Baby Carrot ~ Scotch Bonnet ~ Sambal Tumis

Baby Carrot ~ Scotch Bonnet ~ Sambal Tumis



ASSALAMUALAIKUM 
Rasanya lama jugak tak ber update blog ni kan.
Begitulah bila tiba waktu-waktu sibuk yang tidak terkawal
Blog di biarkan sepi kan
Jadi perantau ni memang banyak nak kena buat terutama nya bila ada family disini.
Alhamdulillah sekarang ni sudah settle banyak perkara boleh lah mengupdate blog semula.
Untuk refreshing jom tengok gambar baby carrot ni dulu ya
Syok tengok baby carrot ni, tomey2 je macam nak telan je sebijik2 tu.
Di tambah cili scotch bonnet tu yang pedas menggila.
Memang merancang membawa sambal tumis kosong je dari Brunei
Disini cuma tambah bilis je sangat nikmat makan dengan nasi putih.



Mesti ada tangan yg ingin menggapai kan




Peminat setia scotch bonnet kalau ke UK ni



Macam-macam bentuk cili ni sebenarnya, nampak tak macam topi je kan



Semua nya sedang bersantai menunggu giliran untuk di masak hehee



Sambal tumis biasa je pun tapi bila makan di tempat sejuk macam ni nikmat nya memang luarbiasa sedap nya kan...


  Sepanjang jalan ke majlis graduation memang keja dok amik gambar je


 Macam-macam gelagat omputih ni..


 Santai-santai dulu Pak Haji sambil menunggu masa untuk masuk kedalam dewan


Punya lama untuk pakai gaun tu adoiii letak pin sana sini supaya tak jatuh haha, Pak Haji pun sibuk jugak tu nampak nya kan..

Oklah ya esuk2 tulis lagi,sekarang dah pagi disini belum breakfast ni...

1 comment:

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home