Jalan - Jalan Ke University Of Nottingham & Park Disekitarnya Part 1

Jalan - Jalan Ke University Of Nottingham & Park Disekitarnya Part 1


Semalam cuaca di Nottingham ni agak sunny jadi anak kaknoor ajak jalan di sekitar park dan Uni.
Memang lama jugak dok memerap kat rumah sebab sekarang diaorang disini sedang study leave.
Mula-mula masuk park ni tengok gelagat  orang sini bersantai dan bermain.
Diaorang disini pantang hari panas sikit memang nak santai kat matahari.
Berlainan sangat dengan kita kan asal panas sikit lariii masuk dalam rumah heee
Lagipun disini mungkin jarang merasa panas, selalu dok rasa sejuk je kan..
Jadi bila sesekali panas tu memang tak lepas peluang lah bersantai kat luar.



First jumpa sign board park ni
HIGHFIELDS PARK 
Macam-macam ragam ada kecil besar tua muda semuanya cari peluang bersantai..



Ini di khususkan untuk taman permainan kanak-kanak
Ramai jugak ibu-ibu yang bawa baby bersantai disini
Kaknoor pun tumpang lalu jugak lah sebab nak ke Uni anakanda kaknoor
Melalui kawasan ini.



Sepanjang ke Uni jugak ada tasik besar yang menenangkan mata memandang.
Bot-bot pun disediakan untuk yang teringin nak mendayung.
Kita tumpang tengok je lah orang mendayung  kan
Takyah lah susah-susah jalan kaki sepanjang tasik pun dah cukup gumbira



Mesti nampak kan bot atau sampan merah dan biru tu.
Mungkin masa kaknoor jalan masih pagi jadi tak ramai pun yang naik bot ni.
Ada lah sorang dua, mungkin kalau cuaca nya panas hingga petang memang ramai rasa nya kan.



Ditebing sungai tu ada sepasang itik sedang membuat sarang.
Nampak tak yang sedang berdiri membawa daun utk dijadikan sarang
Mungkin nak bertelur kot 
WALLAHUAKLAM
Namanya pun itik nak jugak bertelur di dalam air tu sedangkan di darat ni cukup luas
Langsung tak menarik hati kot kannn..



Tumpang sekaki makcik veteren ni
Biarlah di blurkan wajahku yang tak comel pun haha..



 Nampak kan ada jugak yang teringin mendayung tu.


Ini lah kawasan sekitar Uni Of Nottingham tu.
Tapi diseberang sungai sana 
Kak noor ambik gambar je tak sanggup naik bukit
Lagipun kawasan nya tersangat lah luas dengan bermacam fakulti
Jalan dibawah pun cukup lah tu..



Lagipun terjumpa itik di kawasan ni memang dimana ada air disitu ada itik dan burung
Macam-macam pesen itik ni
Kecik beso semua ada...



Nampak tak rumput-rumput yang berbunga putih tu..
Ada tempat rumput nya berbunga kuning
Sungguh memikat kan
Tak sanggup rasanya nak pijak bunga-bunga rumput ni.



Kejaiban yang di ciptakan oleh ALLAH
Dinegeri empat musim ni
Syukur ke hadrat ALLAH masih sempatkan kaknoor 
Untuk melihat semua nya ini.
Alhamdulillahh



Masih lagi perjalanan ke Uni anakanda kaknoor
Memang besar sangat sampai lenguh kaki nak sampai
Terpaksa transit sekejab di kerusi
Baru meneruskan misi


Diakhiri dengan gambo itik lagi
Sambongan esuk ya 
Insya ALLAH

12 comments:

  1. Sesekali kuar dapur...terasalah betapa luasnya dunia ini he he heeee.....

    ReplyDelete
  2. Sesekali kuar dapur...terasalah betapa luasnya dunia ini he he heeee.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mie nampak nya kena selalu kuar dari area dapur yang sempit
      kena tengok dunia luar yg tersangatlah luas nya

      Delete
  3. betullah kak nor depa ni mmg suka panas..sbb depa dah jemu sejuk manjang
    lainlah kita ni..mana ada musim sejuk hihihi
    best dpt round2 pusing2 kat situ..byk gak spot2 yg menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang musim spring macam ni depa sangat teruja sanggup buat kerja di luar,makan kat luar asalkan dapat cahaya matahari, restoren pun letak kerusi kat luaq tau
      tapi kaknoor malu nak ambik gambar orang makan kt luaq sebb depa dok tengok hahaaa

      Delete
  4. CANTIK SUNGGUH VIEW ALAM SEKITAR UNI TU NOOR..BUNGA2 RUMPUTNYA PUN MMG XKAN PIJAK BILA LALU TU..CANTIK SUNGGUH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah tu P tak tau nak pijak kat mana sebab sayangkan bunga-bunga rumput heeee
      ciptaan Allah yg sungguh menakjubkan

      Delete
  5. rumput yg cantek. dh macam pokok munge rumput. achaner tu..? he3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg rumput tu berbunga Leez
      Sampai, syg nk pijak takut teekena bunge

      Delete
  6. Teringin selpie jugak rupanya hihi.... KN, sapa kata KN tak comey?....KN comey tau, dahlah pakar masak tambahlah kecomelannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org veteren skrg ni Anom tk malu kan suka sngt nk selpie tk sedo diri lah tu, lain lah Anom comey lotey

      Delete
  7. cantik rumput yang ada bunga putih tu.. memang panas betul kan..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home