Resepi Soto Maslinda Yang Pasti Sedap

Resepi Soto Maslinda Yang Pasti Sedap


ASSALAMUALAIKUM 
Salam sejahtera untuk semua yg masih sudi singgah di blog kaknoor
Sebenarnya ni resepi soto kawan fb kaknoor, dah minta izin untuk letak dalam blog ni
Insya ALLAH kalau panjang umur masa raya nanti boleh lah masak soto Mas ni
Memang tak sabar jugak nak buat tapi apa kan daya keadaan tidak mengizinkan.
Jadi dah terjumpa resepi soto yang sedap ni supaya tak susah mencari
Kak noor letakkan di blog kaknoor dulu untuk rujukkan.
Pada yang ada masa dan ruang bolehlah try untuk ramadhan nanti ke kan!!





Soto
Resepi homemade rempah soto
5 sudu kecil jintan kasar
5 sudu kecil jintan halus
4 sudu besar ketumbar biji
7 sudu besar serbuk lada sulah
3 batang kulit kayu manis - dipecah2kan
7 kuntum bunga lawang - di pecah2kan
17 kuntum bunga cengkih
12 biji buah pelaga
2 inci kunyit hidup- di hiris halus

***goreng semua bahan2 diatas tanpa minyak (sangai) dahulu hingga agak keperangan.. Tapi jangan sampai hangit.. Api perlahan je..
Kemudian kisar dengan blender kering hingga halus.. Simpan dalam bekas kedap udara..rempah ni kalau simpan dlm frezeer tahan berbulan2 ye...
Untuk penyediaan lengkap soto:

Bahan:
1 ekor ayam – potong 4
2 kiub pati ayam

Bahan2 penumis:
1 ikat sup bunjut
1 biji bawang besar- mayang nipis
2 ulas bawang putih - mayang nipis
3 batang serai - ketuk

Bahan2 kisar:5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
4 sudu besar rempah soto homemade
Sedikit air untuk memudahkan proses mengisar

Cara2:
- Tumis bahan rempah penumis dan bahan kisar sehingga wangi... Masukkan air serta pati ayam dan masak sehingga mendidih....
- Masukkan ayam dan bila ayam dah masak, keluarkan ayam... Toskan..Kemudian marinade ayam dengan sos marinade ayam lee kum kee + serbuk rempah chinese 5 spice & serbuk lada hitam...( kalau takde boleh guna cara anda sendiri nak marinade mcmana ye, tak semestinya ikut cara saya..) Kemudian ayam digoreng atau boleh juga dipanggang sehingga masak....( saya lebih suka panggang sbb isi ayam tak kering dan lebih lembut)... Bila sejuk, bolehlah dicarik halus...
Bergedil ayam & kentang
Bahan-bahan:
1 kilo kentang (dikupas kulitnya,dipotong bulat)
4 keping dada ayam yang telah digoreng (goreng dgn sedikit garam & kunyit hingga masak..kemudian di cincang/ blend kering hingga hancur..)
2 biji telur - dipukul (utk mencelup bergedil)
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cekak daun sup/daun bawang (dihiris)
2 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh gula (optional)
garam secukup rasa
minyak secukupnya utk menggoreng

Cara-cara:
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng kentang yang telah dipotong bulat dan angkat setelah kentang masak...Toskan... Kemudian tumbuk sehingga lumat...
- Masukkan ayam goreng yg telah dicincang, lada putih, daun sup, daun bawang, bawang goreng, sedikit gula & garam.... Gaul hingga rata dan sebati....
- Bentukkan bulat-bulat, leperkan sedikit dan celupkan dgn telur yang telah dipukul tadi,sebelum digoreng dalam minyak panas...goreng hingga keemasan.. Tak perlu kerap sangat dibalik2kan ye..

Sambal kicap:
- 20 biji cili padi - goreng hingga sedikit layu
- 5 ulas bawang putih - goreng bersama cili padi ye
- 1/2 cawan kicap pekat manis
- 2 biji perahan limau kasturi

Cara-cara:
- Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat.
- Masukkan kicap dan perahkan limau
- Kacau rata dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam sebelum dihidangkan...

Bahan Hidangan:
- Nasi himpit @ mee hoon ( celur dulu ) @ mee( celur dulu)
- Daging ayam goreng/panggang - disiat-siat
- Taugeh - dicelur (celur seminit je ye)
- Suhun digoreng
- Bawang goreng
- Kacang goreng
- Daun sup dan daun bawang - dihiris halus

Cara Menghidang:
- Letakkan nasi impit, daging ayam siat, taugeh dan suhun...
- Curahkan sup
- Taburkan bawang goreng, kacang goreng dan daun sup & daun bawang
- Letakkan bergedil dan sambal kicap
- Boleh makan dah..
😊😊😊




Mesti ada yang menjejes air liur tengok soto ni kan..
Jangan lama-lama biarkan jejesan tu cepat angkat langkah anda ke dapur
HAHAHA....


