Laksa Johor Menu Sebelum Naik Belon

Laksa Johor Menu Sebelum Naik Belon


Assalamualaikum dan selamat malam
Lately memang tak dapat nak update blog pagi-pagi busy macam-macam tugas
Malam baru lah lega sikit.
Ini menu dua hari lepas, anak-anak teringin nak makan laksa johor.
Memang banyak preparation nya, tapi lepas ni memang lama lagi dapat masak utk 
Anak-anak di Brunei jadi susah-susah pun mama ikutkan jugak lah.
Esuk lusa dah nak fly tinggi2 berjumpa anak-anak yang jauh, dan memasak jugak 
Untuk yang disana, sebab kemana saja kaknoor pergi memang tak dapat lari dari dapur haha...

Resepi ni dah ulang tayang banyak kali ni dah, mana tau ada yg ter miss dulu boleh try resepi ni ya adinda-adinda blogger semua.





Bahan-bahan nya untuk kuah

  • 500 gm ikan tenggiri direbus dan diambil isinya ( ikan kembong pun boleh )
  • 4 sudu besar kerisik
  • 3 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu cili kisar
  • 3 keping asam keping
  • 1/2 cawan udang kering kisar halus
Bahan kisar halus
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 batang serai
  • sedikit halia dan lengkuas
  • 1 sudu ketumbar kak Noor goreng kejab dan blend
Bahan untuk kuah
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 batang serai di titik
  • daun kesum secukupnya
  • 1 sudu air asam jawa
  • 2 sudu besar gula
  • 1 batang bunga kantan
Bahan tabur
  • 1 batang timun dhiris nipis dan dipotong bulat macam gelang tu
  • 1 labu bawang besar dihiris nipis
  • limau kasturi atau nipis secukupnya 
  • kacang panjang dihiris kecil
  • taugeh segar secukup nya
  • bunga kantan hiris
  • daun kesum hiris kecil
Cara membuat kuah nya
  • Rebus ikan bersama 6 cawan air dan asam keping hingga mendidih dan empuk,toskan ikan dan asingkan tulang dari isi nya, simpan air rebusan ikan 
  • Kisar isi ikan dengan mencampurkan 2 cawan air rebusan, ketepikan
  • Panaskan 1/4 cawan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar hingga wangi, masukan cili kisar, rempah kari dan kerisik dan masaklah sehingga pecah minyak, gunakan api yang perlahan dan sentiasa dikacau
  • Tambah sedikit air rebusan,masukan isi ikan, ketumbar, udang kering dan tumislah hingga wangi.
  • Masukan kesemua air rebusan dan santan biarkan sehingga kuah mendidih, tambah air jika terlalu pekat
  • Masukan serai, daun kesum dan bunga kantan dan air asam jawa, garam gula dan biarkan merenih lama2 atas api makin lama di renih makin sedap
  • Kak Noor buat sehari awal kalau nak jamu tetamu tapi kalau emergency memang dan dan buat bila teringat nak makan 




Oklah ya selamat menjamu mata-mata anda ya.
Kalau nak jamu selera kena lah rajinkan diri kedapur 
Kalau ada permintaan nak makan memang kita jadi rajin nak masak.
Tak percaya kena tanya KAK ZAKIE heheee


14 comments:

  1. Salam kak, bila terbangnya kak, lepas ini dapur bersiaran dari UK ler kan.

    ReplyDelete
  2. Nak try buatlah..menarik hati sangat.

    ReplyDelete
  3. Lepaih ni buat laksa UK plak ya.

    ReplyDelete
  4. Selamat berangkat kak...

    Seru2 sikit nama saya kak moga2 ada rezeki sambung belajar ye kak...

    ReplyDelete
  5. Laksa johor memang terbaik.
    Lama ke noor diUK...selamat bercuti.

    ReplyDelete
  6. Lama sungguh tak masak laksa johor ni Noor... terliuq sudaaaa!
    Selamat bercuti2 ya...

    ReplyDelete
  7. Salam Kak Noor..sedapnya...sy suka gak laksa johor ni..Safe journey ye kak noor.. ;-)

    ReplyDelete
  8. Emmmm dapnya menjamu mata kak noor :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home