Kerabu Bunga Betik Dengan Kerang & Pekasam Wah!!!

Kerabu Bunga Betik Dengan Kerang & Pekasam Wah!!!


Selamat petang semua nya.
Ada tak pernah makan bunga betik ni?
Orang muda memang tak pandang rasa nya bunga betik ni kan.
Tapi bagi yang veteren memang suka sangat ni sebab rasa nya agak pahit-pahit manis haha
Yang pahit tu kan ubat, jadi oklah telan je lagipun bila dah di kerabukan macam ni memang dah tak terasa pahit, hanya yang rasa SEDAPPPP JE...




Antara khasiat daun dan bunga betik

Banyak kelebihan bunga dan daun betik sbb tu sy makan setiap minggu sebagai suplemen secara x langsung.. Ulaman ni menggandakan pengeluaran sel darah yang baru & bagus sebagai penjagaan sendi.. Selain ia menguatkan sel kulit lebih tahan melawan arus penuaan diri..
Selain sedap sebagai ulam ia sgt berkesan sebagai ubat utk merawat demam denggi(dengan meningkatkan platlet darah), Malaria, sakit barah, mengurangkan kencing manis, darah tinggi, sakit kepala (migraine), sembelit serta menghilangkan panas badan, meningkatkan daya imunisasi dan penghadaman..
Sgt baik dimakan oleh wanita yg menyusukan bayinya seeloknya selepas 3 bulan melahirkan.. Sgt berkesan memekatkan susu ibu dn menyihatkan ibu.. Tetapi buah betik masak x boleh makan dalam pantang kerana ia sgt sejuk..
Bagi anda yg mengalami sakit sendi dn otot elok mencuba petua ni.. Layur ke atas api daun betik tua dn lekap pada bahagian yang sakit.. Kalau sakit sendi minum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan epal..(Pahit yg amat sgt)..


Resepinya kaknoor intai dari blog chef Hanieliza, dan ada jugak kaknoor tambah sikit2 lah ikut kegemaran keluarga..


KERABU BUNGA BETIK


Bahan

1 mangkuk bunga betik [asingkan batangnya]
2 sudu besar kerisek
1 labu bawang besar [hiriskan]
3 biji limau nipis [ambil jusnya]
1/2 cawan santan pekat [jika suka]
kaknoor tambah serai yang dihiris
garam secukup rasa

Bahan Tumbuk
5 tangkai cili merah
1 sudu kecil belacan
3 ulas bawang merah
1 sudu besar udang kering kaknoor tambah kerang

Cara Memasaknya
1. Basuh bunga betik dan rebuskan dengan garam sehingga mendideh dan agak lembut.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaulkan rata.
3. Hidangkan




Makan pulak dengan ikan pekasa goreng rangup ni alahai memang tak nampak telinga ni
Mana geng yang suka kerabu bunga betik ni angkat tangan cepat hehee...
Sorry orang muda memang gerenti tak makan punya ni kan...
Hari ni hari orang veteren tau, orang muda gi main jauh2...

Tapi kalau dah banyak khasiat terpaksa kena makan jugak ni kan hahaa...

36 comments:

  1. tak pernah lagi makan kak...teringin jugak nak try...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab dia berkhasiat Ida mesti kena try ni

      Delete
  2. Fuhh..memang sedap....saya biasa campurkn pucuk betik sekali...
    mmg x pdg kiri knn dah....
    heheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Next time nak campur daun betik baru dpt banyak puas makan Asfa

      Delete
  3. tak pernah makan jugak hehe.. selalu amek buat main2 je..
    pekasam daaaapnye =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siti kan budak2 mana reti makan ini semua yg pahit2 ni buat main je lah kann

      Delete
  4. saya! saya! kaknoor hihi -nampak sgt dah veteran
    saya pernah makan bunga betik tapi tak pernah buat kerabu
    tumbuk2 ikan bilis, bawang, belacan, cili padi, tumis dan masukkan bunga betik rebus
    sedap...mcm tu pun dah terangkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaknoor dpt resepi baru ni drpd bunga betik boleh try nnt Kb lagi senangkan tumis je

