Acar Ikan Masin

Acar Ikan Masin


Assalamualaikum 
Biasa nya orang melayu kita ni kalau dengan acar ikan masin memang berpisah tiada
Tambahan musim ramdhan macam ni, mesti nak cari idea untuk bagi makan berselera sikit
Lagipun orang pompuan ni segala macam kerja kena buat so kena lah makan kan..
Kang tak terdaya nak buat keja pulak.

Acar ikan masin memang sesuai untuk sahur lah makan dengan nasi panas, sebab masa sahur tu kalau baru bangun tidur tengok ayam daging pun memang takde selera langsung, kecuali kalau tengok acar ni dan dan selera datang, pada kaknoor lah, kebetulan pulak ada  ikan masin pak arab tu, memang takde lain dalam otak nak buat acar je, tapi anak-anak ni bukan jenis acar jadi kaknoor memang buat sikit je, resepi pun tak lengkap sangat ikut apa bahan yang ade, tapi kalau ada yang nak buat bagi sedap sangat dan lengkap boleh lah ikut resepi dari Chef Hanieliza ni dari blog DJ





Acar Ikan Masin

Bahan-bahan :
  • 300 g isi ikan masin (ikan talang/ikan kurau/ikan merah) 
  • 200 g gula 2 inci halia (dimayang halus) 
  • 100 g kismis 
  • 100 g lobak asin 
  • 1 sk serbuk jintan manis 
  • 1 sk serbuk jintan putih 
  • 1 sk serbuk kunyit 10 ulas bawang merah (biarkan sebiji-sebiji) 
  • 1/2 cawan cuka (DJ campurkan sekali dgn jus limau kasturi) 
  • 1 cawan minyak utk menumis 
  • 1 sb bijan goreng

Bahan Kisar : 

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 cm halia
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara: 
  1. Ikan masin dipotong kecil dan gorengkan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, jintan serta serbuk kunyit hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan cuka dan gula. Kacau rata.
  4. Bila sudah mendidih, masukkan pula kismis dan lobak asin. Biarkan seketika.
  5. Sebaik mendidih, masukkan ikan dan bawang. Gaul rata.
  6. Taburkan bijan goreng.



Ini acar ikan masin versi kaknoor, taklah ikut betul2 resepi diatas, tunggu nak cukup bahan di Brunei baru lah, yang ada dalam acar ni hanya, ikan masin, bawang merah, putih, halia, cili kering, tapi kaknoor tambah cili scotch bonnet utk pedaskan hehee, kaknoor guna air asam jawa je tak guna cuka.




Boleh tahan lah rasa nya kalau untuk sorang tu kan
Janji sayur makan lajak sikit kalau tak memang longlai jugak 18 jam menunggu untuk berbuka




Ini lah cili scotch bonnet tu di beli 1 pound 4 biji, kaknoor beli 2 pound dapat lah 8 biji, untuk save lagi kaknoor bawa baik bijik scotch bonnet ni haha nanti dapat jadi petani pulak kat Brunei nanti.


16 comments:

  1. Betul kak...setuju...bersahur biar yang simple..kadang ikan kering sepat perah limau kasturi..kicap dengan telur mata pun wow...ni kalau acar lagi la... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang simple je yang boleh masuk time sahur ni PC
      segala kari ke, sayur ke mmg tak jlnnn

      Delete
  2. Sy siap beli lg kak nor..rm10 satu botol kecik..maklumlah bila mengandung ni.selera kurang cikit..yg kak nor punya merah menawan lg..terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh beli lagi bestt takyah kotor tangan tapi itu lah kena ikut slera orang jual lah alhamdulillah kalau sedappp cheqda

      Delete
  3. ala kak nor nasib dtg sini dah nak sahur..x ler terliur sangat he hee..menarik acar ni k.nor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. acar mmg tak leh tinggal kalau bulan puasa ni zilla mesti kena stok utk sahur

      Delete
  4. Memang berselera la ada acar kan Kak Noor, haa bawak balik biji tu idea bagus kan, dapatla merasa ni rumah pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg dah stanbye biji scotch bonnet ni supaya dpt tanam haha tak mau rugi sbb untung guna cili ni BP sebijik je pun dah pedas giler

      Delete
  5. Assalam KakNoor

    Rupa cili scotch bonnet nak serupa cili habanero yang banyak kat tempat kami. Habanero pedas bukan main pedasnya boleh buat berasap telinga. Acar tu amat menyelerakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikumuslam maklong
      cili habanero pun antara yg terpedas jugak tu maklong
      memang hampir sama dengan scotch bonnet ni tapi habanero lebih panjang cikitt je dari scotch ni

      Delete
  6. Perhhhh ini dipanggil acar england

    ReplyDelete
    Replies
    1. acar pedas giler ni Huda dapppppp nyaaa

      Delete
  7. oh boleh guna asam jawa je ya kak noor,sebab nya saya pun alahan pada cuka tapi teringin nak buat acar ikan masin ni...tengok je pun dah terliur...

    ReplyDelete
  8. memang boleh lah saniah sbb kita yg buat kan
    kalau alahan guna asam jawa lebih pekat lagi sedappp

    ReplyDelete
  9. Saya trngok resepi tak de cili tp bila tengok gambo napelah merah pening mak tau KN hihi... rupanya ikut resepi sendiri.

    Saya goreng ikan masin tenggiri seketul minggu lepas kalau tak silap, tp yg sadisnya tadi baru habis KN..... tu pun mak yg habiskan huhu..

    ReplyDelete
  10. Makan camni masa sahur dan berbuka memang sedap! Yang simple itu lagi membuka selera :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home