Cream Cheese Brownies Resepi Dari Pinterest

Cream Cheese Brownies Resepi Dari Pinterest

ASSALAMUALAIKUM 
Duduk kat UK ni memang taklah sesibuk di Brunei
Yang wajib disini hanya masak je, jadi banyak masa terluang disamping dah buat yang sunat2 
Masih lagi ada masa disebabkan waktu siangnya yg sangat panjang.
Waktu Subuh bermula 3.30 pagi, lepas tu Maghrib pulak pukul 9 malam baru gelap
Jadi memang siang nya dah tak tau nak buat apa kalau tak jenjalan.
Jadi sementara anak-anak belajar kaknoor pun merayap ke Pinterest
Sanggup translate resepi orang putih ni untuk nanti nak buat masa balik ke Brunei
Disini anak-anak tak banyak kelengkapan jadi sabo je lah
Jenjalan di Pinterest terjumpa resepi yang menarik ni.
Jadi translate lah supaya senang buat rujukan
Kalau ada yang nak try dulu sebelum kaknoor silakan
Nampaknya memang sedap sangat tu.



CREAM CHEESE BROWNIES 
RESEPI PINTEREST

BAHAN NYA
1 cawan mentega sejuk
2 cawan gula
4 biji telur
8 sudu besar serbuk koko 
1 1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

BAHAN CREAM CHEESE
250 gm cream cheese sejuk
1/2 cawan gula
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit garam

CARA NYA
1.   Pukul mentega, gula dan telur sehingga berkrim dalam 3-4 minit
2.   Dalam mangkok lain campurkan tepung, koko dan garam gaul sebati.
3.   Masukkan campuran tepung kedalam adunan mentega dan pukul sehingga rata.
4.   Griskan loyang, masukkan 2/3 daripada adunan kedalam loyang dan ratakan dan ketepikan.
5.   Pukul cream cheese sehingga lembut, masukkan gula, telur,vanilla dan garam.
6.   Pukul sehingga lebihkurang 3 ke 4 minit.
7.   Tuangkan adunan cheese keatas adunan brownies dan ratakan.
8.   Sudu kan lebihan adunan brownies di atas adunan cheese dan rata kan.
9.   Dengan menggunakan lidi loreklah bentuk marble ikut kreativiti sendiri.
10. Bakarlah dalam oven yang telah dipanaskan selama 30-40 minit 150'C 
11. IKutlah kepanasan oven sendiri lah ya kalau oven terlalu panas kurangkan lah suhu nya.
12. Dah masak boleh lah dikeluarkan dan dipotong.












Mana tau ada yang chop nak buat time raya ke, memang cantik dah tu.
Kak noor pun macam tak sabar je nak buat
Tapi itulah kalau tak cukup kelengkapan susah jugak..

5 comments:

  1. Wallah.....melekit lekit , creamy gitu KN....Tengok gambar pun mcm dah separuh pitam rasanya kalau makan ni sure saya fengsan KN hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kann boleh try la Anom utk raya nnt mesti ramai yg pengsan nnt

      Delete
  2. Assalamualaikum..
    Akk sedapnyer akk saya dah buat resepi akk bagi nih menjadi.. ank2 suke sangat makan. mintak halalkan yer..

    http://mummyumardian.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalm dear
      Mmg dah halalkan resepinya
      Thanks sudi mencuba ya

      Delete
  3. sedap tu brownies.. boleh menitik air liur nih..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home