Kari Kambing Dengan Betik Dan Kacang Panjang

Kari Kambing Dengan Betik Dan Kacang Panjang


Assalamualaikum dan salam sabtu.
Happy weekend untuk yang bekerja.
Yang jadi surirumah macam kaknoor takde cuti-cuti kan
Hari-hari memasak je, kalau rajin masak yang agak complicated sikit.
Macam resepi hari ni kena tunggu mood rajin ni.
Sebab agak banyak songeh, dengan kerisik nya lagi, santan pun yang perah dengan tangan ni haha..
Jom semak resepi mana tau ada yang nak buat hari ni atau esuk kan...





BAHAN KARI
1/2 kg daging kambing dipotong kecil
betik muda secukupnya di hiris kecil
beberapa tangkai kacang panjang di patahkan
3 sudu besar rempah kari
1 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 biji tomato dadu
2 cawan santan
2 sudu kerisik
sedikit minyak, garam dan gula

BAHAN TUMIS
sedikit katu manis
bunga cengkih dan lawang
buah pelaga.

CARA NYA.
1.  Panaskan minyak dan tumislah bawang merah,  putih dan halia yang telah di tumbuk, masukan bahan tumis dan kacau sehingga layu bawang nya.

2.   Masukkan rempah kari dan cili kisar yang yang telah di bancuh dengan sedikit air panas, masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan.

3.    Masuklah daging kambing tadi, kalau perlu masukkan sedikit air, part ni kena lama sikit atas api untuk melembutkan daging tu.

4.     Bila daging telah lembut boleh lah masukkan, betik, tomato dadu, garam dan gula sedikit atau ikut citarasa sendiri lah .

5.    Akhir nya masukkan kerisik, kacang panjang dan santan dan kacau sebati, dan masak lagi sehingga kuah betul-betul pekat dengan api yang kecil.

6.    Kari daging sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi atau ketupat, atau apa saja kegemaran family, dengan roti pun sodap jugak ni.



Yang best kari ni ada betik // papaya tu.
Sedap manis-manis pedas bila dimakan dengan nasi memang terlajak sedap ni.



Ini pulak versi ayam sebab ada yang tak suka kambing dalam umah kaknoor ni, tukang masak kena kerja lebih sikitlah bila masak kambing, sebab kari ayam memang wajib kena masak jugak. Semua rempah nya sama saja dengan untuk kambing cuma di tukar ke ayam je.
Lepas ni boleh layan lah selera masing-masing, nak ayam ke kambing.
Ok tukang masak boleh lah bersantai kejab goyang kaki...

6 comments:

  1. wala walaaa Kak Noor... tang yang ada betik tu yang cukup membangkitkan selera....al maklumlah kuar yang manis2 buah dari betik tu bila mesra kari bergandalah lazatnya!

    ReplyDelete
  2. Salam, waduh kalau makan dengan roti arab sedap! ni

    ReplyDelete
  3. assalam noor..acik biasa buat masak lomak cili api betik ngan ayam je noor,,kambing pun sedap ye noor

    ReplyDelete
  4. WAH GULAI KAMBING N GULAI AYAM PUN ADA...KALAU ADA YG DUA2 GULAI TU BERSELERA SEDAP SGT TU

    ReplyDelete
  5. Makan pulak dengan nasih panas2....pergghhhhh

    ReplyDelete
  6. Makan pulak dengan nasih panas2....pergghhhhh

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home