Spaghetti Aglio Olio Beef Rashers

Spaghetti Aglio Olio Beef Rashers


Assalamualaikum
Salam manis tanpa gula untuk semua.
Menu apa agak nya breakfast hari ni ya
Ada tak yang sama dengan kaknoor? 
Spaghetti Aglio Olio ni memang fav anak-anak kaknoor
Tak kira apa saja pasta atau mee memang kegemaran diaorang.
Kecuali mama nya je, datang lah mee ke pasta ke, tapi nasi tetap menjadi 
POOOJAAN HATI KU HAHAHA...





Resepi ni ikut cara kaknoor memang mudah je jom semak yuk!!
Nak sedap lagi boleh lah masukkan sikit air rebusan spaghetti tadi.


BAHAN NYA
1 peket spaghetti di rebus bersama sedikit garam dan tos kan, gaul dengan minyak zaiton
1 peket beef rashers atau chicken rashers di potong memanjang
7 ulas bawang putih di cincang
2 batang leek di potong kecil*kali ni kaknoor guna daun bayam
1 sudu besar lada hitam kisar
1 kiub pati ayam
sedikit parutan cheese cheddar*takde stok cheese
garam, gula dan minyak zaiton untuk menumis


CARA NYA
1.  Panaskan kuali, masukkan minyak zaiton agak-agak dalam 3 sudu, tumislah bawang putih.
2.  Goreng sehingga bawang putih kekuningan, campurkan beef rasher, lada hitam, kiub dan leek.
3.  Kacau sebati, dah agak layu leek, campurkan spaghetti, garam, gula sedikit untuk perasa.
4.  Gaul rata, bila hidang, taburkan dengan parutan cheese cheddar.
5.  Untuk pedas boleh jugak taburkan dengan cili flakes, tapi kalau tak suka pedas ni pun ok dah.*kali ni guna cilipadi U memang pedess giler ni






Boleh try pada yang suka pasta ya
Kalau pedas gini memang tak dapat tolak punya, makan dulu spaghetti ni lepas tu baru lah pekena nasi pulak kan hehe...

SELAMAT MENCUBA PADA YANG SUDI.

27 comments:

  1. dana peminat semua jenis masakan pasta kak noor...
    siap ada hiasan cili api lg... compom pedas nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar berfeluh pepagi ni Dana kan mkn yg podeh2

      Delete
  2. mek breakfast roti tisu and teh tarik je kat kelantan ni kak noor :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedapnya roti tisu mek terbayang kelembutannya lah

      Delete
  3. PEKENA SPAGETTI SEDAP NOOR NI DULU...LAPANGKAN PERUT SIKIT MKN NASI PULA.MENYANDAR KEKENYANGAN HEH..HEH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau perut org tua ni P kenyang kejab kalau mkn spaghetti mmg kena cari nasik jugakkk hahaa

      Delete
  4. Saya kalau dah makan spaghetti lupa dah nasi ...suka sangat.Spaghetti yang kak noor buat ni buat saya telan air liur...tapi cili tu banyaknya...boleh berasap telinga :-).

    ReplyDelete
  5. Saya kalau dah makan spaghetti lupa dah nasi ...suka sangat.Spaghetti yang kak noor buat ni buat saya telan air liur...tapi cili tu banyaknya...boleh berasap telinga :-).

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau makan spaghetti mcm ni tk letak cili mmg tkde makna nya Saniah mesti letak banyak biar berasap2 baru puas rasanya lepas tu cari air bergelas2

      Delete
  6. Spaghetti aglio olio adalah pasta yg paling kakak suka
    Tak kiralah diolah macam mana kakak suka sangat KakNoor:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah kakzakie pun suka aglio olio jugakkan
      Mmg bagus kan sebenarnya pasta ni
      Sihatlah jugak rasanya kann

      Delete
  7. Favorite saya juga ni, KakNoor. Sebab itulah kalau pergi makan western food, spaghetti olio dulu saya bedal. Kalau sedap, memang saya datang lagi.

    Ni resepi KakNoor beri pun senang aje hah. Kena juga trylah satu hari nanti. Asyik save resepi aje, sampai bilalah gamaknya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. MD mesti suka western food sbb dari nama nya pun dah tau kan haha jgn lama2 sngt simpan resepi nnt berkulat dh tk best nk cuba tu MD

      Delete
  8. Assalamualikum.. sue lg suka menu2 macam ni. Tapi sayang hb tak suka. Perut dia melayu pior. Hehehe... kak Noor..Lebiuuu kak. Lama sgt tak singgah blogwalking kat sini (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalikmuslam Sue rindu nya kt adinda sorang ni
      Kenapa lama sngt tk update blog ni
      Dah berbulan ke bertahuncni Sue!!!

      Delete
  9. Alhamdulillah... tiap kali datang rumah Kak Noor mesti kenyang....huhuhuuuu tapi dalam perjalanan balik rumah sendiri menjejeh2 liur ngences he he heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kenyang angin ke Mie
      Oklah jugak tu jgn kembung perut dah la kannn

      Delete
  10. kalau terkunyah cili padi tu..confirm nampak bintang...hehehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak bintang yg best tu SA mana tau lepas tu nampak bulan lagi best hahah

      Delete
  11. Kaknoor, isi ayam pun bolehkan, kita yg buat dia, cam knoor taruk bayam tu, hihi.

    ReplyDelete
  12. Kaknoor, isi ayam pun bolehkan, kita yg buat dia, cam knoor taruk bayam tu, hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terletak selera sendiri Zimah isi ayam pun ok pendekata apa yg terlintas difikiran boleh je letak

      Delete
  13. Simple sangat masaknya KN...Gitu je rupa masak Olio Aglio ye.... kalau letak seafood mesti lagi sedap ye KN.....Anak anak dara semuanya nak jaga badan KN sebab tu kurang makan nasi....KN dah slim melim tak payah dah nak jaga sebab tulah suka nasi kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hainom tk pernah buat ke aglio olio ni!!
      Mmg simple pun, akak jarang letak seafood sbb boss besaq tk suka seafood jdi drpd berbagai2 jenis kena masak lebih baik buat yg semu org boleh makan ye tak

      Delete
  14. Dah save resepi.. Nanti bila2 boleh masak.. Hehe

    ReplyDelete

Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home