      Delete
  5. tak pahit ke bunga betik tuh kak noor?
    teringat mak suke bt ulam ngn bunga betik tp pahit jgk mcm daun dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau direbus dulu mmg tk pait dana asal jgn ambik btg yg kt bunga tu pait, kalu bunganya saja mmg tk pait pun

      Delete
  6. assalamualaikum kak noor
    selamat hari raya! lama tak ke sini =)

    waduhhh! kerabu bunga betik! lama tak makan
    sedapnya! dulu selalu makan
    ada teknik nak basuh untuk kurangkan rasa pahit tu kan kak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmuslm YY
      Akak basuh gitu je tkde teknik apa pun cuma letak garam je sikit
      Alahai lupa nk jwb salam slmt hariraya YY Maaf zahir batin ya kalau ada salah dan silap

      Delete
  7. Saya perasan muda lagi tapi suka makan kerabu...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org muda yg pandai jaga diri lah tu kann sbb makan bunga betik ni ubat awet mudo

      Delete
  8. Mashaa Allah kak noor,memang sedap tu,dulu pun ana tak pandai makan, tapi bila mak kerabukan dia hilang pahitnya, sedap sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma bunga betik yg susah nk dpt kan Ana hari2 pun ok je kalau dpt mkn kerabu

      Delete
  9. pucuk betik pernah makan, bunga belum try lagi...pahit utk awet muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya bunga kurang pahit dari pucuk nohas

      Delete
  10. Kerabu bunga betik..Nur tak pernah makan kak..sedapnya
    Berkhasiat ya kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila fikir pasal khasiat hilang rasa pahit tu Nur

      Delete
  11. kerabu pucuk betik pernah makan...tapi bunga betik tak pernah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga betik pgi sedap dri pucuk notie sbb bunga kurang pahit

      Delete
  12. Wah! Saya ni orang muda jugalah ya, KakNoor! Saya tak makan bunga betik ni. Sayur pun tak makan. Makan buahnya aje.

    Tapi gambar yang KakNoor snap ni buat kerabu bunga betik ni nampak sedap. Ada ikan pekasam lagi. Alahai, meriahnya adegan makan-makan macam ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau MD mmg muda belia tk makan lah yg pait2 ni
      Tpi pekasam makan pulak kan
      Yg masam2 tu, mmg terpajak nasik kalau ada pekasam adegan yg di tunggu ni

      Delete
  13. saya suka sangat bunga betik kak noor ...kita geng sebab dah veteren.Tapi biasanya saya celur je cicah dengan sambal ...anak perempuan saya kalau pucuk betik masih boleh makan tapi kalau bunga betik dia tak tahan ,pahit sangat katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita serupa saniah suka yg pahit mcm ni
      Nampak sngt orang veteren kan
      Salute lah kat naak saniah dh boleh mkn pucuk betik, anak kaknoor tk reti lagi nk mkn

      Delete
  14. Saya baru tahu bunga betik boleh dimakan. Setahu saya ada dua jenis bunga betik iaitu betina dan jantan. Kedua2 jenis bunga betik boleh dibuat ulam ke? Sapa2 boleh tolong jawab :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg biasa buat ulam dan kerabu bunga betik yg jantan cik miss3, sbb bunga betina kita mmg tk ambik utk jdikan buah, bunga jntan mmg tkkan berbuah punya jdi lebih baik mkn dripd jatuh tak tentu pasal kannn

      Delete
  15. Biasanya kalau dah rebus kerang tak sempat nak buka kasi keluar untuk masakan lain, dah banyak masuk mulut dulu hehehe....
    lama tak masak bunga betik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena rebus sorang2 dan makan sorang2 jugak diana kerang ni lebihan baru masuk kerabu

      Delete
  16. Siqah kurang sikit makan kerabu. Hee. Tengok gambar, menyelerakan! 😁

    ReplyDelete
  17. bnyk khasiat rupanya bunga betik nii. tak pernah pulak try :)

    ReplyDelete
  18. tak pernah cuba resepi macam tu.. selalu buat ulam biasa jer..

    ReplyDelete
  19. Sedap bunga betik ni..Lagi2 kalau buat kerabu. Pahit tu tolak tepi lah..

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home