Sedikit Kisah Kebun Herba Kak Noor

Sedikit Kisah Kebun Herba Kak Noor


Assalamualaikum dan selamat petang 
Dari pagi tadi hujan je manjang di Brunei ni
Jadi aktiviti yang best tengok kebun depan rumah lah kan
Entahlah mata tua ni suka sangat tengok yang hijau-hijau ni
Disamping dapat buat ulaman atau letak dalam masakkan herba ni memang bermanafaat untuk badan kita jugak tau! Kalau di google memang sangat banyak khasiatnya, contohnya seperti 

Pudina, Daun Sadri, Daun Oregano, Daun Kemangi, Daun Kesum, Ulam Raja, Daun Selom, 
Daun Betik dan Bunga Betik
Ini adalah sebahagian dari ulaman dan herba yang kaknoor tanam di halaman rumah, ada banyak lagi yang belum di tonjolkan insya ALLAH soon lah ya sebab hujan jadinya terbatas sikit pergerakan kaknoor hahaha, takut basah...


Ini adalah pudina kaknoor, subur kan!!! Itulah masa raya baru ni setiap yang datang pasti tertarik tengok kewangian dan kesuburan mint/pudina ni, memang dah banyak bagi kenkawan yang mana minta nak tanam tapi masih lagi banyak kan!!!ALHAMDULILLAH..



Daun sup atau saderi ni kaknoor tanam bekas dari beli kat kedai, potong agak-agak 2 inci dari akar nya dan terus tanam, dulu kaknoor rendam dulu, dah tumbuh baru pindahkan ketanah, tapi macam tak kena je,KO semuanya, lepas tu bila beli lagi daun sup ni kaknoor potong dan terus je tanam
ALHAMDULILLAH menjadi dan hijau lagi nampak tak!!



Oregano ni jenis besar dan sangat wangi, untuk masak ayam peri-peri ala Nandos memang sesuai sangat, pun dah subur sangat masa ni, nasib lah masa kaknoor tinggalkan dulu 2 bulan pak haji kaknoor yang tolong jagakan kalau tak memang syang kan, susah jugak nak dapat benih ni..



Kemangi ni  dah nama nya kemangi memang wangi sangat lah kan, kaknoor selalu guna untuk masak lemak, atau masak green curry ala Thai tu memang terlajak sedap, masak ayam percik letak daun kemangi tak payah cakap lah larisss sangat semalam kaknoor masak ayam percik tapi belum sempat update lah...



Daun Kesum wajib kena ada kat rumah kaknoor sebab suka sangat masak asam pedas, ayam atau ikan, laksa ke, baru ni buat laksam dan laksa memang wangi kuahnya bila letak daun kesum, tambahan hujan manjang sekarang ni nampak kehijauan daun nya..



Ini pulak gugusan ulam raja ke raja ulam?? confius lah kan..
Tak kisahlah kan, asalkan dapat buat ulam dah lah, menjadi sangat benihnya dari rakan fb yang menghantar nya..



Mesti ramai yang kenal ulam ni kan, daun selom yang selalu di letak dalam laksa Kedah or Penang tu
Boleh jugak di buat ulam atau kerabu selom memang tak nampak telinga kalau makan dengan nasi panas-panas...




Pokok betik/papaya ni ditengah laman lah pulak bibik ni tanam, dah bagitau tanam di luar pagar tapi ada 2 pokok yang terselit di tengah laman tu, sabo je lah tunggu bila dah ada buah lepas tu baru lah ikhtiar lagi dimana harus nya di letakkan betik ni kan..




Betik ni pulak tak tanam tapi tumbuk di tepi pagar rumah sebelah dalam, dah tu berbunga pulak tu, kata orang yang berbunga macam ni betik jantan kan!! pelik tapi benar kalau manusia yang berbunga tu perempuan kan!!


Ini pokok cili purple kaknoor jugak benihnya dari rakan fb yang sanggup menghantar
Alhamdulillah walaupun kurang meriah buahnya tapi syukurlah lepas ni kena letak baja penggalak buah ni kan baru lah meriah si purple ni..
Oklah cukup dulu lawatan kalian di kebun herba kaknoor, jumpa lagi di waktu yang lain dengan herba yang lain pulak ok, babaiiii..

35 comments:

  1. cili purple tak pernah jumpe kak noor ! kagum sangat tgk kebun herbs kak noor ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg purple ni pun baru je akak tanam biasanya cili putih syg nya tk bnyk buah nya kan mek

      Delete
  2. Geram kakak tengok semua pokok tu KakNoor
    Nampak subur sangat. Kalau kakak memang tiap hari berulamlah makan.
    Best kan tengok hasil yg kita tanam menjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kakzakie kaknoor pun suka tengok tambahan ada yg tolong2 bubuh baja lagi bersemangat nk tanam mcm2

      Delete
  3. Kak Noor...

