Crispy Fried Onion Strings The Best

Crispy Fried Onion Strings The Best


Assalamualaikum dan salam hari minggu, tak sedar dah pertengahan ramadhan kan..
Semoga ALLAH terus memberi kesihatan untuk menjalani ibadah puasa di tahun ini dan seterusnya.
Bulan puasa ni memang selera kita macam-macam ssehinggakan bawang goreng pun ada yang tingin.
Di sini memang sure lah takde bawang merah macam kat tempat kita.
Kalau ada pun memang mahal giler, jadi semalam kaknoor sekodeng lah resepi Pinterest.
Hanya taip Crispy fried onion, lepas tu keluar lah resepi ni, wah rupa nya orang putih pun makan jugak bawang goreng ni cuma diaorang makan begitu saja siap cicah sos lagi.
Tapi tu lah mesti guna bawang besar holland tu.
Alhamdulillah percubaan yang berjaya walaupun guna bawang besar tapi tetap CRISPY TAU!!!



Bahan nya
1 labu bawang besar Holland
1 1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil jus lemon
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil garlic powder
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil Italian herbs
1/2 sudu kecil serbuk cili
Minyak untuk menggoreng

Cara nya
1.   Potong bawang besar atau bawang bombay nipis macam dalam gambar.
2.   Masukkan potongan bawang dlm susu segar yang telah dicampurkan dengan jus lemon & garam.
3.   Perap selama 30 minit.
4.   Campurkan semua bahan kering dalam suatu bekas, terpulang kalau ada yang nak tambah atau kurangkan bahan, tapi kaknoor tambah sedikit serbuk kunyit, lebihkan serbuk cili jugak Italian herbs.
5.   Kemudian tos kan bawang dari dalam susu tadi, ambil separuh dan gaul dgn campuran tepung.
6.   Panaskan minyak dan gorenglah sehingga kekuningan dan rangup.
7.   Buatlah sehingga habis bawang yang telah di toskan tadi.
8.   Sedap di makan bersama begitu saja sos cili atau di letakkan atas nasi.
9.   Tapi kalau oreng putis dia maken begitu saja lah hehee



Memang mudah kalau kita guna bawang  besar macam ni daripada bawang merah biasa sebab senang potong dan cepat, air mata pun taklah banyak sangat jatuh kan sebab sekejab je dah siap potong...



Ini pun percubaan guna bawang bombay sebab disini bawang bombay lebih murah daripada bawang holland tu hahaha semua nya nak save, tapi si bombay ni tak sempat nak ambik gambar bila dah siap goreng, sebab nak cepat buka puasa semalam tu..



Ini susu segar yang telah di campur sedikit jus lemon



Campuran tepung macam2 ada dalam ni, terpulang lah pada kita nak letak apa untuk lebih rasa sedap sebab kita yang buat dia kan..



Ini lah hasilnya memang sedap dan rangup sesuai untuk buat jajan di depan tv jugak ni, semangkok pun habis semalam lepas berbuka asyik dok ratah ni, yang pasti mesti nak kena buat lagi dan lagi dan lagiiii...



Nampakkan kerangupan bawang goreng ni.
Lebih mudah rasa nya dengan bawang besar cuma kita kena lebihkan bahan lain lah, tapi bagi kaknoor ok je, daripada kita guna bawang kecik nak potong tu suatu yang sangat tak gemo lah, veryyyyy the lambat kan...


41 comments:

  1. wow menarik.. bawang pun bole jadi kudapan kan..

    ReplyDelete
  2. kudapan yang sihat ni Mummy kann boleh try

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Noor, Nampak Menarik. Nanti boleh try... teringin pula puasa-puasa ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walikmuslm fha,bulan puasa bawang goreng pun terhingin kan kaknoor ni

      Delete
  4. Sedapnya kak! Dulu Kak Noor pernah buat juga kan... tak silap onion dipotong bulat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah Amie yg tu versi bulat besar tpi ni versi kecik mcm bwg goreng sedap lgi yg ni rangup

      Delete
  5. Ranggup jea nmpk kak nor..mau rajin nk menggoreng ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tpi yg ni tklah selambt kita membuat bwg goreng biasa cheqda ssbijik pun puas mkn

      Delete
  6. Assalam Kak Noor,
    kudapan yang sedap ni kak..
    makannya sekejap aje nak buatnya makan masa juga ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmuslm Ayu betul tu tukang msk kena rajin lah nmpknya ni menggoreng

