Mini Chocolate Hazelnut Ches Pies

Mini Chocolate Hazelnut Ches Pies


Assalamualaikum
Duduk kat UK memang tak banyak benda nak buat.
Selain dari memasak memang main laptop dan hp je
Yalah hari ni kaknoor rajinkan diri translate resepi dari pinterest ni
Sebab kita orang melayu mesti nak resepi yang tulis melayu ye dak
Supaya senang dan faham
Jadi kaknoor secara sukarela translate ni tak tau sikit-sikit
Tanya anak-anak haha..



BAHAN NYA
1 frozen pie atau homemade pie
2 sudu besar mentega cair
2/3 cawan gula
2 sudu besar serbuk koko
1 biji telur
1/2 sudu teh vanila
1/4 sudu teh hazelnut extract
1/3 cawan hazelnut coffee creamer
1/2 cawan hazelnuts cincang

Kalau tak ada hazelnut coffee creamer boleh gantikan dengan susu dan 1/2 sudu kecil hazelnut extract ya.

CARA NYA
1.  Panaskan oven 160'C dan griskan mini muffin pan
2.  Gelekkan adunan pie dan potong 2 inci bulatan dan tekan dalam muffin pan.
3.  Mungkin dapat dalam 18-22 mini pies
4.  Pukul butter, gula, koko dan telur sehingga kembang
5.  Campurkan coffee creamer dan hazelnut extract dan kacau rata.
6.  Sudukan filling di dalam setiap crust dan taburkan dengan hazelnuts potong.
7.  Bakar 13 - 15 minit sehingga nampak keperangan.
8.  Sedia untuk di santap.




KALAU TAK ADA FROZEN PIE BOLEH GUNA RESEPI HOMEMADE KAKNOOR NI

Resepi  :  Chicken Pie
Olahan  :  Bicara Kak Noor

BAHAN  KULIT TART
6 oz mentega
12 oz tepung gandum
1 biji telur
50 gm gula icing
sedikit garam

CARA
  • Uli semua bahan-bahan sampai jadi pastri 
  • Masukkan 30 minit dalam petiais supaya bila kita bakar pie ni tak terturun
  • Maksudnya kalau terus buat bila dah masak pie ni akan mengecil dan pendek.


Dirumah budak-budak tak cukup alat kelengkapan jadi terpaksa bersabar untuk mencuba resepi ni sehingga balik kerumah sendiri baru best semua nya ada kan
Hidup merantau gini lah kan serba serba kekurangan huhu..


24 comments:

  1. wahhh kak noor betul-betul power la bab masak masak ni..malu saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahaiii power lah sangat dear Idzwa, ikut resepi orang jugak ni
      cuma translate dulu nnt buat hihi

      Delete
  2. Salam Jumaat Kak Noor... wahhh dah mcm masakan kt hotel sy tgk.. hehee
    seronok dok UK ye kak... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumusalam Atie
      hotel yg takde bintang pun Atie hahaa
      syok negeri orang tak sama dgn negara sendiri ye dak

      Delete
  3. salam kak noor, rajinnyaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Liza sbb tak banyak kerja disini jadi translate yang mana bekenan nanti balik umah sendiri baru start projek hehe

      Delete
  4. Salam kak...
    wahh menarik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikumuslam Mun
      boleh try suatu hari nnti Mun resepi dah adoo

      Delete
  5. sedapnya..chocolate n hazelnut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada yang nut apa2 nut pun memang menarik hati nak try nohas kan

      Delete
  6. Memang pun KN....nak yg melayu senang nak paham hihi....Kang nak baca resepi je dah separuh hari bila pulak nak buat kuihnya hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Anom dah buat kaji selidik kaknoor
      bila letak resepi bahasa inggeris mesti ramai yang tawar hati nak LIKE
      tapi bila letak melayu berpusu2 like haha
      orang melayu mestilah suka yg melayu ye dak
      walaupun ramai orang melayu yg pandai omputih tapi
      ramai lagi melayu yg suka resepi dalam bahasa melayu
      buat tau suatu hari yg rajin ya

      Delete
  7. Kalau dah pakar masak tu,campak celah mana, takde kelengkapan pun tetap boleh masak ye kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduyaiii pakar apa nya Ain sekadar ikut resepi orang je lah
      thanks lah ya tersesat kat blog kaknoor ni heheeee
      jgn marahh haha

      Delete
  8. WAH JADI PENTERJEMAH PULA YA NOOR SEJAK DUK UK..OKLAH TU BOLEH RAMAI BERKONGSI RESEPI ENAK ORG UK KAN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yalah P kadang dah tak tau apa nak buat
      buat benda yg sama je kan
      sesekali jadi penterjemah la pulak kann
      syok juga ni job baru heee

      Delete
  9. naper menggoda sgt mini pies akak nih...
    geram dana nengok...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dana, yg ni belum lgi akak try baru try translate je resep tu

      Delete
  10. menjejes ayaq liur kak noor woiii
    sodap baq hang haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wajib try ni El bila dh menjejes means tersngt sedappp tu

      Delete
    2. Wajib try ni El bila dh menjejes means tersngt sedappp tu

      Delete
  11. Mampu tengok je kak noor. Nak buat tu, memang payahlah. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkpe pelan2 lah siqah mana tau suatu hari berminat kan

      Delete
  12. sedapnya kalau boleh buat kudapan di petang hari nih..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home