruskan sedikit mentega diatas nya dan bakar lah dalam oven 150'C sehingga kekuningan.
Pada kaknoor memang sedap lagi pastri gulung daripada karipap sebab lebih rangup.
Tapi selera masing-masing ikut lah ya yang mana mau nya.



Dah jadi gulung ni Pak Haji Kaknoor suka lah pulak, tak berenti-renti makan. Tapi bila goreng karipap memang kurang laku, mungkin sebab dah jemu kot asyik dok kepap kepap saja.
Lain kali boleh lah lebihkan inti kepap lagi dan buat macam ni.


25 comments:

  1. kak noor memang tak suka membazir..pasni ada je nak dibuatnya.. :-))

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum kak..apa khabar...lama tak jenguk umah akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalm Yan thanks masih sudi singgah sini

      Delete
  3. Lapar pulak tengok..especially dah malam2 ni. Hantar lah siket kat sini Kak Noor

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi malam lagi lapar ni Fidah selagi belum mkn mmg tk dpt tido

      Delete
  4. assalamualaikum.... salam perkenalan... sungguh kreatif sentuhan akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalm Cerikecil
      timakasih adoii dh melambung lah pulak kaknoor ni

      Delete
  5. Sedap nyaaa.. pg pg nampak makanan lapaq terus kak =) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ptg baru kaknoor ada masa nk balas ni Aina

      Delete
  6. Masyaallah KN....bab bab ada inti, ala ala panjang cenggini walaupun bukan bentuk karipap ni mmg saya suka sangat..

    Tp nak buat belum terbuka hati. Bestnya kalau duk berjiran ngan KN...Mesti dpt free seketul hari hari ek hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hainom penat tau kaknoor buat satu pun Anom belum telintas dihati nk memcuba adoii tk tau nk cipta resepi apa lagi yg mudah2 utk Anom mencuba

      Delete
  7. lahai... menggoadanya kak noor oi...
    akak nyer presentation mmg sgt2 menarik... bt org yg nampak meleleh air liur

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih sekalilgi Dana
      yeeke ni heheehe
      macam nak pecah je kain ni hahah

      Delete
  8. teringin pula nk oder merasa mskn noor yg sedap ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. P suatu hari meh lah ke Brunei pasti I masak yg sedap2 utk P insya Allah

      Delete
  9. yummy..ishh..pesal kak noor ni pandai masak sgt hihih

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home