Berangan Naik Cruise Besar Tapi Naik Mini Cruise!!

Berangan Naik Cruise Besar Tapi Naik Mini Cruise!!

Alhamdulillah hari ni hari ke4 di Norway
Anak-anak ni bawa belayar menaiki mini cruise "damit" oklah tu janji dapat ronda diatas air sambil ambil gambar apa yang terlintas dipandangan mata.

Memang cantik sebenarnya Norway ni sebab ianya banyak pulau-pulau kecil,  dan setiap pulau memang ada orang tinggal,  maknanya pulau nya memang besar - besar lah tu!  Tapi kaknoor belum belajar lagi nama pulau2 yg banyak tu.  Tengok gambar sajalah ya.

Tengok lah tu lepas dari menaiki cruise kecik tu, kami ketaman  bunga pulak,  sila jamu mata dengan bunga-bunga yang cantik tu ya,  geram je kaknoor tengok segala bunga2 yang berkembang.  Tapi sayang nya takde bunga rose,  takpe nanti di Bath memang banyak bunga rose cuma belum sempat jalan je lagi.

Insya Allah esuk dah nak balik ke London semula,  cukuplah 5 hari di Norway ni lenguh dah kaki ni berjalan,  insya Allah jumpa lagi nanti esuk atau lusa ya..
Alhamdulillah pengalaman berjalan di Norway ni sekali seumur hidup kot,  sebab kalau sendiri nak jalan memang tak reti lah nasib ada anak2 student ni.  Diaorang memang pandai sangat,  tengok map kita buta map haha..

3 comments:

  1. Hikhikhik jadilah kan, Kak Noor. Janji kat hujung tu ada 'cruise' jugak ;)
    Segar mata tengok bunga-bungaan yg colourful.

    ReplyDelete
  2. Yang penting naik cruisekan, KakNoor. Saya lagilah, dapat naik 'cruise' kat Tasik Putrajaya aje ^_^

    Oh, ramai juga rupanya ahli rombongan KakNoor ni!

    ReplyDelete
  3. Patutlah lawa je gambar kak noor. Pakai nikon rupanya. Hihi. Seronok kak noor naik cruise. Siqah pernah naik cruise putrajaya dan melaka je. Jadilah dari takde ek? Hihihi

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home