Resepi Kacang Foul//Pool

Resepi Kacang Foul//Pool


ASSALAMUALAIKUM 
Salam isnin dan selamat berpuasa rejab pada yang berpuasa hari ni.
Ini menu semalam hari ahad semasa breakfast.
Terimakasih pada  adinda ASMA' yang sudi bagi free je kacang foul ni,puas lah makan lepas ni.
Dah beberapa kali cari kat kedai asyik takde saja. 
Tapi bila dah rezeki tu, tut tut ada pulak yang mengorffer kacang foul ni 3 tin lagi...
Macam orang mengantuk di surungkan bantal lah.
Terimakasih daun keladi naa Asma' lain kali boleh bagi lagi hehee...
Jangan marah tau!!

Kebetulan kat rumah memang dah ada roti Peranchis tu, memang kena lah bakar roti terus menggodek kat dapur dengan bahan-bahan yang lain.




Resepi Kacang Pool
Bahan-Bahan:
1 tin kacang foul/pool
400gm daging kisar @ 2 keping daging burger
2 sudu minyak sapi atau butter
1 sudu serbuk kari daging
1 biji bawang holland (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (dicincang)
garam, gula dan air secukupnye
Bahan Hiasan –
1 batang cili merah atau hijau
daun sup hiris 

telur mata separuh masak
Cara Membuat:
1. Hancurkan kacang panggang yang telah dibuang air.Suka kacang bulat-bulat so tak hancur pun.
2. Panaskan minyak sapi atau butter hingga cair. Kemudian, tumis bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan kacau. Kalau suka boleh jugak letakkan serbuk cili untuk pedaskan inti ni.  Gaulkan bersama daging kisar dan kacau sehingga daging masak.
4. Masukkan kacang panggang bersama garam dan gula. Selepas itu, masukkan air secukupnya jikalau nak berkuah lebihkan air.
5. Tunggu sehingga masak. Seterusnya, pecahkan telur dan masak telur sehingga menjadi separuh masak.
6. Hidangkan bersama cili, daun sup, dan juga roti bakar.



Sila telan air liur ya pada suka sangat dengan kacang foul ni.
Boleh lah rajinkan diri kedapur.
Tak susah sebenarnya asalkan ada kacang foul tu.
Kat Brunei ni susah sangat nak jumpa kacang ni.
Nasib baik ada adinda disini yang bagi kacang ni hilanglah rasa teringin  
Ada lagi 2 tin mesti akan di buat lagi dan lagi.


28 comments:

  1. salam mak tok , yana pernah dengar je makanan ni makan tak pernah

    ReplyDelete
  2. Waalikmuslm yana
    Maktok pun bru2 ni je mkn dulu2 tkpernah jugak, so far bru 2x hehee

    ReplyDelete
  3. Waalikmuslm yana
    Maktok pun bru2 ni je mkn dulu2 tkpernah jugak, so far bru 2x hehee

    ReplyDelete
  4. Kalau tempat kakak ni dah jadi perkara biasa KakNoor
    Kakak kalau ke terminal bas larkin jemput anak balik ada masa singgah belilah juga
    Buat sendiri tak lagi hihi... makan bayar je:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan bayar lebih mudah, dan bersih tngan kakzakie dpd buat sendiri berpeluh2 tpi peluh sendiri lah hehee

      Delete
  5. sedapnya kacang pool mkn dgn roti yg tau mkn kacang pool rebus je.

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak.... cuma kalau yg biasa dana makan kacang poolnya lebih berkuah gitu....
    naper lah akak nih rajin betul msk sedap2 nih huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berkuah jugak tpi dh lama2 teekering dana hahaaha
      Alhmdulillahh rJin cikittt je

      Delete
  7. Assalamualaikum Kak Nor...sebelum saya pertama kali makan kacang pool ni, tak pernah pula jumpa kacang ni,,,,bila dah makan, kerap pula jumpa...kat pasar pagi di Langgar pun ada....

    terima kasih atas resepi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yakah fida kaknoor belum pernah mkn dikedai kcg ni tunggu balik kedahlah nk try yg kedai pulak

      Delete
  8. assalamualaikum kak...apa khabar...

    yan tak pernah masak macam ni....sebab tak kena ngan tekak....huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmuslm yan
      Tkpe kalau, tk ngam dgn tekak tiada paksaan dlm perkara ni kan

      Delete
  9. Teringin juga nk buat sendiri kak noor tapi belum pernah lagi.Nanti nk buat ikut resepi.kak noor lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try lah, saniah resepi simple2 je dan mudah sngt pun

      Delete
  10. ada sesetengah org tak reti mkn kacang pool ni kan kak...saya pulak suka sangattttt...

    ReplyDelete
  11. Tak pernak try buat lagi la Makcik Noyah, teringin pula bila tengok makcik noyah post gambaq tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Noriza kacang foul ni bkn resepi belah kita ciknoyah pun baru berjinak dgn si foul ni mmg sedap letak cabai bg pedas2 sikit gerenti tk cukup roti ni

      Delete
  12. Teringin juga nak mkn kacang pool ni..
    Selalu orang Johorian jer cerita kat blog dorang dok mkn kak noor..
    Nanti nak cari lah kacang panggang ni ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah yatie makanan org johor kacang foul ni kaknoor ikut2an lah tpi oklah apa cuba yatie try mesti sedap

      Delete
  13. KN.....saya dah beli kacang foul ni tahun lepas tak silap. Akibat terliur tengok entri org. Tp sampai sudah saya belum masak lagi hihi....

    Bila KN cite pasal kacang foul ni teringin pulak nak masak esok hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waduh hanom dh lama beli kacang ni entah2 dh expired ape kacang tu hahaha awat lama nk tunggu rajin ni Nom!!!

      Delete
  14. Kakkk, saya tk kenal pun camane rupa kacang pool ni, hu hu.
    Kak, byk dah resepi akk and kak PI saya simpan dlm screen shoot, entah bila nk buatnya entah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke Zimah tk tau kacang ni, itulah kaknoor pun terlupa nk ambik gmbo tin kacang ni insya ALLAH nnt akak snap ye

      Delete
  15. Kesian KakNoor ya sampai kena buat sendiri. Kita kat sini pergi Presint 9, Putrajaya aje kak nak beli kacang pool ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah MD kan kaknoor pun mcm nk nangis je ni sbb kacNg foul tkde jual kt sini huhuuu macam nak terbang balik skrg jugak nk cari kacang foul ni MD

      Delete
    2. Itulah MD kan kaknoor pun mcm nk nangis je ni sbb kacNg foul tkde jual kt sini huhuuu macam nak terbang balik skrg jugak nk cari kacang foul ni MD

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home