Nasi Ayam & Ikan Masin Sweet Sour Menu Iftar Ke4

Nasi Ayam & Ikan Masin Sweet Sour Menu Iftar Ke4



ASSALAMUALAIKUM
Resepi nasi ayam ni kaknoor tengok kat blog MAMADEE'S sebab sangat simple cara penyediaan nya dan cepat tak payah tunggu lama-lama ayam perapan kita tu,  sebab kadang - kadang kita perlukan yang simple macam ni kerana bahan-bahan yang terhad, jadi bersyukurlah asalkan dapat makan nasi ayam, walaupun simple tapi sedap

Untuk DIANA izinkan kaknoor letakkan resepi Dee kat blog kaknoor ya untuk rujukan anak - anak yang masih baru dalam bidang masak memasak ni





Bahan-bahan perapan ayam
5 ketul peha ayam (mamadee gunakan bahagian peha ayam, nak guna bahagian mana-manapun boleh)
1/2 inchi halia (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Garam secukup rasa
1 sudu teh cuka
2 sudu besar kicap manis

Bahan-bahan sup
Air rebusan ayam
1 bunga lawang,
1  kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1/2 labu bawang besar Holland (dihiris nipis)
Daun sup

Bahan-bahan nasi
Air rebusan ayam (sukatan bergantung kepada jenis beras)
2 cawan beras
1/2 labu bawang besar Holland (dihiris nipis)
1/2 inchi halia
 1 sudu besar minyak
1 sudu besar butter atau majerin
1 bunga lawang
1  kulit kayu manis

Cara-cara membuatnya.
1. Bersihkan ayam. Kemudian lumurkan halia, bawang putih, garam dan cuka pada ayam. Perap dalam 5 minit. Masukkan ayam tadi kedalam periuk. Masukkan air biar ayam tenggelam. Rebus ayam sehingga masak.
2. Kemudian keluarkan ayam dari dalam periuk. Letakkan ayam didalam mangkuk, campurkan kicap manis. Lumurkan kicap manis pada ayam. Perapkan sebentar.
3. Sementara menunggu ayam diperap, basuh beras berih-bersih. Kemudian panaskan periuk nasi. Masukkan minyak dan majerin. Kemudian masukkan bunga lawang dan kulit kayu manis. Setelah naik bau, masukkan bawang besar. Tumis sehingga bawang layu.
4. Kemudian masukkan beras kedalam periuk. Gaul-gaulkan beras dengan minyak. Selepas seminit, masukkan air rebusan ayam tadi kedalam periuk nasi. Sukatan air bergantung kepada jenis beras. Masukkan halia dan sedikit garam. Masak nasi seperti biasa.
5. Kemudian kita sediakan sup. Tumis bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga dan bawang didalam periuk. Setelah naik bau,masukkan air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukup rasa. Setelah sup siap, taburkan daun sup.
6.  Seterusnya, kita sediakan ayam. Ayam yang telah siap diperap tadi digoreng. Jangan goreng terlalu lama kerana ia cepat hitam dan akan keras.

Bahan-bahan aksesori

Bahan sos
1 biji tomato
5 biji cili
3 sudu besar cuka
1 sudu besar gula
garam secukup rasa
3 sudu besar air

Cara menyediakan sos.
1.Campur semua bahan dalam blender. Kisar sehingga hancur.
2. Kemudian masukkan kedalam periuk.  Masak sebentar dengan api kecil. Kemudian pindahkan kedalam mangkuk 

Bahan-bahan kicap
4 sudu besar kicap manis
3 sudu besar air rebusan ayam (atau nk guna sup ayam pun boleh)

Cara-cara menyediakan   kicap
1. Campur semua bahan dan gaul sebati.


