Roti Canai Lembut Resepi Dari Maslinda

Roti Canai Lembut Resepi Dari Maslinda


ASSALAMUALAIKUM dan salam jumaat untuk semua nya yang masih sudi singgah disini.
Pernah tak adik-adik semua jemu makan nasi?? haha itu lah semalam tanya anak-anak mau tak diaorang makan roti canai je untuk seharian hari ni, diaorang kata ok no problem!! sama jugak dengan darling gue ok saja kalau roti canai.
Jadi semalam bermula lah proses membancuh dan menguli roti canai, nasib baik ada bread maker tak lah berotot sangat lengan maktok ni. Resepi ni kaknoor intai dari wall FB Maslinda lagi, Maslinda memang pakar memasak, semua resepi yang dia masak menepati selera kaknoor. Jom baca resepi ni dan kalau suka boleh try memang berbaloi dan sedap. Untuk Maslinda izinkan kaknoor letak resepi Mas kat blog akak ya untuk rujukan kenkawan dan anak-anak nanti.



Roti Canai Lembut
Bahan-bahan :
1 kilo tepung gandum (ayak dulu kalau rajin)
4 sudu besar majerin planta( cairkan dan sejukkan terlebih dahulu)
480ml air ( anggaran- tuang sikit2)
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 biji telur
Cara-cara:-
-Taburkan tepung di atas meja atau dulang ...
Buat bentuk seperti gunung berapi. (bulat di tengah)
- Masukkan garam, gula, susu pekat, majerin, telur di tengah.
- Gaul kesemuanya hingga sebati... Kemudian gaul dengan tepung.
- Tuang air sedikit demi sedikit.
- Uli sehingga doh tidak melekat dan lembut ( lebih kurang sejam laa uli kalau nak dapat doh roti canai terbaik, so disini laa cabaran buat roti canai.. Kalau sesiapa yg nak uli roti canai tu,pastikan tenaga anda telah dijana secukupnya lebih2 lagi otot2 lengan..hehehe)
- Tapi kalau ada mixer( mesin penguli roti) atau breadmaker, boleh la guna.. Tak payah laa habis tenaga nak uli kan..
- Biarkan doh tadi selama 2 jam...
Kemudian sapukan doh tadi dengan majerin atau boleh juga guna minyak masak dan buat bulat kecil kecil...Pastikan rata dengan majerin @ minyak...
- Tutup doh semula dan biarkan selama 2 jam.
Doh sedia untuk di canai ikut kreativiti masing2... ( kalau siapa pandai tebar maka tebar lah.. Yang tak pandai maka gunakan kaedah tarik perlahan2 atas dulang besar)
****1 kilo tepung boleh menghasilkan 12 - 15 keping roti canai..bergantung pada size yg anda inginkan sendiri..




Resepi kuah dhal roti canai
Bahan A:
200gm kacang dhal- rendam semalaman agar cepat empuk.
1 biji terung bulat dikupas kulit dan dipotong dadu( takde pun takpe)
1/2 batang carrot dikupas kulit dan dipotong dadu
1 biji kentang di dadu sederhana
1 sudu besar rempah kari
1 buku pati ayam
garam secukup rasa
Bahan B:
sedikit rempah campur-terdiri dari halba, biji sawi, jintan manis dan jintan putih
1/2 biji bawang holand dikupas kulit dan dipotong dadu
Setangkai daun kari
1 cm halia-dimayang
3 tangkai cili kering di kerat kasar2
***Bahan B ni ditumis sehingga naik bau dan layu dalam kuali berasingan..
Cara memasak:
-Rebus kacang dhal sampai empuk
-Bila kacang dhal dah separuh empuk , masukkan rempah kari dan kacau sehingga sebati
-Masukkan kentang, terung dadu dan carrot dadu..
-Bila semua dah empuk , perasakan dengan garam secukup rasa. dan ketepikan(boleh tambah air jika kuah dhal terlalu pekat)..
-Dalam kuali , (tumis bahan 😎 sehingga naik bau...Bila dah naik bau , angkat dan tuangkan kesemua bahan tumis kedalam (bahan A) kuah dhal tadi ....kacau seketika..Tutup api ...Sedia untuk dihidangkan..


Anak-anak suka roti canai ni sebab kata nya rangup dan fresh, begitu jugak dengan kaknoor memang sedappp, tak rugi mencuba resepi ni.



Kak noor buat dua jenis kuah, dhal kambing dan kuah kari ayam, biasa lah dalam rumah macam-macam selera, tukang masak terpaksa akur hehe.




