Nasi Kerabu Made In Nottingham United Kingdom

Nasi Kerabu Made In Nottingham United Kingdom

Assalamualaikum adik-adik blogger dan silent reader blog kaknoor.
Rasa nya silent reader lagi banyak ni kan, sebab terdengar ada jugak yang suka kesini.
Tengok resepi kan, tak kisah lah terimakasih  sebab sudi singgah sini dan berminat dengan resepi nya.
Hari ni dah 10 hari kaknoor di UK ni, 7 hari di London menghadiri majlis graduation anak kaknoor
Selebihnya hari ni dah masuk hari ke4 kaknoor di Nottingham di rumah anakanda yang ke4,  Dua jam jugak naik train dari London kesini lenguh jugak lah dok dalam train tu. Jom disini kaknoor letakkan map London boleh lah kita belajar macam dulu-dulu tu ingat tak??



Nampak tak kedudukan London dan Nottingham heee saje lah nak suruh belajar sikit hari ni.
Insya Allah selepas anak kaknoor di Nottingham ni habis exam kaknoor akan ke Bath ke rumah anakanda ke3 sebab anakanda disana tahun akhir dan jugak akan exam, so jadi tukang masak lah ni.
Hari ni anak disini minta nasi kerabu jadi mama pun dengan sukarela nya memasak lah ikut apa yang ada disini seadanya saja, tkde telur masin, daun kesum kantan tapi boleh lah sekadar melepaskan teringin tu kan, jom jamu mata ok..


Disini kaknoor menggunakan dada ayam yang dipotong nipis dan di goreng dengan menggunakan minyak yang sedikit, biasa lah budak-budak disini kalau ada tulang tu payah nak makan, jadi diaorang beli dada lah senang untuk makan, lagipun tak rugi apa-apa semua nya boleh makan hahaa
Ayam halal disini memang mudah lah untuk beli, anak-anak beli secara online je pastu diaorang hantar kerumah senang kan!!!

Kalau ada yang nak mencuba boleh lah 



Sebenarnya telur ada jugak di jual di Chinatown disini, tapi anak-anak ni dah tak sabar nak makan nasi kerabu jadi kaknoor guna telur ayam biasa je lah, itupun dah habis nasi seperiuk, terpaksa di tambah lagi untuk makan malam hahaa sesekali jumpa nasi kerabu kan, kaknoor pun happy diaorang suka sangat makan nasi kerabu ni.



Sebelum kesini kaknoor memang dah standbye bunga telang yang dah di keringkan.
Jadi ini memang warna bunga telang ori tau bukan pewarna.



Kebetulan pulak ada buah blueberry dan buah plum letak aje untuk meriahkan nasik kerabu tu baru lah nampak macam elegan sikit ya tak!!



Ayam goreng lada hitam dan madu, mudah je pun nak buat, dan memang sesuai sangat untuk anak-anak senang je tak payah nak buat tulang sana sini sebab dah guna dada ayam.
Hanya perapkan dada ayam yg dipotong nipis dengan
sedikit lada hitam, kicap manis, kicap cair, madu dan sedikit garam.
Letak sedikit minyak dalam kuali tak melekat dan gorenglah sehingga nampak cantik ada hitam2 baru best kan..



Sambal ni memang kaknoor bawa dari Brunei di frozenkan, lepas tu kesini hanya panaskan saja mudahlah sikit, kalau tak kena lah cari serai lengkuas segala susah jugak tu kan..



Jugak sambal kelapa ni memang bawa dari Brunei jugak dah cukup rasa di frozenkan, kemudian panaskan lagi sekali dalam kuali dah boleh makan dengan nasi kerabu.



Sambal belacan yang agak cair sikit, sebab kaknoor memang suka jenis berair macam ni, dan sambal tu pulak mestilah ada sikit-sikit manis,  masam dab  pedas.
ALHAMDULILLAH hari ni sampai lah hajat anak-anak ni nak makan nasi kerabu made in UK hehee...

34 comments:

  1. Sampai sudah nasi kerabu di Kota London ye Kak Noor..
    Nasib petang semalam dah makan nasi kerabu beli kat pasar malam..
    hihihi tak adalah teringin..

    Tapi teringin juga tengok ayam perap lada hitam tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak2 disini mmg suka sngt dgn nasi kerabu sebelum kaknoor kesini siap tulis list panjang berjela pesanan diaorang bwa itu ini, hari ni anak2 lepas geram makan nasi kerabu siap bekalkan je uni lagi

      Delete
    2. Anak2 disini mmg suka sngt dgn nasi kerabu sebelum kaknoor kesini siap tulis list panjang berjela pesanan diaorang bwa itu ini, hari ni anak2 lepas geram makan nasi kerabu siap bekalkan je uni lagi

      Delete
  2. msti layan mkn ns kerabu kt nottingham tuh... best betul...

    berapa lama agak2nya kak noor duk di perantauan nih? kejap je dh 10hr yek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Se belum hariraya insya Allah baliklah tu Dana tk sanggup raya disini

      Delete
    2. Se belum hariraya insya Allah baliklah tu Dana tk sanggup raya disini

      Delete
  3. wowww kak noor, memang terbaik sangat..
    sambal cili tu zee pon suka jenis cair gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn zee pun geng kaknoor jugak suka yg agak cair janji pedasss kan bestttf

