Ayam Panggang Rosemary & Lemon

Ayam Panggang Rosemary & Lemon


Alhamdulillah bila dah ada mood memasak macam-macam nak try.
Kebetulan dah ada rosemary tu maka macam2 idea keluar
Rosemary tu seolah macam petik kat kebun lah pulak, dibelakang rumah ni ada train station
Jadi sepanjang jalan ke train station tu di tanam dengan rosemary jadi kaknoor petik lah sikit dan simpan kat rumah untuk memasak dah dua tiga hari. Jadi semalam masak lah 
Ayam panggang Rosemary ni, kaknoor letaklah sayuran apa saja yang terlintas
Dan ada dalam stok petiais tu, ada sedikit  brussell sprouts, mushrooms, carrot sikit, kentang pun tak banyak kaknoor letak sebab dah tinggal ciput haha..

Memang dah banyak kali masak ayam ni masa kat Brunei memang sedap dan rasanya masam-masam sedappp...




AYAM PANGGANG ROSEMARY & LEMON 
Sumber; Blog SriRasa BiDara @ Khairiah khaizu 
Oleh; Dapurmamasya 

Dicuba lagi : Bicara Kak Noor

Bahan2 : 
1 ekor ayam - dibelah 4 (kaknoor guna paha je)
5 ulas bawang putih tumbuk
1 inci halia  tumbuk
1 1/2 sudu besar rosemary kering (rosemary fresh lah)
2 sudu besar lada hitam - tumbuk halus 
2 sudu besar madu 
3 sudu besar gula perang 
Garam secukup rasa
1 kiub ayam 
2 biji lemon - hiris 
4 sudu besar olive oil 


Untuk sukatan sayuran terpulanglah nak letak sayur kegemaran sendiri
4 biji kentang - potong 4 
3 biji karot - potong kecil2 memanjang                                      
2 biji tomato - potong 4 

Cara2 
1. Bersihkan ayam dan ketepikan. 
2. Campurkan semua bahan kecuali sayur2an dengan olive oil. Kemudian lumurkan pada ayam. Susun ayam ke dalam dulang. 
3. Lebihan bahan lumur tadi, lumurkan pula pada tomato, kentang dan karot dan kemudian susun bersama2 ayam. 
4. Bakar pada suhu 200C selama 1 jam @ hingga masak. 
5. Hidang bersama salad dan sos lada hitam. Sos boleh buat guna air dari panggangan ayam, cuma tambah sedikit susu, serbuk lada hitam dan sos lada hitam. Masak hingga kuah agak pekat. 


Disini kaknoor campur je semua sayuran dan ayam, dan sos pulak tak sempat nak snap gambar hahaha


Ini lah rosemary yang kaknoor petik kat kebun tu hehee fresh mresh kan



Sebagian sayuran yang di gunakan



Gaul je semua bahan dalam besen besar dan panggang mudah sangat pun.



Ini gambar yang sudah di panggang walaupun ada sikit hitem tapi tetap menawan dan sedap di makan, semalam buat nasi putih je makan dengan ayam lemon ni



Close-up sikit paha ayam tu biar ada yang teringin nak buat.
Sebenarnya kalau yang jenis panggang2 ni memang senanglah
Tak payah nak tunggu2 set kan berapa minit panggang, lepas tu dapat buat kerja lain, dah cukup masa tengok, asalkan jangan lupa dah lah ayam dalam oven tu, kalau lupa alamat jadi arang lah ayam tu...

OK SELAMAT MENCUBA UNTUK SEMUA NYA.

18 comments:

  1. daun rosemary tu yg susah nak cari . klu pi supermarket , x teringat pun nak membeli ... uh , nak dekat berbuka ni ... heheheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. herba omputih mmg susah nak dpt kat tempat kita Vee, kaknoor ada jugak tanam tapi agak kurang subur tak tau lah skrg ni lama ditinggalkan harap masih hidup lah, selamat berpuasa Vee ya

      Delete
  2. Hihiii...luculah pulak terbayang ayam rosemary rupa arang... tengok daun rosemary kak noor tu tingatlah kita pokok rosemary kat belakang rumah, entah hidup entah mati....tu..percubaan kali ke tujuh tanam kak...yang len semua mati!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kann kaknoor pun sama jugak Mie, rosemary mmg agak cerewet banyak air pun susah, kurang air pun tak mau jugak, mmg kena jaga macam anak emas, tapi disini diaorang tanam kat tepi jalan je mmg banyakkkkkkkkkk sangattt subur lah U

      Delete
  3. Sedappppppnyaaaaa... nakkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap Huda masam-masam manis makan dengan nasi cakap pun tak guna

      Delete
  4. mudah nk dpt daun rosemary n lain2 keperluan senanglah noor nak memanggang ayam yg sedap tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rosemary banyak di tanam sepanjang jalan kerumah dari train station P, petik je lagipun mmg menjadi laluan kami jugak

      Delete
  5. Nampak sedap ayam panggang rosemary tu... Kak Noor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah zilla kalau suka yg jenis panggang2 mmg sedapppp

      Delete
  6. nur suka campur byk bhn bersama ayam tu...meriah nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Nur, kaknoor pun suka aksesori nya ayam nya anak2 je makan, suka kentang carrot mushrooms, ayam kekadang bosan jugak, tapi kalau buat macam ni boleh lah lagi di jamah

      Delete
  7. Bestnya kak noor nak gunakan daun rosemary boleh petik je...kat sini nak cari kat pasaraya pun jenuh mencari.
    Sedapnya ayam panggang simple tapi berbagai bahan ada.

    ReplyDelete
  8. Bestnya kak noor nak gunakan daun rosemary boleh petik je...kat sini nak cari kat pasaraya pun jenuh mencari.
    Sedapnya ayam panggang simple tapi berbagai bahan ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sementara disini saniah guna lah rosemary free ni kan
      nnti balik tempat kita rosemary entah ada entah tkde

      Delete
  9. tak bising ke bunyi lesung batu kat London tu?hehe..adakah bawak dari Brunei?

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh taklah Sal lapik lah tebal2 kat bawah lesung tu isnya ALLAH tak bising
      disini pun ada jual tpi yg jenis macam kaca ni la
      bukan jenis batu macam kita Sal..

      Delete
  10. KakNoor buat saya terliur habis ni! Sedapnya ayam panggang Rosemary & Lemon ni. Saya pernah buat SEKALI aje ^_^

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home