Dark Chocolate Sea Salt Almonds Kudapan Raya Resepi Pinterest Yang Mudah

Dark Chocolate Sea Salt Almonds Kudapan Raya Resepi Pinterest Yang Mudah


ASSALAMUALAIKUM
Salam isnin untuk semua nya yang masih setia dengan kaknoor heee
Hari ni kaknoor nak kongsikan resepi yang di godek dari pinterest yang boleh di buat kudapan pada hariraya atau bila-bila masa saja, nampak nya memang menarik sekali.
Pada penggemar almond dan segala kekacang bolehlah try resepi mudah ni hanya menggunakan 4 bahan sahaja tau!!




Bahan nya
170gm high quality chocolate// dark chocolate
1 1/2 cawan almond yang sudah di bakar
secukupnya sea salt
secukupnya raw sugar

Cara nya
1.  Letakan baking paper atau silicone mat dan ketepikan.
2.  Cairkan dark chocolate dengan cara double boiler atau boleh jugak microwave 30 saat
3.  Kemudian masukkan almonds atau badam didalam chocolate cair tadi dan kacau rata.
4.  Pastikan semua almonds bersalut dengan chocolate
5.  Keluarkan satu persatu almond dari chocolate dan letakkan di atas baking paper
6.  Taburkan dengan sea salt dan raw sugar di atas badam chocolate tadi.
7.  Untuk cepat kering boleh lah di masukkan dalam petiais beberapa minit
8.  Kudapan chocolate almond kita dah siap untuk di santap.







Tuan tanah memang suka kudapan macam ni sebab jenis kekacang memang cintan cintun habis
Tolak segala kek or biskut kalau ada kudapan ni 
Ada tak yang geng kaknoor suka KASHANG!!!!
HAHAHA jangan lupa buat tau mudah sangattttt pun....


16 comments:

  1. Assalamualaikum KakNoor,

    Banyak khasiat kacang badam. Susu badam pun sedap dah jadi kegemaran! Pak Long tiap hari makan kacan badam ni sebagai kudapan ringgan.

    ReplyDelete
  2. waalikumusalam maklong
    sama lah dgn paklong tu suka almond ni
    pantang ada almond mesti nak jadi kudapan je
    lagipun khasiat almond ni mmg bnyak jugak ni kan

    ReplyDelete
  3. Akk sedapnya..mkn x ingat nnt ni..ha haa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti kena buat ni zila ooo tk buat yg sedap ni kan

      Delete
  4. Mudahnya kaknkoor, berkhasiat dan makanan sunnah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu makanan sunnah elok kita amalkan ye dak Bp

      Delete
  5. Kudapan kekacang memang sedap kan kak noor.Apatah lagi dah bersalut coklat,bertambah2lah sedap kan..

    ReplyDelete
  6. Kudapan kekacang memang sedap kan kak noor.Apatah lagi dah bersalut coklat,bertambah2lah sedap kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Choklat dan kacang berpisah tiada kan saniah jom buat raya nnt yuk

      Delete
  7. Mmg sedap ni ....saya tengok pun dah tau kesedapannya KN. Saya suka jugak kacang ni KN tapi kalau kacang tanah kurang. Rasanya kalau saya buat ni, mmg saya soranglah yg makan sebab anak anak kurang suka kacang. Nak buatlah sebab boleh bedal sorang sorang haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak kaknoor pun kurang suka kalau kcg gini tpi mama nya paling fav sngt, tk tau lah kenapa jdi begitu, sdgkan darah daging sama boleh selera sngt tk sama


      Delete
  8. Alahai, KakNoor ni! Gigil-gigil perut saya tau! Sedapnya kudapan! Saya suka kacang-kacang 'mewah'. Kalau buat dengan macadamia pun boleh kotnya ya, KakNoor ~_^

    ReplyDelete
  9. Idea yg bgus tu MD makadamia mmg, bertmbah laris nnt sorang2 je angkut balang sana sini.Sesekali mKan benda mewah2 ni tkpe lah time raya je pun kita nk bermewah ni time lain kena makan kacang rebus je lah

    ReplyDelete
  10. senangnya alahai
    saya memang suka kacang
    kalau almond lagi suka...

    memang boleh buat ni, senang sangat.

    ReplyDelete
  11. Buat kudapan raya Kb mmg sedappl sngt ni

    ReplyDelete
  12. Buat kudapan raya Kb mmg sedappl sngt ni

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home