Nasi Lemuni Berulamkan Daun Betik Ada Berani !!!

Nasi Lemuni Berulamkan Daun Betik Ada Berani !!!


ASSALAMUALAIKUM 
Lagi menu terlepas pandang yang masih dalam draft
Sebenarnya sebelum kaknoor ke UK ni anak-anak minta nasi lemuni ni
Jadi dah nak tinggalkan lama diaorang di Brunei ikutkan je
Apa yang diaorang terlintas nak makan.
Lepas tu sibuk-sibuk terlupa nak post dan buat entry nasi lemuni ni.
Untuk geng nasi lemuni terpulang selera lah, nak gabungkan dengan ayam goreng ke, ikan masin ke, ikan bilis ke, telur mata, semua nya terletak di tangan anda ya.




Nasi Lemuni

Bahan-bahannya
4 cawan beras basmathi
3 cawan santan
Secekak daun lemuni dikisar
2 cawan air
1 sudu kecil halba
4 ulas bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih
1 inci halia dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasaknya
1.    Cuci beras dan toskan
2.    Kisar daun lemuni dengan 2 cawan air dan tapiskan.
3.    Masukan beras dalam periuk atau rice cooker, masukan semua bahan-bahan dan masaklah seperti masak nasi biasa.

4.    Hidangkan bersama sambal kegemaran sambal sotong pun sedap ditambah ikan masin atau ikan goreng, telur masin atau telur mata kerbau, selera ditangan sendiri.




Bahan Sambal Bilis

Ikan bilis goreng secukupnya
4 sudu besar cili kering kisar
2 ulas bawang putih tumbuk
3 ulas bawang merah tumbuk
1 sudu besar gula merah
1 sudu kecil air asam jawa
garam dan sedikit minyak


Cara Nya

1.  Panaskan sedikit minyak agak-agak 2 sudu besar dan tumis lah bahan tumbuk.
2.  Kacau sehingga layu dan wangi masukan cili kisar dan gorenglah sehingga pecah minyak.
3.  Biarlah api yang kecil sahaja supaya tak mudah hangus.
4.  Bila dah pecah minyak, masukan air asam jawa, gula merah, garam dan air sekadar yang perlu
5.  Masak lagi dengan api yang perlahan biar pekat.
6.  Masukkan bilis goreng kacau sebati dan boleh lah di angkat.



Anak-anak kaknoor sangat suka sambal bilis berbanding sambal sotong udang dan lain-lain
Jadi memang mudah lah kerja mama kan hanya goreng ikan bilis je
Takyah penat-penat cuci sotong udang dan lepas tu tangan bau sotong kan seharian
Kalau tak di cuci betul-betul



Lepas tu dah buat nasi lemuni ni mama pun teringin jugak nak makan dengan ulam daun betik dan ulaman yang ada sekitar rumah, jadi nya dua-dua dapat nikmat makan nasi lemuni lah.
Yang ulam tu hanya kaknoor dan pak haji je yang makan
Anak-anak memang tak pandang paittttttttt kata nyaaaa
Tapi yang paittt itukan ubat wajib di makannn kan.



Ini lah dia daun lemuni yang kaknoor guna untuk membuat nasi ni.
Ada yang cakap daun ni dapat menghilangkan darah tinggi dan kencing manis
wallahuaklam tapi ada pakar yang cakap memang banyak khasiat daun ni.
Boleh jugak untuk orang yang baru lepas bersalin
Kata nyaaaa.....

31 comments:

  1. Salam petang Jumaat kak Noor..
    lapar terus nengok Nasi daun lemuni ni.. 1st time jg sy dgr nama daun ni kak..hhehe..
    mcm daun pucuk ubi gak ye kak? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slmt ptg Atie
      Daun nya kecik sikit dr, daun pucuk ubi dan warna nya agak purple bandingkn dgn pucuk ubi

      Delete
  2. Daun betik pahit, tapi itulah ubat.

    p/s: Kita dapat merasa kurma yang Sultan Brunei edar tu. Student bagi. Alhamdulillah, Sedap =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg pahit tu susah sngt org nk mkn walaupun sebenarnya ubat kN
      Ohye ke Ain alhmdulillah
      Setiap tahun mmg sultan brunei sedekah kurma kt rakyat jelata kecik besar tua muda hatta org luar pun asalkan islam

