Satay Kambing Madura Sambal Kecap Memang Sedap

Satay Kambing Madura Sambal Kecap Memang Sedap


Assalamualaikum dan selamat pagi.
Baru - baru ni kaknoor jalan-jalan cari makan kat Brunei ni, anak sulung kaknoor rekemenkan kat Restoren Bali di Bandar Seri Begawan ni, jadi kami yang belum pernah kesana memang ikut saja lah, mungkin jugak kena dengan selera.  Bila dah duduk dan sampai menu, apa lagi nampak di menu nya memang semua nya sedap-sedap belaka, tapi sayang nya tak sempat nak ambil gambar pun.
Yang tersangat bekenan ialah satay Madura tu, memang lain sangat dengan satay kita yang ada kuah kacang, satay ni cicah dengan sambal kicap yang pedas, memang menepati selera kami.
Lepas tu tak puas makan, esuk lusa memang mencari kambing dan terus google cari resepi satay Madura, dan terjumpa lah resepi ni, memang sedapp dan sekejab saja dapat langsai sepinggan satay.
Boleh try pada yang suka mencuba resepi dari luar memang berbaloiii...

Resepi asal nya di SINI tapi kaknoor dah alih bahasa sedikit lah mana yang mungkin ada yang tak faham, terimakasih pada tuan punya resepi ya.


Terpulang sendiri lah nak gandingkan satay ni dengan apa saja atau nak meratah begitu saja, disini sebab tuan tanah suka nasik jadi satay pun makan dengan nasik jugak memang terangkat bila di tambah dengan sambal kicap tu percaya lah...


Cara Membuat Sate Kambing

Bahan Untuk Membuat Sate Kambing Madura Sambal Kecap :

  • 750 gram daging kambing, potong dadu
  • secukupnya lidi satay
Bumbu Sate Kambing Madura Sambal Kecap :
  • 5 helai daun limau purut di hiris  halus
  • 10 butir bawang merah di cincang halus
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk
  • 100 ml kecap manis
  • 2 sudu besar jus limau nipis

Bahan Pelengkap:
  • 40 gm kubis  hiris halus
  • 3 biji tomato  hiris nipis
  • 6 sudu besar bawang goreng sebagai taburan
  • 15 biji  cilipadi  hiris halus
  • 10 butir bawang merah, cincang halus
  • 5 sudu besar kecap manis
  • 1 sudu teh lada hitam tumbuk
  • 2 sudu makan jus limau nipis

Cara Membuat Sate Kambing Madura Sambal Kecap :


  1. Satukan bumbu satay dan daging kambing, perapkan 1/2 ke 1 jam. Cucuklah daging dengan lidi satay  5 potongan daging kambing setiap satu.
  2. Bakar sate didalam pemanggang ajaib atau bara api, sambil disiram dengan baki  bumbu sampai masak.
  3. Sajikan sate bersama pelengkapnya.
  4. Kaknoor dah try memang sedap satay Madura ni sebab terasa ada kelainan sebab ada sambal kicap nya pedas terangkat .



Kalau meratah pun memang sedap sangat mesti tak cukup kalau sikit, lain kali nak buat banyak-banyak kalau satay Madura ni..


  Untuk sambal ni, takde daun limau jadi apa yang  saja lah yang ada. Itu pun dah cukup nikmat rasa nya, sebab kadang kalau satay dengan sambal kacang saja mesti ada yang bosan jugak kan heheee tapi kalau satay ada lah kelainan sikit dan rasa nya pun Alhamdulillah memang tak menghampakan.




Esuk lusa mesti nak kena sekodeng kambing lagi dan buat satay sebijik macam ni.
OKlah jumpa lagi di lain entry ya dengan resepi yang lain.
Selamat menjalankan tugas memasing ya..


11 comments:

  1. terliur saya kak noor, nanti saya nak cuba jugakk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try Eny memang sedap tak jemu di makan

      Delete
  2. Kakak tak pernah lag merasa satay begini KakNoor
    Ada daun limau purut itu yg mesti aroma dia semerbak.

    ReplyDelete
  3. aduh2 kak noor.... meleleh2 air liur tak dan nk lap...

    ReplyDelete
  4. Meleleh tgk satay kak noor ni...sambal kicap pun nmpk sedap

    ReplyDelete
  5. Salam singgah sini kak noor.....satay tu memang buat terliur siapa yang tengok..sedap sangat....

    ReplyDelete
  6. waduh sudah dua resep ketinggalan info, untung yang ini ketahuan, langsung comot resepnya..mantep.

    ReplyDelete
  7. Aduh kak noor..
    Teruja pulak saya nak mencubanya..
    Sebab berulang kali kak noor kata sedap..
    Nanti kalau kak noor selodeng daging kambing tunjuk cara step by step ye kak noor..

    Nampak tadi kak noor update kat FB tapi tak sempat nak komen..

    ReplyDelete
  8. aduHHH JM paling suka daging kambing..tp biasa mkn daging kambing golek je..satay kambing x pernah lagi

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home