25 comments:

  1. Sedap ni K. Noor... buat sendiri puas makan kan... hidangan berbuka puasa pun boleh jugak ni..


    K. Noor.. Maslinda tu sama dengan nama anak pompan Bunda lah.. hi hi.. kebetulan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bunda buat sendiri terbaik puas mkn dapat tmbah berkali sampai kenyang haha

      Ohya sama dgn anak bunda ke
      Maslinda ni mmg hebat org nya pandai memasak mcm2 menu mesti anak bunda jugak begitu kannn

      Delete
  2. Menangis saya tgk soto ni... hadoiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nampak bengkak mata tu huda sbb tengok soto ni hehee

      Delete
  3. Subhanallah..sup-sup ni kami sekeluarga memang sangat suka..hari raya biasanya soto nilah hidangan untuk kawan-kawan dan saudara mara...biasanya kuih muih tetamu kurang makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama lah PC kalau kita hidangkan yg mcm mmg tetapi happy dpt mkn apa lgi kalau buat dgn kasih syg mmg tetamu tk kan lari tmpt lain every year mmg tk miss

      Delete
  4. Sedapnya soto kak noor...ada begedel tu yang hummm.
    Untuk rumah terbuka raya kelak ok juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soto wajib ada pegedil saniah baru mengancam selera mk makan

      Delete
  5. Walaaa Kak Noor... inilah soto yang sangaaaatt kita suka...jowo punya style ke kak.. pegedilnya.,...kacang tanahnya! Waduhhh.... enak banget!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun suka style mcm ni Amie itulah minta izin dgn tuan punya kongsikan disini mmg nmpk pun dh tau, sedapppp

      Delete
  6. Memang menjejes airliur. Kegemaran kakcik ni...tapi tak pernah buat sendiri. Tahu makan je... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik mkn tk ramai kot kalau ramai elok buat sendiri berbaloii kakcik kann

      Delete
    2. Kakcik mkn tk ramai kot kalau ramai elok buat sendiri berbaloii kakcik kann

      Delete
  7. Fulamak dia punya gbar memang betul menggoda..kena dengan bergedil terbaiklah kak noor.jejes air liur sy ni melihatnya.lg pagi2 ni perut dok berkeroncong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan mmg tk sabar nk buat ni PK
      Lepas ni boleh lah buat soto
      Buat bnyk tau nk tumpang mkn jugak

      Delete
  8. akaaaak...saya suka soto
    begedilnya, sambal kicapnya, supnya..semualah
    menjejes air liur tgk
    tp blom pernah cuba buat lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Soto ni mmg agak lmbt membuat KB kan tpi mkn nya mmg cenfem sedap

      Delete
  9. Assalamualikum sis..
    Sedap nyaaa.... My Fav tu sis..
    dan-dan terliur dah nih..
    resepi dah ade tu balik nak kena buat lah nampak gayanya ni..

    http://mummyumardian.blogspot.my/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmusalam dik
      Mmg syok membuat ni kalau ada minat memasak hehe

      Delete
  10. Hahaha! Kak noor 😂😂 meleleh air liur tengok makanan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tk tahan kena beli dulu siqah sebelum buat sendiri

      Delete
  11. Semalam saya dah baca entry ni KN....tp tak boleh nak komen mungkin sebab guna hp kot.
    Kalau open house Raya ada org buat menu soto ni mmg saya lompat bintang KN. Sebab ni mmg faveret saya. Dengan ada bergedil lagi.....kus semangat....telan air liur mak hihi...

    Saya makan soto kat satu kedai ni, tp dia ada buh daun limau purut. Kurang kawlah pulak....mcm tak kena kan KN!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaknoor pun mmg fav sngt dgn soto ni
      kalau nak raya biasa dua tiga hari jugak membuat ni, supaya tkle letih sngt sekaligus nak buat semua, buat pegedil dulu simpan frezer, buat bawang goreng mesti yg homemade kalau tak mmg tak yg beli kan..
      ye ke soto ada daun limau purut? mungkin soto thai kot anom kannn hhaa wallahuaklam

      Delete
  12. Perghhhhh ...
    Terliur tengok pagi hari ini kak noor..
    Rasa macam nak mencari soto pulak..
    Semalam cari kat kedai tak jual pulak hari tu..
    Belum rajin nak buat sendiri ni :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home