      Delete
  4. NASI KERABU UK CITARASA MELAYU SEJATI TU...TENTU SEDAP XTERKATA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan disini semunya rasa sedap je P mungkin cuacanya yg agak lembab bgi kita mudah lapar dan rasa sedPpp ja semua yg dimKan haha

      Delete
  5. Itulah hati seorang ibu dah ready dah bawa bunga telang dan serundingnya dari Brunei lagi
    Anak-anak pulak tahu ibunya pakar bab masak manalah tak habis seperiuk
    Bukan senang nak dapat di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang diaorang dh target kakzakie kalau mama kesini mesti nk suruh masak nasi kerabu bila lagi kann harapkan diarang nk msk sendiri mmg jgn haraplah dok busy study ja

      Delete
  6. Sementara kat UK boleh buat promosi nasi kerabu habis satu periuk hihi...Hari ini kita belajar geografi kedudukan Nottingham dan London. Nanti kak Zai nak tunjuk pulak Portsmouth dari London hahaha..

    ReplyDelete
  7. Sementara kat UK boleh buat promosi nasi kerabu habis satu periuk hihi...Hari ini kita belajar geografi kedudukan Nottingham dan London. Nanti kak Zai nak tunjuk pulak Portsmouth dari London hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yalah kakzai skrg ni kita semua kena belajar geografi ye dak, supaya lebih faham hehee ohhh anak kakzai, kat Portsmouth ke!!

      Delete
  8. waahhh! sedapnya dapat makan nasi kerabu kat europe

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang melayu tak penah tinggal menu original kan dimana pun berada kannn DP haha

      Delete
  9. sedapnya nampak hidangan kak noor yang kekonon tak sempurna nasi kerabu nya tu, subhanallah...terubat rindu anak kak noor untuk menikmati air tangan ibunda :)kalau dah pakar memasak,tak cukup bahan pun menjadi juga kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sempurna macam yg original lah ana, tapi sbb kita yg buat dia kan sempurna lah saja ikut citarasa disini yg serba kekurangan. Itupun nasik 2 peyuk habis ana, peyuk kecik lahhh ahaha

      Delete
  10. perghhhh...best betul dapat mak yang pandai masak...duk jauh pun dapat merasa makan nasi kerabu hebat ni...saya ni dah la peminat tegar nasi kerabu kak...tempting giler tgk ayam akak tu..saya kalau makan nasi kerabu saya akan gaul kesemuanya....sedap kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try masak Ida nasi kerabu ni simple je pun, tak pun buatlah ayam tu mudah sangat, lagi kalau guna dada ayam memang semua nya licin sbb dah takde tulang hahaa, disini omputih fav dada ayam jadi budak2 ni pun suka lah jugak dada hiris nipis dan goreng garing mmg sdappppppppp

      Delete
  11. Alahai.. Kak Noor sedapnya nasi kerabu elegan..gitu. Nampak nya Ita ke sana ni nak makan nasi kerabu elegan ada blueberry bagai..ehehehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai Ita boleh lah kesini hee sementara kaknoor masih lagi disini
      bunga telang pun masih banyak ni yg dah di keringkan
      kebetulan ada blueberry dan plum utk penuhkan pinggan tu sbb tak cukup sayor

      Delete
  12. wahhhh sedapnya...

    akak ... letak blueberry tu bukan utk nampak elegen...tapi
    "barulah nampak nottingham nya" hi hi hi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha pandai pun huda kan mesti lah guna benda sini baru nampak nasi kerabu tu dari mana ya tak kannnnnnnnnn!!!

      Delete
  13. Hebatnya anak-anak akak... semua belajar di UK ya...
    dah macam tanah air sendiri ni ... hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. so far hanya 4 orang je yg sudah belajar di UK huda, ada lagi sorang yang bungsu masih lagi form 6, kalau dapat semua belajar sini alhamdulillah, banyak kali lagi kaknoor ke sini hehee

      huda pun boleh tu insya Allah kaknoor doa kan ya mudahan tercapai hajat huda nak kesini

      Delete
  14. tu diah kakNoor... seronok anak-anak dapat merasa air tangan bonda.
    Nasib kakNoor baik, cuaca memang tengah cantik sekarang ni. Nak ajak mai Scotland, takut kematu bumbum kakNoor naik train sampai 8-10 jam. Have fun, borong jangan tak borong and jangan lupa ambik gambag banyak-banyak xxx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah Muna awat dok jauh sngt sampai scotland nuu kalau ddkat nk jugak jumpa muna yg tomey lotey ni, syok tengok sekitar rumah Muna lah

      Delete
    2. Tulah Muna awat dok jauh sngt sampai scotland nuu kalau ddkat nk jugak jumpa muna yg tomey lotey ni, syok tengok sekitar rumah Muna lah

      Delete
  15. Kalau dah namanya Chef tu kan, kemana mana mesti nak memasak je kan KN.....Syok betul dapat mak yg rajin masak ni. Kat Nottingham pun dapat makan nasi kerabu.
    Ramai rupanya anak KN kat sana ye...Patutlah duk ulang alaik Brunai London mcm gi pasar jer....

    ReplyDelete
  16. Perghh nasi kerabu di UK! Bukan senang nak dapat ni. Sedapnyaaaa dan rajinnya kak noor masak! Seronok anak2 makan :)

    ReplyDelete
  17. askm Kak Noor..boleh bukak restoren kat UK ni..oh ramai anak anak kak noor kat sana ye..untonglah boleh makan angin selalu kan

    ReplyDelete
  18. jarang dah makan nasi kerabu sekarang..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home