Mi Kolok Cara Ku Yang Simple

Mi Kolok Cara Ku Yang Simple


Selamat petang semua nya 
Dah penat-penat berjalan jom kita main masak-masak pulak yuk
MUMMY DEARIE ada bertanya pasal mee yang kaknoor beli dalam troli hari tu kan
Belum lagi sempat masak asyik dok jalannnn je
Jadi petang ni kaknoor tayangkan mi kolok yang dimasak semalam
  My doter minta mi kolok daging ni.
Resepi nya pun dah lama ada dalam blog jom semak semula 
Kot kot ada yang terbekenannn...


MI KOLOK ALA KAKNOOR

BAHAN NYA
1 peket mee mentah di rebus / tos kan dan gaul dengan minyak bijan.
200 gm daging / ayam di potong kecil
200 gm limpa jika suka di rebus sehingga lembut / tos kan hiris nipis
3 ulas bawang putih cincang
1 sudu minyak bijan
1 sudu minyak biasa
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
1 sudu kicap manis
1 sudu kicap masin
air secukup nya
sedikit tepung jagung

BAHAN TABUR
Sedikit daun bawang, taugeh, limau kasturi, sambal kicap, sambal merah dan bawang goreng.

CARA NYA
1.  Panaskan minyak bijan dan minyak biasa tumis lah bawang putih sehingga wangi, masukan daging.
2.  Kacau sehingga daging kering air, masukan sos tiram, kicap manis, kicap masin dan sos ikan.
3.  Tambah air secukupnya ikut kepekatan sendiri.
4.  Bancuhkan tepung jagung dan masukan kedalam kuah, rasa lah ikut kesesuaian,boleh tambah apa-apa yang kurang.
5.  Cara menghidang, masukan mee yang telah di rebus dalam pinggan, letakan bahan sampingan dan kuah secukupnya.

Yang kat atas tu resepi asal lah ya, tapi yang kaknoor buat kat UK seadanya saja
ada jugak bahan yg kurang jadi terpaksa adjust lah sikit-sikit.




Nasib ada taugeh sebab taugeh memang fav tukang masak ni, limau kasturi di gantikan dengan limau nipis, sebab limau nipis banyak pulak disini, dan yang hijau tu kaknoor letak baby bayam



Ni mee kering yang jenis yang agak besar, kalau mee kolok asli Sarawak tu guna mee mentah yang lebih kecil dan bulat-bulat, syukur jugak dah ada mee besar ni kalau tak memang tak merasa nak makan mee kolok ye dak!!



NI sambal cilipadi nasib baik ada kedai Thailand yang berdekatan disini, dapat jugak beli cilipadi.
Kalau di supermarket disini hanya jumpa cili besar yang kurang pedas, tapi kalau nasib baik dan musim scotch bonnet memang tak lepas peluang beli cili terpedas ni.


Ini lah jadi nya mi kolok tu tu dah siap2 dalam mangkok di bawa naik kebilik untuk makan
Lebih selesa katanyaaaaaaaaa hahaa
Sambil buka laptop sambil makan lebih besttt kannn...



CLOSE-UP sikit mi kolok ni
ADA tak yang tergoda?
TAK SUSAH pun kan cer baca resepi betul2
DAN kalau nak short cut pun boleh jugak
POTONG Lah yang mana-mana suka 
SEBAB kita yang buat dia kannnn


14 comments:

  1. Assalam kak noor..
    Mee kolok sedapnya...kita dah lama tak buat..
    Versi kak noor ni yg jenis basah sebab berkuah ya...
    Kita suka makan mee kolok..dapat makan panas2 Best ni..lagi2 kalau kat sana
    Sejuk kat luar...1 mangkuk pasti tak cukup...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalam Ayu
      Kaknoor masak ikut permintaan sbb anak ni suka yg basah maka nya lgipun versi ni mudah menelan heheehe

      Delete
    2. Waalikmusalam Ayu
      Kaknoor masak ikut permintaan sbb anak ni suka yg basah maka nya lgipun versi ni mudah menelan heheehe

      Delete
  2. Salam Kak Noor...wah,best ni tgk pon dah nampak sedap!.Atie ni jakun sikit..tak pernah lg mkn mee kolok..biasa nampak kat TESCo..tp xpernah beli pon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalm Aza mesti try beli baru tau apa rasa nya ye dak, anak2 kaknoor fav sngt dgn mi kolok ikutkn je selagi trdaya

      Delete
  3. Assalam noor..mi kolok di london lbh sedap citarasanya kot sbb jarang dpt rasa kan noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada yg suka sdp lah P mi kolok ni sos tu pun ada campur stoberi sikit utk melondonkan mi kolok ni haha

      Delete
  4. Mee kolok made in UK... gittew ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dimana saja ada mi kolok huda hatta di uk haha

      Delete
  5. Replies
    1. Boleh lawan tak dgn mi kolok brunei faezah hehe

      Delete
  6. Saya pun teringin nak makan mi koloklah, KakNoor ~_^

    Mudah aje kalau tengok resepi ya, KakNoor. Kalau saya buat ni, entah manalah yang boleh saya shortcutkan tapi yang penting rasa tak lari, betul tak KakNoor?

    ReplyDelete
  7. sedap mi kolok.. tetiba teringat..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home