Jajan Kerepek Sukun Mandolin

Jajan Kerepek Sukun Mandolin


Selamat petang rabu untuk semua nya,
Jajan apa agaknya petang ni ya..
Kalau masa lapar kerepek sukun mandolin ni pun jadi lah kan..




Mudah je pun nak buat kerepek sukun ni, kupas kulit sukun, cuci kemudian lapkan sikit lah kalau ada basah-basah tu. Lepas tu masukkan air dalam besen dan letakkan sedikit garam. Kemudian ambil mandolin slicer kita dan start lah exercise tolak tarik tolak tarik, biarkan hirisan sukun dalam air garam lebihkurang10 ke 15 minit. Sejatkan dan gorenglah macam biasa kita goreng ubikayu ke, kentang ke. Sukun ni macam dah nak masak mengkal sikit rasa nya manis-manis masin sedappp sangat sampai habis sebalang kerepek oleh boss besaq dalam rumah ni hahaha...




Memang nipis dan cantik kalau kita guna mandolin ni goreng pun kejab aje dah rangup



Nampak tak betapa nipis nya kerepek sukun ni hmmm rangup krup krap krup krap bunyi dia 



Ini lah mandoline kaknoor sebijik macam ni warna nya, tapi masa buat tak ingat pulak nak ambik gambar, gambar ni ikhlas dari google lah. Mandoline UK mestilah terbaik kan kan hehee
Jangan marah hahhh.....Semua bentuk kita boleh buat dengan mandoline ni cuma rajin dengan tidak je, semua benda boleh di kerepek kan hehee..


17 comments:

  1. waaa.. terbaek.. nak sikit.. hehe

    ReplyDelete
  2. Ingatkan macam mana lah rupa mandolin tu. Saya panggil sagat aje.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya! Susah nak jumpa kerepek sukun :)

    ReplyDelete
  4. Buah sukun ni memang sedap. Kesukaan Mak Long ni...

    ReplyDelete
  5. saya suka makan sukun goreng tapi jarang ketemu. bagus kerana banyak serat tapi mungkin juga angin pada yang alergi...

    ReplyDelete
  6. sedapnya sukun. kegemaran mak saya

    ReplyDelete
  7. ingatkan apa kah itu mandolin.... hehehhe
    dana pun suke kepek sukun tp skrg lum musim lg kot kak noor... takde nampak org jual lg

    ReplyDelete
  8. ohhh baru tau apa itu mandolin.. hehehe.. mesti sedap kan dapat mengadap kerepek sukun tu..

    ReplyDelete
  9. Kalau takda mandolin macam ni tak boleh buatlah nampaknya KakNoor. Hahaha! Ngelat tak nak buatlah tu. Saya suka sukun. Lagi suka kalau digoreng tepung. Lapar terus saya jadinya, KakNoor.

    Wah, backdrop gambar kerepek sukun ni macam dah pernah terbaca aje kisahnya ^_^

    ReplyDelete
  10. Iya kak.. Semua benda boleh dikerepekkan.. Cuma kerajinan je tinggal. Hehe

    ReplyDelete
  11. ada orang suka kerepek sukun. macam saya ni tak berapa sangat...

    ReplyDelete
  12. sungguh aih klu dah masuk sini xpenah fail menyeksakan diri sendiri... hukhukhuk..sedap tu..abh suka sgt sukun nih..

    ReplyDelete
  13. Kakak guna yg biasa aje KakNoor
    Memang sedap kerepek sukun ni. Kakak pun suka.

    ReplyDelete
  14. Hai bilalah pokok sukun nak berbuah ni.
    Sekelip mata je habis tu kan.

    ReplyDelete
  15. Pagi2 terliur lak tengok kerepek sukun kak nor

    ReplyDelete
  16. Oooo namanya mandolin slicer ...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home