Kueteow Gulung Ayam & Brownies Segera

Kueteow Gulung Ayam & Brownies Segera


Assalamualaikum dan salam ramadhan ke 16 untuk semua.
Dah pertengahan ramadhan rupanya, masa berlalu tidak terasa.
Masa ni kita dah terbiasa dengan berpuasa dan badan pun dah stabil banyak aktiviti pun masih boleh
Jadi kaknoor merajinkan diri membuat kueteow gulung ni yang agak rumit sikit lah.
Tapi kalau dah anak-anak nak makan teruskan je
Jom tengok resepi mudah ni!!!





Bahannya

kueteow//mee secukupnya * anggaran 3 orang
3 ulas bawang putih cincang
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
2 sudu kicap manis
1 sudu serbuk cili optional tak nak pedas lupakan je
sedikit bancuhan tepung jagung
sayuran sawi dan taugeh
sedikit minyak utk menumis
sedikit udang//ayam//daging dipotong kecil dibersihkan
3 biji telur untuk dijadikan dadar
sedikit susu segar


Cara nya

Panaskan sedikit minyak tumiskan bawang putih sehingga kekuningan, masukan kueteow, 1 sudu sos tiram, 1 sudu sos cili, 1 sudu kicap manis, serbuk cili jika suka,sawi dan taugeh
gaul rata dan masak lah sekejab, dah lembut angkat dan ketepikan
campurkan telur dengan sedikit susu segar, kacau rata dan goreng dadar
*untuk sorang sebiji telur dadar dah cukup jgn lebih rugi heehe
ambil telur dadar masukan kueteow yang digoreng tadi dan gulung lah dan letakan dalam pinggan yang nak dihidangkan

Untuk kuah nya
Masukan baki sos tiram, sos cili, kicap manis dan bancuhan tepung jagung dan masaklah dengan sedikit air rasa lah kalau kurang masin boleh lah tambah sedikit garam masukan ayam dan udang, kalau guna daging perlu di rebus dulu sebab daging agak lama untuk masak, curahkan  keatas kueteow gulung tadi.
Kalau masa ramadhan ni eloklah dah dekat nak berbuka baru curahkan kuah nya sebab kalau dah sejuk memang kurang sedap..




Tuan tanah suka pedas jadi mesti ada hirisan cili padi kat atas tu baru mengancam selera nak makan, dan kalau suka cili jeruk pun boleh jugak..




Tak susah sebenarnya untuk membuat kueteow ni cuma perlu banyak step kita kena buat lah tapi hasil nya lumayannnn kan...




Makan pedas mesti ada buahan untuk seimbangkan rasa pedas tu kan, jom makan fresh fruits ni, ada manis ada masam, jadi nya masam-masam manis lah..




Dah pertengahan puasa kan, jadi nya badan pun dah tak terasa puasa yang panjang, start lah makcik ni nak buat dessert segera je pun guna yang dalam kotak je mudah hanya, campurkan beberapa sudu minyak, butter dan telur. Dah siap bako je..



Kak noor guna acuan muffin senang takyah nak potong-potong lagi bila dah masak tu, terus je ambik sebijik ke dua bijik ikut kemampuan perut masing-masing lah,
Oklah untuk hari ni selamat memasak untuk semua ya.
Apa agaknya menu kalian mesti lebih hebat kan, apa pun takkisah lah rezeki masing-masing.
Apa pun menu kita tetap bersyukur masih diberikan rezeki oleh ALLAH untuk meneruskan puasa tahun ni ALHAMDULILLAH.

24 comments:

  1. Assalammualaikum kaknoor...kombinasi yang best...terliut la kak tengok buah-buahan tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmulsam PC alhamdulillah buahan fresh sedap kan makan time berbuka

      Delete
  2. Menu kami anak beranak hebatlah jugak walaupun sebenarnya biasa2 aje. Kalau nk dibandingkan dgn menu kaknoor mmg jauh lebih hebatlah.
    Mmg ada ye kueyteow goreng gulung mcm tu? Tak pernah jumpa lagi. Biasa tgk nasik goreng pataya aje. Nanti boleh cuba. Mcm senang aje bhn2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kisahlah KB asalkan menu fav family dan menyenyangkan utk berbuka
      mmg biasa di letak nasi kan tapi kali ni kaknoor letak kueteow dan mee pun boleh kalau ada suka mee

      Delete
  3. salam , kak noor , dap dap nya!
    meriah macam makan kat restoren gayanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. walikmulsam yana
      ala je tapi sebenarnya kat rumah oklah ambil aura restoren hehee

      Delete
  4. Salam Kak Nor ... menarik resepi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalam mia, boleh try mesti nak cuba lagi dan lagi

      Delete
  5. Kaknoor, first time saya jumpa resepi kuew tiow gulung ni, macam best je, tapi utk kuah dia saya rasa kalo saya buat saya tuang sos cili je, mudah..haha.Apapun tq knoor bagi idea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zimah, kaknoor jumpa resepi kat restoren di brunei jadinya anak2 nak makan terus lah mereka baut sendiri tapi mmg sedappp sehingga menjilat sudu U

      Delete
  6. Menu kami anak beranak hebatlah jugak walaupun sebenarnya biasa2 aje. Kalau nk dibandingkan dgn menu kaknoor mmg jauh lebih hebatlah.
    Mmg ada ye kueyteow goreng gulung mcm tu? Tak pernah jumpa lagi. Biasa tgk nasik goreng pataya aje. Nanti boleh cuba. Mcm senang aje bhn2nya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini menu Brunei KB
      kaknoor pernah makan kt restoren diBrunei
      itu lah buat teringin nak makan lagi

      Delete
  7. selamat berpuasa kak noor, menarik resepi ni, blum pernah jumpa lg...boleh tiru kak noor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. silakan tiru kakruby cuma buatnya agak lambat
      kalau nak makan dua tiga orang tu cepat lah rasa nya tapi kalau ramai mmg lambat hee

      Delete
  8. menu sy dgn Pae biasa2 ja kak..hihi..nak masak bebanyak kang takdo sapa nk makan..hihi
    kueteow ni sy jarang masak..nti boleh rujuk sini... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah Atie kdg kita teringin nak buat itu ini tapi tkde orang yg nak makan
      sama lah dgn kaknoormenu dessert ada jugak sampai dua tiga hari makan

      Delete
  9. rajinnya kak noor, ana kalau dah kuewtiau tu kuewtiau je lah, kak noor siap gulung2 lagi.. hihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab anak2 nak yg gulung ni ana, kan mak ni tak sampai hati
      bila anak minta kueteow gulung yg ada kuah
      jadi godek2 je lah kat dapur membuat hee

      Delete
  10. kueteow gulung ni mcm nasi pattaya tu kan kak noor
    gulung ngan telor..mcm best je ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini kueteow pataya haha
      tapi kueteow ada kuah yang basah2 gitu
      boleh lah try El

      Delete
  11. mak ai! menggoda keimanan sungguh ni kak noor!
    tengok pun dah nampak kelazatananya =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila lah rajinkan diri yana
      kalau merasa sendiri mesti memang terlajak lariss ni
      letak pulak cilipadi kt atas tu wow..

      Delete
  12. Ni barulah betul kuew teow style masterchef ye KN...mcm leceh je KN nak buatnya, lambat nak makan hihi....
    Cantiknya fresh fruit tu KN....kalerful

    ReplyDelete
  13. Kakak tertinggal tapi bila baca ara resepi baru itu yg singgah tengok macamana KakNoor buat.
    Ada ajelah idea KakNoor.

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home