      Delete
  3. kaknoor ni, kreatip lain macam lah
    nasik leminu saya penah makan
    daun betik pun penah
    tp kombinasi tu...belum mencoba lagi
    dua2nya sedap, kalau dicampur bertambah sedap lah nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. KB siapa suka ulam mmg suka nasi lemuni di gandingkan dgn daun betik
      pahit2 lemak pedas menguja selera ni

      Delete
  4. ulam pucuk betik, ohh tidakk..pahitnya..
    mmg benda2 yg pahit ialah ubat utk kencing manis & darah tinggi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang muda macam nohas mmg kurang gemar yg pahit ni kan
      tapi bagi orang V dan kilauan mcm kaknoor lagi pahit lagi sdap tau haha
      sbb nak buang banyak dah makanan dlm badan sjak berzaman macam tong sampah dah perut ni hahaha

      Delete
  5. Kita panggil daun langundi... hihihi...

    Arwah tok wan sy suka nasik daun langundi ni...

    Menu sihat ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah langundi ke Huda
      baru kaknoor pernah dengar nama daun ni
      kalau gundi tau lah
      orang kedah cakap guni tu gundi
      contoh macam guni beras jadi gundi beras
      ini daun langundi
      pelik tapi benar kan

      Delete
  6. Nasinya macam nasi kerabu.. baru dengar lemuni tapi macam familiar daun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin nasi lemuni familiar dgn org utara kot Babyp mcm nasi lemak jugak ni sedapp

      Delete
  7. Kecur bertndg mlm2 kt sini πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹lma tk buat ..mana nak cari daun lemuni,hri tu org bgi terperap dlm peti ais lma..sampai kering huhu

    ReplyDelete
  8. Kecur bertndg mlm2 kt sini πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹lma tk buat ..mana nak cari daun lemuni,hri tu org bgi terperap dlm peti ais lma..sampai kering huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg lah Nor masa benda tu ada sampai kering bila dh tkda baru tercari kan normal lah tu perangai mcm tu hehe

      Delete
  9. Saya tak kenal lah daun lemuni kak noor apatah lagi makan .Bagaimana rasanya kak noor?
    Pucuk betik tu saya ok je,nak2 kalau ada sambal .Rasa pahit dah sebati dengan lidah saya ni....tapi biasanya makan sorang lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lemuni famous belah utara kot saniah
      Rasanya kalau mkn gitu je mmg pahit lah
      Tpi bila kita dh masak nasik tk terasa dah pun pahitnya

      Delete
  10. saya makan je pucuk betik tapi kene rebus sedikit...walau pon pahit tapi mendatangkan selera dan mak saya ckp banyak khasiat yg baik utk orng pompuan...pestime dengo nama nasi lemuni...tapi peha ayam dalam pinggan tu memang nampak cam melambai2....kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun linda pahit itu kan ubat tk dpt disangkal lgi mmg bnyk sngt manafaatnya pd kita yg pompuan vogue ni kan haha

      Delete
  11. Lama makchaq tak makan nasi lemuni. Kat kl ni x pernah jumpa. Kalau kat penang memang ada orang juai. Makchaq suka dengan sambai ikan bilih cayaq2..
    Daun lemuni boleh buat ubat cuci perut... tu yang kat penang ada orang panggil nasi lemuni nasi ubat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baru tau makchaq daun lemuni boleh buat ubat cuci perut makan macam tu saja kah makchaq

      Delete
  12. sedapnyeee pucuk betikk.. beraniii laaaa apa nk takut kikiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org seangkatan mmg suka sngt daun betik kan ilah sama lah kaknoor mmg beraniii haha

      Delete
  13. Pertama kali dengar lemuni.. Hii. Siqah tak berapa kenal sangat dengan daun-daun yang ada :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siqah org muda lahi mmg tk familiar dgn segala daun2 ni tunggulah dah jdi mak2 nnt mesti mencari daun ni

      Delete
  14. el lau wat nasi lemuni ni mkn ngan daging black pepper, sambal tumis ngan air asam..perghhh mmg meletop pop pop pop hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah try hust daging black pepper lepas ni El kalau ada nasi lemuni bedt kalau meletop pop pop mcm tu kan haha

      Delete
  15. sedapnya nasi lemuni.. daun betik tak mampu nak telan sebab pahit..

    ReplyDelete
  16. Mane nak cari daun lemuni ni ek..
    rupenya baru tgk kat gambar yg puan noor post...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah kaknoor bnyk ni daun lemuni siti toi kena dtg brunei lah ya hehe

      Delete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home