Hari ke3 di Oslo Norway

Hari ke3 di Oslo Norway

Assalamualaikum dan salam jumaat dari negara Scandinavia  ini,  betul lah bak kata orang hujan emas dinegara orang,  lebih baik hujan batu negara sendiri kan.

Disini sedikit lagi hasil jenjalan hari ni bersama student Brunei,  mana boleh lawan orang muda dengan orang tua kan,  orang muda seharian jalan pun ok je masih happy,  orang yg veteren ni dah separuh hari mula lah kaki ni meragam haha.

So bila kaki dah meragam kaknoor akan tarik diri lah,  balik berehat kat apartment,  esuk lgi memulakan penggembaraan baru,  anak2 ni pun tak kisah jugak katanya terpulang lah pada aunty hehe itu la yg aunty nak dengar sangat kan.

Jadi tengok lah mana yg ada gambar disini ya,  taklah banyak sangt pun dan yg nk bgtau pizza tu punya lah besar 40 cm tau sebijik,  lebihkurang 20 inci,  kami kongsi 4 orang makan itu pun paksa kan diri bagi habis sebab harga nya 254 krone haha rugi tau kalau tk habis.

Jadi 2 biji pizza vegetable dan 1 biji pizza tomatoes cheese mmg tersangat cukup utk kami 9 orang ni. Nasib ada 2 lelaki kira oklah jugak kan dapat menghabiskan pizza tu hehe

Pada Nuzul & Farhan kalau terbaca blog aunty jangan marah tau!  bukan aunty cakap u all pun hanya suka2 usik je sebab aunty buat macam anak2 aunty jugak.
Dan maaf jua sebab aunty selalu escape di akhir tour kitani..

Ok sampai jumpa esuk lusa insya Allah ya adik2 blogger jangan serik datang blog kaknoor tau!!

28 comments:

  1. Replies
    1. waalikmuslam yana sesekali ikut rentak anak2 berjalan best jugak

      Delete
  2. Waahh..lama betul kak noor kat sana.. habis tempat dia jelajah.. seronok betul ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. menunggu anak kaknoor konvo Ita itulah jelajah sikit ikut budak2 tengok negara orang sesekali kan

      Delete
  3. Jalan jauh tu KNoor, untungnya..doa doakan saya ke sana juga :). Semua tempat cantik kiri kanan depan belakang.. gambar sebelum piza tu Knoor ye, macam dua beradik tu :) bagus tu ada yang menghabiskan piza :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya Allah BP kaknoor selalu mendoakan rakan2 blogger semua murah rezeki dan diberi kesempatan utk menjelajah kesini isnya ALLAH semoga ALLAH makbulkan doa2 kita ya

      Delete
  4. Replies
    1. cantik negera orang cheqda kadang rindu jugak dgn negara sendiri

      Delete
  5. seronoknya kak noor...
    berjln2 ngn anak2 muda tu best depa suka explore... n bgs jgk mereka sgt memahami kak noor... bila penat berenti

    mmg cantik2 btl view kt sana... sedap btl nampak pizza tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak berenti siap lah diaorang dana hahhaa
      takde lah kadang tu macam menyusahkan jugak sbb kaknoor tak larat nk jalan
      diaorang terpaksa cancel acara

      Delete
  6. Nikmatnya KakNoor tak terbayang kakak di sini.
    Konvoi 9 org dgn cuaca dan keadaan yg nyaman happy tak terkata
    Bunga-bunga dia tu segar-bugar buat mata memandang tak nak berkelip
    KakNoor macam dah lupa nak balik Brunei dah hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakzakie dalam hati mmg rindu nak balik brunei
      tapi apa kan daya sekarang ni belum mengizinkan lagi
      ada lagi satu acara mesti di hadiri tulah kena tunggu ni

      Delete
  7. Kak Noor suka saya tengok gambar bunga2 tu....cantek bila dah banyak gitu ...gerammm tengok.
    Pizza tu memang nak menyelerakan kak noor...

    ReplyDelete
  8. Kak Noor suka saya tengok gambar bunga2 tu....cantek bila dah banyak gitu ...gerammm tengok.
    Pizza tu memang nak menyelerakan kak noor...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa cari pizza vegetarion je kalau kat sini Saniah
      no daging no ayam
      sbb kadang tak sure jugak
      tapi kalau pizza sayur je oklah

      Delete
  9. Bangunan dan pemandangan sangat cantik ada bunga pulak. Nampak sedap pizza tu ada avacado.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh jadi inspirasi jugak ni kakzai nnt buat pizza letak avocad lebih sedappp

      Delete
  10. Replies
    1. dah rezeki Mazni jalan lah selagi kaki terdaya ye dak

      Delete
  11. el yg muda ni pun dah lenguh lau berjalan lama kak noor woii hahaha
    mkn ikut suka..berat dah melampau nak jln lama2 dah xlarat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannnn jgn ckp orang tua tak larat kan El sbb orang muda pun dah ada tanda2 tak larat jugak tu..tapi kadang best jugak jalan kuruihh la sikit

      Delete
  12. Tergeliat lidah saya nak menggayakan menyebut nama station tu tau, KakNoor! Eh, betul ke stesen? Pepandai aje saya ni.

    Yalah KakNoor, saya pun kalau kena jenjalan sehari suntuk, penat juga. Walaupun katanya suka jenjalan ni. Maklumlah usia dah meningkat juga sebenarnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang station lah tu MD pandai pun MD meneka
      diaorang ni lebih menggunakan perkataan J
      usia meningkat berjalan jauh mmg tk rekemen lah kan MD
      kaki comey ni yg meragam kalau banyak berjalan

      Delete
  13. Assalamualaikum KakNoor,

    Benarlah kata-kata hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri itu lebih baik.. Bagaimana cuaca di sana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn maklong sendiri pun dah merasa kan
      duduk lama2 negara orang lagi lah macam terasa snagat
      tapi apa nak buat kan kena redho je lah
      masa skrg ni norway panasss lah maklong
      tak best saya suka cuaca Uk lagi lebih sejuk dan berangin

      Delete
  14. Kk Noor...ssssyyyhhh..kekadang orang tua lebih cergas dari orang muda tau he he hee sebab hatinya sentiasa muda remaja :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. cergas oklah tu kan sepatutnya Amie
      mana boleh bagi kat orang muda je cargas ye dak
      tulah kaknoor jenjalan dgn orang muda supaya lebih awet hahaaa

      Delete
  15. Seronok berjalan di negara orang. Boleh tengok keindahan, budaya, adat, dan makanan mereka. Best best! Alhamdullilah kak noor dapat merasai semuanya :)

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home