Nasi Ayam & Ulaman Sukahati

Nasi Ayam & Ulaman Sukahati

ASSALMUALAIKUM 
Salam sejahtera pada yang masih sudi singgah.
Resepi mudah yang selalu sangat kaknoor share kat sini
Tapi kali ni kaknoor gandingkan bersama ulaman yang ada kat umah.
Salad mesti ada kalau nasi ayam kan!! terung ulam, kacang panjang dan tomato.
Nasi nya masih resepi lama yang selalu kaknoor guna.
Memang sedap tak nak tukar resepi lain sebab dah jatuh cintan cintun dengan resepi ni.





Nasi Ayam

Bahan Ayam
1 ekor ayam
1 inci halia
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah

Bahan Perap
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar madu
1 sudu besar minyak bijan

Cara memasak ayam
1.    Kisar bawang merah, bawang putih dan halia.
2.    Perap ayam dengan bahan kisar selama 30 minit.
3.    Masak air sehingga mendidih dan masukan ayam perlahankan api sehingga ayam setengah masak.
4.    Angkat ayam dan tos kan, kemudian perap lagi dengan bahan perap lebihkurang 30 minit.
5.    Gorenglah ayam dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
6.    Angkat dan baru lah di potong kecil


Bahan Nasi Ayam
5 cawan beras wangi
2 sudu mentega
5 ulas bawang merah kisar
2 ulas bawang putih kisar
1 inci halia kisar
3 helai daun pandan
1 cawan susu segar
1 kiub ayam
Sedikit garam
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga

Cara memasaknya
1.    Panaskan mentega dan tumis lah bahan kisar dan bahan rempah sehingga wangi.
2.    Masukan separuh daripada air rebusan ayam tadi.
3.    Tambahkan susu segar, garam, daun pandan, kiub ayam
4.    Masukan beras yang telah di cuci jugak separuh lagi air rebusan ayam.
5.    Lebihkan sukatan air 1 cawan dari sukatan beras.
6.    Masukan beras didalam rice cooker dan masaklah seperti biasa kaknoor guna noxxa 7 minit dah siap.
7.  Sudah nasi tanak taburkan sedikit safron di atas nasi biarkan 10 minit, baru di kacau.



Bahan Sambal Nasi Ayam

10 biji Thailand
5 biji cili besar
4 ulas bawang putih
½ inci halia
1 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil minyak bijan
Sedikit air rebusan ayam
Cara memasaknya

1.    Kisar cili Thailand, cili besar, bawang putih dan halia.
2.    Jangan terlalu halus biar sedikit kasar.
3.    Masak di atas api yang sederhana tambah kicap manis, garam, gula, cuka, minyak bijan dan sedikit air rebusan ayam.
4.    Masak sehingga pekat dan berkilat angkat.


Bahan Sambal Kicap

Tumiskan sedikit bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak bijan, tambahkan kicap manis dan masin dan air rebusan ayam, masak sehingga mendidih dan angkat.




Paling mudah disediakan kalau menggunakan noxxa.
7 minit je dah siap.
Yang takde noxxa boleh guna resepi kat atas ya...

17 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah, nieza anak2 suka mama pun happy

      Delete
    2. Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111




      (((( BUKA BLO DANA GHAIB DAN NOMOR GHAIB MBAH RAWA GUMPALA ))))







      Ass...saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH RAWA GUMPALA atas bantuan nomor dan dana ghaibnya,alhamdulillah kini saya sudah bisa membuka usaha kembali yang dulunya pakum karna masalah faktor ekonomi dan kini kami sekeluarga sudah sangat serba berkecukupan dan tidak pernah lagi hutang sana sini,,bagi anda yang punya masalah keuangan jangan sungkan-sungkan untuk menhubungi MBAH RAWA GUMPALA karna insya allah beliau akan membantu semua masalah anda dan baru kali ini juga saya mendaptkan para normal yang sangat hebat dan benar-benar terbukti nyata,ini bukan hanya sekedar cerita tapi inilah kisah nyata yang benar-benar nyata dari saya dan bagi anda yg ingin seperti saya silahkan hubungi saja MBAH RAWA GUMPALA di 085==316==106==111

      Delete
  2. sedapnya terliur dibuatnya sambalnya sesuai utk cicah ulam apa saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita yg buat dia P boleh saja cicah dgn apa benda pun kan

      Delete
  3. huh mengancam warna nasi ayam....ayam pun nampak lembut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Yan mesti menepati selerA kali ni kan hehhe

      Delete
  4. baru nk kul12 tp rasa lapar sesangat nengok kak noor nyer menu nih

    ReplyDelete
  5. Lain kali kalau kak Zai nak masak nasi ayam nak ikut resepi nor sbb guna susu segar tentu nasi dia lg sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, kakzai mesti try sedappp kalau ada sikit susu dlm ni

      Delete
  6. Ulam sukahati tulah yg tambah sedap kak noor..
    Dah lama saya tak masak nasi ayam..
    Nanti nak cuba resepi kak noor lah :)

    ReplyDelete
  7. lapar plak bila tengok nasi ayam kak noor..

    ReplyDelete
  8. Mesti lapar bila terjah blog kak noor. Hii.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home