Bahan-bahan ulam
hirisan tomato
daun salad
hirisan timun batang
taugeh (dicelur sebentar, kemudian masukkan kedalam pinggan, curahkan kicap dan sup ayam keatasnya, dan taburkan daun bawang)







Ikan masin ni extra menu sebab tukang masak teringin nak makan, lagipun baru beli kat kedai Arab masa jenjalan beli beras dengan anak kaknoor baru ni, rupa nya Pak Arab pun makan ikan masin jugak hehee, ikan masin ni kaknoor goreng rangup, lepas tu angkat, kemudian goreng bawang besar dan cili untuk pedas sikit, tambah asam jawa dan kicap manis, gaulkan dengan ikan masin tadi.
Wah sedapnya makan dengan nasi ayam atau nasi putih..


28 comments:

  1. salam kak noor..

    tukang masak ni kak.. semua nya jadi.. saya jadi tengok je..

    ikan masin goreng garing dengan cili bawang tu biasa saya buat for hubby. memang makan bertambah2 kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalikmusalam Yan
      hahaaha jadi tengok jadi jugak tu Yan
      Memang takde ayam daging pun ok klau ada ikan masin ni Yan
      Hari-hari makan ikan masin mmg ok je no hal hahaa

      Delete
  2. Ni lah menu berbuka masa first ramadhan ritu, pak arab versi melayu ni

    ReplyDelete
  3. Ni lah menu berbuka masa first ramadhan ritu, pak arab versi melayu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedapkan cikna nasi ayam tapi kaknoor tolak ayam makan ikan masin je haha
      pak arab pun dah jadi melayu dah skrg ni suka ikan masin heee

      Delete
  4. Ikan masin tu lah pelengkap menu kak .. sedap 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sngt MIa tambahan time sahur kalau ada ikan masin baru laju sikit makan nasik

      Delete
  5. allah... taisliur meliat gmbr makanan aa :s

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi tah liat gambar Fae, kami disini kekurangan lauk tak macam di Brunei macam2 ada siok eh ada bazar ramadhan segala, sini nak makan mesti bersilat lah di dapur

      Delete
  6. eh! terliur pulak nasi ayam tu kak noor

    ReplyDelete
  7. Nasik ayam is my alll tyme faveret....


    Tp ayam tu x buh cuka. Tak tahan perut.
    Buh madu lh kak.. sedap...
    pastu buh cabai blender sikit nk bg pedas.
    kalo x nk pedas x yh lh... hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh saja boh madu huda selera memasing kan
      sambal nya ada scotch bonnet tau pedessss bangat

      Delete
  8. NOOR MSK SIMPLE PUN SEDAP..ADA IKAN MASIN MMG MEMYELERAKAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. puasa2 ni mmg kalau ada ikan masin nasik mmg terlajak ni P

      Delete
  9. sedapnya nampak....nasib malam hari....

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat berpuasa ARz mesti menu sedap utk berbuka petang nanti

      Delete
  10. Bila kakak perhati dah macam kat Chicken Rice Shop cara hidangan KakNoor
    Boleh buka restoran ni siap ada taugeh bagai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduhh kakzakie janganlah angkat sngt nanti terjatuh gedebuk sakit tau puasa2 ni hahahaa

      Delete
  11. ada ikan masin..penambah selera..ayam tu nmpak juicy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang veteren mmg suka snagat dgn ikan masin nohas kan

      Delete
  12. Mudahnya penyediaan nasi ayam. Bolehlah buat menu berbuka nanti. Sedaplah KakNoor ikan masin tu. Terbayang-bayang pulak kesedapannya bila makan dengan nasi putih panas-panas! Aduhai nafsu...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara ni lebih mudah dan cepat sikit MD tkyah tunggu lama2 sngt
      kejab je dah boleh makan nasi ayam sedappp
      try lah utk menu berbuka petang ni

      Delete
  13. Tengok gambar pun dah terliur, nak mkn nasik ayam
    Dah lama tak buat sendiri

    ReplyDelete
  14. Macam nak buat nasi ayamlah pulak ptg ni..... tadi ingat nak masak ikan....

    ReplyDelete
  15. Assalamualaikum Kak :) Baru berkesempatan jengah blog akak. Harini berbuka Mekja nak buat nasi ayam. Hihihi

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home