    Geram betul tengok ulam2 ni..
    hasil tangan saya hanya mampu tanam daun kesum je. tanam ulam lain tak mahu hidup pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke cik hani, yg penting setiap pokok kena tau tabiat bya nak bnyk air ke kurang air kalau dh faham tu senang lah nk tanam apa pun, kesum kena bnyk air kan kalau tk rajin siram mmg mati tu kan

      Delete
  4. Kak Noor, pokok pudina saya hidup segan mati tak mau.. tak tau kenapa :(. Ada tips ke canner nak buat dia subur macam pokok Kak Noor tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. En Osman, kaknoor tanam pudina ni letak kat koridor je dlm pasu, tk direct matahari hanya waktu pagi je kena matahari, siram hari2 pagi petang, letak baja utk daun tapi jgn tabur, kaknoor bancuh dgn air dulu baru siram kat pudina tu insya Allah menjadi

      Delete
  5. Best lah kak noor..
    Semua subur2 yg akak tanam..
    Saya punya pokok pudina dah mati kak huhuhu..
    Kesum pun dah mati masa balik raya tu hari..
    Kena cari baru utk tanam balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahhh kesian yatie semua dha KO ke !
      Meh ambik sini banyak ni benih nya
      kesum pudina dan mcm2 ada
      Sebenarnya pokok2 ji perlu banyak air yatie
      2x sehari kaknoor siram

      Delete
  6. Bila tengok kebun herbs noor kak Zai rasa seronok.Daun kesum yg kak Zai tanam hidup subur tp ulam lain semua mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba lagi try kakzai, mmg best bila dh nampak hasil tanaman sendiri, anytime nk makan petik je

      Delete
  7. subur2 tanaman kak noor... geram menengoknya
    kak noor mmg berdarah sejuk kot, jenis tgn sejuk tnm apa je menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah Dana darah sejuk ke panas
      Mmg frust kan kalau tanaman kita tk menjadi
      Mmg akan cari punca nya mengapa dan mengapa

      Delete
  8. Subur menghijau tanaman herba kak noor....suka saya tengok.Daun kesum tu kat rumah ni satu ketika merimbun sangat ,jiran2 selalu minta bila nk masak tapi skg ni dah mati ,baru nak tanam semula.Sukar kalau takde tanam sendiri semua nk kena beli kan...

    ReplyDelete
  9. Subur menghijau tanaman herba kak noor....suka saya tengok.Daun kesum tu kat rumah ni satu ketika merimbun sangat ,jiran2 selalu minta bila nk masak tapi skg ni dah mati ,baru nak tanam semula.Sukar kalau takde tanam sendiri semua nk kena beli kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak pokok yg kaknoor tanam mati Saniah, tpi tk pernah putus asa, tanam lagi dan lagi
      Akhirnya baru kita tau tabiat setiap pokok dan baru lah lama hidupnya

      Delete
  10. Seronoknya kaknoor ada laman nak bercucuk tanam. Kalau menjadi lagi seronok tengoknya, hijau-hijau aje semua.

    ReplyDelete
  11. Kak nor..kita geng..suka sgt tanam2 menda2 gini haa

    ReplyDelete
  12. WAH BANYAKNYA POKOK HERBA DAPUR TANAMAN NOOR SEGAR N SUBUR SEMUANYA NK MKN MAIN PETIK SAJA...

    ReplyDelete
  13. Seronoknya ada tanaman herba dan ulam macam ni. Dulu ulam raja tu memang banyak sangat tumbuh di belakang rumah famili saya. Tapi sekarang dah tak ada dah. Kalau tak, memang hari-hari makan ulam aje lah. =)

    ReplyDelete
  14. Macam2 pokok herba Knoor... terasa macam teringin pulak, terbayang2 sambal belacan, sambal kelapa dan sambal kicap untuk digandingkan dengan ulam2 tu... sedappp..lapar pulak rasanya tetiba..

    ReplyDelete
  15. macam2 pokok herba knoor. teringin juga nak ada laman camni, mesti best

    ReplyDelete
  16. segar dan montel2nye pokok herba kak noor
    jeles tgk..ni mmg tangan berseni ni

    ReplyDelete
  17. Pokok cili purple tu comellah, KakNoor! Kalau dekat, dah datang rumah dah nak berselfie ^_^ (bukan nak minta benih nak tanam!)

    KakNoor, ni nak tanya betul ke pokok betik kena tanam sebelah-menyebelah jantan dan betinanya supaya berbuah subur? Saya dengar kawan saya yang suka menanam kata. Saya ni tak pandai menanam, dengar pokok betik ada jantan betina pun saya dah garu kepala yang tak gatal!

    ReplyDelete
  18. wah sukanya tengok pokok kak noor.. menjadi2 plak tu.. Eyda nih kalau tanam, maunya abis mati.. huhuhu..

    ermm first time tengok pokok cili purple tuh..

    ReplyDelete
  19. Suka tengok kebun herba, Kak Noor. Kalahlah kebun herba Jamie Oliver ;)

    ReplyDelete
  20. Salam kak noor. lama tak jengah sini.. sukanya ada kebun kat rumah..sy teringin nk ada kebun jugak...

    ReplyDelete
  21. Mudah kan kak noor. Bila nak masak, petik je. Siap! 😁

    ReplyDelete
  22. alahai bestnya...semua di sekeliling rumah. nak menjaga dari dimakan ulat pun kena rajin juga ni

    ReplyDelete
  23. Adoiii bestnya ...petik kat rumah je ...

    makan ngan ikan goreng sambal belacan sedapnyaaaa

    ReplyDelete
  24. Semua subur...Paling best pokok mint tu.. Hadoi bestnya lah..

    ReplyDelete
  25. Hijau aja pokok2 akak...syok tengok...bunga betik tu sedap cicah debgan kuah kacang...

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home