Resepi inti murtabak
Bahan2 rempah:
- 1 sudu besar serbuk rempah briyani
- 1 sudu kecil serbuk cili.
- 1/2 sudu kecil serbuk rempah garam masala (rempah kari @ kurma daging pun boleh kalau tiada rempah garam masala)
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit.
Bahan2 lain:
- 400gm daging lembu@ kambing (kalau suka kambing ye) atau daging ayam yang telah dicincang.
- 2 biji kentang - rebus & potong dadu
- 2 biji bawang besar dihiris
- 1 cawan sayur kobis yang telah dihiris halus atau dicincang. Kalau tak suka sayur kobis boleh gantikan dgn celery yg dihiris nipis..
- 4 biji cili hijau dihiris.
- 1 sudu besar pes halia (halia yg dah dikisar)+ pes bawang putih ( bawang putih yg dah dikisar)
- 1/2 cawan air - ikut keperluan.
- 1 sudu besar minyak sapi @ butter
- 1 sudu besar minyak masak.
- 1 kiub pati ayam
- garam
- gula

Cara2:
- Panaskan kuali, masukan 1 sudu besar minyak sapi @ butter dan dikuti dengan 1 sudu besar minyak masak....Sebelum anda mula menumis , satukan semua bahan2 rempah diadunkan dengan sedikit air untuk dijadikan pes rempah...
- Masukkan pes halia bawang putih bersama bahan2 rempah yg telah diadun dgn sedikit air tadi.......bila minyak dah panas,tumiskan sekali semua..Bila warna gorengan anda mula kuning keemasan atau pecah minyak, masukkan isi daging @ ayam dan sedikit garam... Api jangan kuat ye..
- Bila hirisan daging dan ayam @ daging mula bertukar warna kepada keperangan masukkan masukkan sedikit air, tutup kuali... Biarkan isi hirisan ayam @ daging masak sepenuhnya dengan api yang kecil... Ia akan menjadi kari yang agak pekat...
- Bila ayam @ daging telah masak, buka tudung kuali dan masukkan hirisan kobis @ celery dan hirisan bawang dan hirisan cili hijau serta pati ayam..kemudian masukkan kentang yg telah direbus & dipotong dadu tadi.. Kentang tak perlu masuk awal sbb kita dah rebus terlebih dahulu, jadi kentang dah empuk ye..
- Biarkan seketika sehingga ia menjadi agak-agak kering...Rasa inti anda... Sekiranya perlu, tambahkan garam yang secukupnya dan gula secukup rasa...Keluarkan dan simpan...Bahagi2kan inti ini kepada beberapa bahagian untuk dijadikan inti murtabak...



Close-up sikit gambar murtabak ni, bagi meleleh sikit air liur yang memandang heee, tapi taklah hebat sangat pun murtabak ni, yang empunya resepi lagi hebat, sebab kaknoor ni dah jadi kebiasaan nak satu benda tu dengan cepat, malas nak gi kedai beli daun sup untuk hijaukan inti nya, jadi apa yang ada kat dalam petiais itu je yang di letak haha...

14 comments:

  1. tergoda pula bila tgk roti canai tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. roti lembut dan rangup special tu adda

      Delete
    2. roti lembut dan rangup special tu adda

      Delete
  2. Ya lah Kak noor telan air liur tengok murtabak...rajin sungguh kak noor buat roti canai sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada yg nk makan mesti jadi rajin jugak Saniah kan

      Delete
  3. roti canai yg lembut mmg sedap..pekena dgn kari...mmg menjilat jari..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sngt nohas lembut dan panas2 mmg terlajak laria kalau gu dgn kopi lgi adoiii ckp pun tk guna

      Delete
  4. Wah knoor,,tk guna myk sapi ni, bestnya, saya jarang sgt simpan mmyk sapi, soo, mcm best je, tapi nk tggu breadmaker smmp dulu, baru oder, hi hi

    ReplyDelete
  5. Wah knoor,,tk guna myk sapi ni, bestnya, saya jarang sgt simpan mmyk sapi, soo, mcm best je, tapi nk tggu breadmaker smmp dulu, baru oder, hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg tk guna minyak sapi Zimah best tk berbau minyak sapi sngt lembut dan uummmmm sedapp bpleh try nnt

      Delete
    2. mmg tk guna minyak sapi Zimah best tk berbau minyak sapi sngt lembut dan uummmmm sedapp bpleh try nnt

      Delete
  6. Pernah try buat roti canai jugak....tp bukan ikut resepi ni ....Rasa leceh sangat dah tu tak menjadi, sebab kurang peram kot....Kotnya sebab bukan tangan chef hihi

    ReplyDelete
  7. Pernah try buat roti canai jugak....tp bukan ikut resepi ni ....Rasa leceh sangat dah tu tak menjadi, sebab kurang peram kot....Kotnya sebab bukan tangan chef hihi

    ReplyDelete
  8. JM lak 2 hari berturut2 mkn roti canai kosong garing...fuhh..jilat jari

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home