      Delete
  7. bgs jgk nih k noor bt kudap2 kan... tgk keranggupan tuh msti org tak perasan itu bwg grg kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tk bgtau confem ada yg tk tau ni dana sbb rasanya mcm keropok la cikit tkde rasa bwg sngt

      Delete
  8. Ada ajelah idea KakNoor ni
    Tengok pun tahu memang rangup sangat:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sb terhingin bwg gorenglah ni kakzakie cari2 idea mat saleh disini tpi kaknoor lebihkan serbuk cili ikut selera kita

      Delete
  9. Rasa dia mungkin cam onion ring tu ye kak nor .. ๐Ÿ˜Š

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya lebih rangup dri onion ring Mia boleh try klau berkesemptan nnt

      Delete
  10. Kaknoor ni banyak idea..
    Bawang goreng pun sedap jadi kudapan ye kak..
    Macam nak mencuba lah..
    Tapi bila lah ni hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org sini buat kudapan cicah sos je yatie sbb lebih besar dri bwg biasa senang pegang utk cicah haha

      Delete
  11. Rangup nampak. Saye memang suka betul bawang bawang ni hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh lah try Eka kalau dh jatuh cinta dgn bawang2 ni ya

      Delete
  12. Yalah kak noor bawang goreng pun boleh jadi kudapan ya...saya suka je bawang goreng teringin nak mencuba tapi rasanya saya makan sorang le .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan sorang lgi best saniah haha kdg tukang msk asyik ikut selera pelanggan je kan sslera sendiri asyik trbantut je

      Delete
  13. Klau buat jajan raya tentu lain dr yg lain kan. Kena cuba ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak zai letak dlm balang comey mesti org ingt keropok ke apa kan trylah kakzai

      Delete
  14. wah kaknoor, sedap tu. kalau bawang yg biasa2 kita goreng bodo tu je dah sedap tak terkata, yang ini apatah lagi. mestilah sedap bebeno ni.
    saya pun nak jadi oreng putis lah....makan begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh aje Kb jd oreng putis kaknoor letak atas nasi masa berbuka pun sodappp rangup

      Delete
  15. Kaknoor, mana nak cari italian herbs, huhu..
    Agak-agak kalo goreng bwg camni pastu bebudak tu( anak saya tulah) tak tau pebendanya mau ke dorang makan ek? Jumpa bwg dlm cekodok pun dah bising

    ReplyDelete
  16. Kaknoor, mana nak cari italian herbs, huhu..
    Agak-agak kalo goreng bwg camni pastu bebudak tu( anak saya tulah) tak tau pebendanya mau ke dorang makan ek? Jumpa bwg dlm cekodok pun dah bising

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jual kt supermarket italian herbs tu zimah sama tempt dgn oregno parsley rosemary yg keringlah tau,tpi kalau tkde pum ok cer try letK daun kari mana tau sedap dn lebih wangi?

      Delete
  17. sedappp. kruppp krappp bila makan..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sngtttt sedap Ada i like it very much ahaha

      Delete
  18. teringat pinion ring A&W..tapi versi akak lg sedap, rangupp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kuranglah onion ring tu nohas cuma yg ni agak kecil sikit je dan pastinya rangup lebihh

      Delete
  19. Hihi...rumah saya tak de bawang kecik KN. Saya belasah jer bawang besar ni. Eh! Chef pun ada malas juga ke hihi..

    KN nape guna tepung gandum ek....nape tak guna tepung jagung ke beras ke...

    ReplyDelete
  20. Hihi...rumah saya tak de bawang kecik KN. Saya belasah jer bawang besar ni. Eh! Chef pun ada malas juga ke hihi..

    KN nape guna tepung gandum ek....nape tak guna tepung jagung ke beras ke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang lah tu nk buat hainom kalau dh stanbye bwg besar selalu kt umah tu anytime bpleh try..

      Kaknoor ikut resepi oreng putih anom itulah letak tepung gandum,anom boleh cuba letak tepung beras rasanya tkde masaaalh kot, utk pengetahuan anom chef pun manusia biasalah ada malas ada rajin hahaha

      Delete
    2. Senang lah tu nk buat hainom kalau dh stanbye bwg besar selalu kt umah tu anytime bpleh try..

      Kaknoor ikut resepi oreng putih anom itulah letak tepung gandum,anom boleh cuba letak tepung beras rasanya tkde masaaalh kot, utk pengetahuan anom chef pun manusia biasalah ada malas ada rajin hahaha

      Delete
  21. Tq kak noor..lepas ni nak try lahhh...

    ReplyDelete
  22. Wahhh ~ bAwang goreng pun sedap ni!

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home